Tuesday, September 29, 2009

SEMINAR INTERNASIONAL KHASANAH SENI RUPA NUSANTARA


Saya berkesempatan untuk membentangkan kertas kerja di Seminar Internasional Khazanah Seni Rupa Nuasntara yang akan berlangsung pada 2- 3 Oktober 2009 di Universitas Pendidikan Ganesha (Undiksha), Singaraja, Bali, Indonesia. Esok saya kan bertolak dari KLCC ke Bali.

Di seminar tersebut saya akan bentangkan kertas kerja bertajuk, 'Pengaruh Catan Indonesia Dalam Pengkaryaan Catan Pelukis-Pelukis Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)'. Tajuk ini adalah diambil dari kajian saya bertajuk Peranan dan Sumbangan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Dalam sub topik tersebut saya telah membuat kajian bahawa terdapatnya pengaruh yang cukup kuat catan dari Indonesia sejak sekita 1940-an.


Dalam kerangka sejarah perkembangan seni lukis Malaysia, catatan-catatan sejarah banyak memaparkan pengaruh seni lukis Malaysia datang dari Barat dan Cina. Paling ketara dalam catatan sejarah ialah pengaruh kuat dari Inggeris hingga tertubuhnya pertubuhan yang bernama Penang Impresionis sekitar tahun1920-an. Kemudian kedatangan imgeran dari tanah besar Cina dari lembah Xu Beihong membawa pengaruh lukisan cat air Cina. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama Yong Mun Sen datang ke Malaya (Malaysia).
Pengaruh dari Barat dan Cina sangat kuat hinggalah tertubuhnya pertubuhan seni lukis seperti 'Penang Art Teacher’s Caouncil’, Wednesday Art Group’,‘Thursday Art Group’ dan banyak kumpulan seni lukis ditubuhkan. Kebanyakan dalam pengaruh dari Inggeris dan Cina.

Pada tahun 1958, apabila Angkatan Pelukis Semenanjong (APS) ditubuhkan, pengaruh Pelukis Mohamad Hossein Enas yang berasal dari Bogor Indonesia telah membawa pengaruh kuat dalam APS. Pengaruh gaya catan Indonesia terus diterima dalam warga pelukis Melayu hinggakan menjadi satu indentiti dalam pertubuhan itu. beberapa perkara yang menyebabkan pengaruh ini diterima adalah kerana:
1. Sebelum kedatangan Mohammed Hoessein Enas, pelukis-pelukis Melayu tidak mempunyai indentiti, kebanyakkan melukis pemandangan dan dipengaruhi catan cat air Yong Mon Sen.
2. Penonjolan pelukis Melayu sangat berkurangan, kerana pengaruh catan dari kumpulan-kumpulan dari Cina dan Inggeris sangat dominan pada ketika itu.
3. Gaya pelukisan Mohammed Hoessein Enas melukis potret dan figuratif memberi paradigma baru kepada pelukis Melayu, kerana sebelumnya pelukis-pelukis Melayu tidak berani melukis potret dan figuratif atas alasan keagamaan.

Banyak lagi saya bincangkan dalam kertas seminar tersebut, bangaimana pengaruh catan Indonesia sangat berpengaruh dalam APS hinggakan apabila pameran APS dapat diterima oleh pencinta dan pengumpul catan di Malaysia.

2 comments:

  1. Ya penyelidikan yang sangat bagus dan mengesankan. Selalunya kita amat terhibur dengan cerita-cerita pengaruh kechinaan (Akademi Nanyang,Singapura) kepada pelukis2 Cina Malaysia( ditulis oleh oleh T.K. Sabapathy,Redza Piyadasa,Mulyadi dll) dan jarang kita ketahui bagaimanakah pula dengan kedudukan pelukis-pelukis Melayu Malaysia pula? Nah..saya kira, kertas kerja ini adalah jawapannya.

    ReplyDelete
  2. Semoga sukses semuanya di sana nanti. Beri satu 'gegaran' dari ilmuan Malaysia pak...!! Sama seperti gegaran yang diberi bumi semalam...

    ReplyDelete