Friday, April 29, 2011

Bahagian 7: Penghayatan Asas Seni Reka - Aplikasi Garisan

Garisan merupakan elemen asas paling penting dalam penghasilan Seni Visual. Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya.

Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 ( HSP), untuk tingkatan 2 dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30 menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran dalam tingkatan 1 iaitu Mengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan 3 masih menunjukkan asas-asas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa, Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna)

Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran penghasilan Lukisan - semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa, Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna.

Pada kali ini saya tertarik untuk menerangkan aplikasi garisan dalam pengkaryaan.

1. Garisan Kontor dan 'Gesture'

Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karektor. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesbuah karya lukisan iaitu garisan kontor dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah garisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membantuk objek.

garisan kontor

Garisan Gesture karya Rambrandt

2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan

Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan sebagai menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya mereka lihat sahaja lukisan Horore Daummier bertajuk Frightened Women (1828-1979), gaya pelukisan karya ini jelas sekali menunjukkan garisan menimbulkan mood perasaan dan pergerakan.

Feighted Women

3. Garisan menimbulkan kesan penegasan

Melalui kesan kualiti garisan dapatn menimbukan kesan penegasan dalam karya yang dihasilkan, kadang kala garisan yang pelbagai kualiti dapat menimbulkan kesan penegasan, lihat sahaja karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992), beliau menggunakan pelbagai garisan bagi menimbulkan kesan yang pelbagai, melalui beberapa kualiti yang berbeza maka mendapat suatu kesan penegasan dalam karya tersebut.

Che Cosa Acqua

4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap

Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan terang dan gelap dalam sebuah karya. Begitu juga menggunakan kualiti garisan nipis dan tebal jug dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan dalam karya.

The Three Tree

5. Garisan membentuk objek

Sewajarnya melalui media pelukis dapat membentuk objek yang dilukis dengan menggunakan garisan. Lihat sahaja lukisan-lukisan kartun dan komek. Pelukis berjaya mebentuk karektor hanya dengan menggunakan garsian.

sebenarnya banyak lagi fungsi garisan dalam aplikasi pengkaryaan. sekadar lima point yang saya berikan sudah cukup mengambarkan bahawa peranan garisan dalam sesebuah karya seni cukup penting.

kartun Lat

Thursday, April 14, 2011

SUBJECT, FORM AND CONTENT

Kali ini saya suka untuk berbincang dalam 'Forum Sosial' ini mengenai tajuk yang tidak asing bagi seniman, pengiat seni, pendokong seni dan pendidik seni iaitu: Subject, Form dan Content'. Dalam Forum 'Art Geng' seorang sahabat telah mengemukakan topik ini dan banyak pendapat dikeluarkan dikalangan postting yangb ada. Sungguh menarik!...
Bagi saya, kita semua yang terlibat dengan bidang SENI VISUAL secara langsung akan terjun dan lalui persoalan konsep dan teori seni. Konsep ini sangat penting agar Seni Visual terus kekal sebagai bidang yang masih mengekalkan Domain aspek Kognitif, Psikomotor dan Afektif. Sesungguhnya apapun karya yang dihasilkan tidak terlepas dari komentar sosial yang akan membuahkan tanggapan umum. Persoalannya persepsi mata (visual) dalam menerjah bentuk karya itu perlu ditangani dengan titipan akdemik. Bodohlah kalau pengkarya seni itu tidak langsung pedulikan persoalan teori lantas ia berkata bahawa yang membantu karyanya berjaya ialah ketrampilannya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pelukis Agung Publo Picasso, kalau kita baca riwayatnya seorang pelukis yang sangat panjang umurnya (beliau meninggal dalam usia 92 tahun), beliau menyatakan:
" Everyone wants to understand art. Why not try to understand the songs of a bird? Why does one live the night, flowers, everything around one, without trying to understand them? But in the case of a painting people have to understand. If only they would realize above all that an artist works of necessity, that he himself is only a trifling bit of the world, and that no more importance should be attached to him than to plenty of other things which please us in the world, though we can't explain them. People who try to explain pictures are usually barking up the wrong tree.... "

Kutipan kenyataan di atas betapa beliau sangat pentingkan perbahasan tentang seni visual. Seniman agung di barat sangat mementingkan aspek teori dalam seni, ternyata sejak Plato menyatakan tentang 'Mimesis' dalam Repablik X, perbahasan ahli-ahli terori seni terus menular hingga kehari ini. Kelangsungan inilah yang menggerakkan Seni Visual ini terus hidup dan menjadinya sebagai bidang akdemik dikaji,diajar dan dihayati di sekolah hingga ke Universiti.
Intipati Seni Visual perlu dihayati oleh penggerak Seni Visual, justru itu kita perlu memahami tiga tunjang penting dalam penghasilan sebuah karya seni visual iaitu Subjek (Hal Benda), Form (Bentuk Seni) dan Content (Kandungan). Tunjangan ini merupakan intipati utama yang perlu dihayati oleh kita.

Rajah Subject, Form and Content petikan Buku Art Fundamentals
Subject - Hal Benda

Dalam buku Art Fundamentals edisi 10 menyatakan ' A subject is a person, a thing, or an idea...'. Pelukis atau pengkarya akan mencari 'subject' sebagai bahan utama untuk melukis atau berkarya. Tentunya bermula dengan pemikiran dan idea. Secara langsung pemikiran untuk menghasilkan karya itu datang dari pengalaman, pembacaan atau pun isu. saya juga tertarik dengan pandangan -penulis Stewart M dalam bukunya bertajuk Laucing the Imagination menyatakan ' The most effective compositions present a unified visualization of an idea or emotion..', Kenyataanya tentang emosi adalah perkataan yang 'keramat' bagi pelukis dan pengkarya. Pada umumnya bagaimana Subjek dapat hadir dalam karya pengkarya itu adalah tanggungjawab pengkarya itu sendiri. Bagaimana pengkarya itu mengolah subjek itu terpulang samada dalam gaya penampilan Naturalisme, Realism, Semiabstrak atau pun Abstrak.

Form - Bentuk

Menurut dalam buku Art Fundamentals edisi 10, ' If subject matter is the what in a work of art, form is the how..' Bagaimana karya itu diolah dalam kondisi estetik. Olahan itu melibatkan Bahan dan Teknik namun tidak lupa segala-gala gubahan itu bermula dari Asas Seni Reka iaitu kesatuan dalam sebuah karya seni visual adalah merupakan olahan permasalah Ruang. Penentuan olahan ini bermula dari Prinsip rekaan yang berlangsung melalui olahan samada ianya harmoni atau kepelbagaian melalui elemen garisan, rupa, jalinan, nilai dan warna.

Content - Kandungan

Secara umumnya content ini adalah apa yang ada dalam karya seni visual tersebut. Sekalilagi saya petik dalam buku Art Fundamentals edisi 10 supaya kita tidak meragui konsep content, menurut buku tersebut, 'Content comes close to being the why of a work of art in that it includes what we might consider the reasons behind its appearance. Content implies subject matter but is a much bigger concept. Content contains the idea, the cultural and artistic contexts, and the meaning of a work of art...' wah, panjang sikit petikan itu... kandungan meliputi alasan-alasan sebab yang tersurat dan tersirat dalam karya itu. Persoalan kebudayaan, Kemasyarakatan, isu-isu semasa dan sebagainya... secara umumnya adalah penampilan secara emosi dan intelektual pengkarya.
Panjang juga saya nak berkongsi hal ini namun dalam buku yang saya hasilkan apa yang dinyatakan di atas akan lebih tersurat dengan contoh-contoh karya. Kepada yang membaca Nota saya ini boleh lah berkongsi dan berbincang agar kita dapat memeriahkan dunia seni visual yang kita terokai ini.

Tuesday, April 12, 2011

BENGKEL - BILIK - STUDIO DAN GALERI SENI VISUAL

Saya tertarik dengan Nota FB Ahmad Fauzi Hassan bertajuk STUDIO-GALERI SENI VISUAL DI SEKOLAH (http://www.facebook.com/note.php?note_id=192514860786790). Sebenarnya saya telah lama terniat untuk berkongsi maklumat mengenai Bilik Seni Visual. Telah lama jua saya menyatakan bahawa kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Kebetulan sejak 1992 lagi saya telah memegang jawatan pensyarah, dan berkesempatan melawat banyak sekolah untuk menyelia praktikum. Dari situlah saya dapat melihat sendiri bilik-bilik seni sekolah-sekolah yang saya menyelia.

Masih saya ingat pad tahun 2001 saya bersama Balai Seni Lukis Negara menganjurkan pertandingan Studio Seni Visual di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tujuan pertandingan itu tidak lain sabagai pengalak dan memberi motivasi kepada pihak pentadbir sekolah agar mendapat perhatian sewajarnya blik seni di sekolah. Malangnya pertandingan tersebuat tdak dapat diteruskan lagi.

Daripada pengamatan saya, mana-mana guru PSV yang 'bagus' kebiasaannya bilik/studio Seni Visualnya juga menarik (Belum ada kajian). Titik tolak kepada pengajaran yang sempurna dalam bidang Pendidikan Seni Visual ialah lokasi tempat belajar, Nah... mana lagi kalau tidak dibilik Khas iaitu Bilik/Studio PSV.

Kepada Guru-guru PSV, terutama guru panatia/kanan perlu bersiap untuk mewujudkan bilik seni yang standard. Maksud saya standard ialah mempunyai fasiliti yang lengkap dan menarik. Ahmad Fauzi telahpun menyenaraikan aspek-aspek bilik/studio seni yang baik. Di sini biarlah saya memberi kategori yang perlu ada dalam Bilik/Studio PSV yang menarik untuk P&P PSV:

  1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
  2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Kalau boleh jangan guna kerusi plastik, yang baik guna kerusi katu yang tidak bersandar.
  3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,
  4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
  5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.
  6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.
  7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
  8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Pengurusan stor perlu dibincangkan stu topik khas)
  9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
  10. Papan Maklumat - iaiatu Notis Board dan maklum,at notis semasa
  11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat guru PSV. kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi Pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di sini. Apapun bergantung kepada guru PSV untuk mencorakkan suasana P&P PSV di sekolahnya. Bersama ini saya berkongsi gambar-gambar disebuah sekolah yang telah berjaya mewujudkan Bilik Seni dan Galeri seni Visual tersendiri. Tahniah kepad guru-guru berkenaan yang berjaya meyakinkan pihak pengurusan sekolah hingga PSV menjadi keutamaan di sekolah berkenaan. Sekolah tersebut ialah SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Monday, April 11, 2011

Bahagian 6: Penghayatan Asas Seni Reka - Sifat Fizikal Garisan

Sebagai seorang pengkarya seni visual (termasuk pelukis, arcawan, pereka bentuk dan pandai tukang-Kraf), unsur garisan merupakan unsur yang sangat penting. Kerana Garisan menentukan idea awal bagai penjelmaan karya-karya mereka. Ternyata garisan adalah kajian visual bagi menterjemahkan karya. Terdapat pelukis yang menggunakan unsur ini sebagai manifestasi karya, misalnya Jackson Pollock dengan karya renjisan spontan dangan gaya penampilan Abstrak Expresionis telah menonjolan rentak-rentak garisan. J.Seeley dengan karya ctakan bertajuk Stripe Song berjaya menonjolkan garisan Op yang dikenali sebagai aliran Op Art. Pelukis-pelukis di Malaysia juga ada yang menggunakan garisan sebagai penonjolan imej sepertii Ibrahim Hussein dan Ismail Latif. Maknanya garisan merupakan unsur sangat signifikan dengan pengkaryaan pelukis dan pereka.

Dalam bahagian 5, saya telah mengemukakan jenis-jenis garisan yang selama ini kita telah mengenali sebagai karektor garisan. Semoga penulisan saya ini dapat manfaat kepada guru-guru seni visual dan pengerak senin visual agar memahami lebih jelas persoalan-persoalan asas tentang Asas Seni Reka (ASR). Ramai dikalangan guru-guru sangat berpandu kepada buku-buku rujukan yang tidakpun merujuk daripada buku-buku besar seperti 'Art Fundamentals'. terdapat buku rujukan yang membuat telahan sendiri tetang konsep Asas Seni Reka yang menyebabkan terpesong dari kajian. Dalam buku panduan guru Seni Visual KBSM terbitan tahun 2002 juga tidak begitu ilmiah memperjelaskan tentang ASR.

Muka surat 2 dalam Buku Panduan Guru Seni Visual menyatakan Fungsi Garisan sangat keliru. Sebenarnya kalau dirujuk pada buku-buku besar ianya sesuai dengan tajuk Unsur Garisan bersama Unsur-unsur lain. Misalnya Garisan dan Rupa, Garisan dan Jalinan, Garisan dan Nilai, Garisan dan Warna bukannya garisan mewujudkan struktur, garisan menghasilkan jalinan dan sebagainya (rujuk muka surat 2, 3 dan 4 dalam buku sumber guru PSV KBSM). Dalam buku saya bertajuk Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 (terbitan Creatif Enterprise), saya telah sesuaikan dengan beberapa perkara baru yang dirasakan tidak langkap dalam buku panduan. Perkara-perkara yang saya tulis itu telahdicedok oleh Buku terbitan Pelangi yang terbaharu -malang sekali budaya menciplak tidak diminta izin. (anda boleh lihat buku saya - ting 1 dan bandingkan buku terbitan Pelangi penulisan Kathlee Chee)

Satu Topik dalam garisan yang tidak disentuh dalam buku Panduan Guru ialah Sifat Fizikal Garisan. Dalam buku Art Fundamentals menyatakan ' The physical characteristics of line are many. Lines may be straight or curved, direct or meandering, ...' Sifat fizikal garisan dapat menentukan kesan psikologi garisan itu sendiri disamping kita dapat mengenal sebenarnya garisan.

Garisan menentukan lokasi dalam sebuah karya

Antara Sifat Fizikal Garisan ialah:

1. Ukuran Garisan- merujukan kepada panjang dan pendik garisan

2. Jenis Garisan - jenis garisan bergantung kepada luris, bengkok, zigzag, bengkang bengkong dsb

3. Arah Garisan - dari mana arah garisan itu bermula, mungkin arah dari pelbagai, arah yang sehala atau bertentangan.

4. Lokasi Garisan- Ukuran, jenis dan Arah garisan tentunya mempunyai lokasi tertentu bagi menempatkan peranan subjek dalam karya..

5. Karektor garisan - Karetor garisan dapat disempurnakan melalui media. Ramai pelukis menggunakan mediaa bagi memperlihatkan karektor garisan sebagai presentasi mesej karyanya.

Karya Arca Anthony Lou bertajuk Rimba menunjukan arah dan kaektor garisan

Tuesday, April 5, 2011

Bahagian 5: Penghayatan Asas Seni Reka - Jenis-jenis Garisan

Hakikat pengetahun Asas Seni Reka (ASR) atau Bahasa Seni Visual yang bertolak dari organisasi Bentuk (Form) merupa fenomena penting yang perlu diketahui oleh kita yang mendokong dalam bidang Seni Visual. Namun, sebelum mengaplikasikan ASR kita perlu mengetahui tiga komponen penting dalam sesuatu Kerja Seni Visual iaitu Hal Benda(Subject), Bentuk Seni (Form) dan Kandungan (Content). Sebuah karya seni visual tidak lengkap sekiranya tiga aspek itu tidak dihuraikan. Organisasi Asas Seni Reka hanya menjurus penghurai dalam Bentuk Seni (Form) semata-mata. Aspek Format ini merupakan benting dalam menghuraikan keseluruhan Karya Seni Visual yang merngkumi aspek teori dan praktik.

Penulisan saya dalam bahagian 4 menegaskan Unsur Nilai yang menggantikan Unsur Bentuk. Ramai yang memberi pendapat dan komentar dalam tiga FB yang saya muatkan turunkan pendapat saya ini. Saya tertarik dengan pendapat Chan dalam FB Seni Visual STPM yang menyatakan bahawa biarlah Bentuk terus menjadi Unsur Seni kerana Bentuk adalah lanjutan dari Rupa. Beliau menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa Garisan adalah lanjutan dari titik (Point). Pada saya pendapat itu sangat menarik. Sebenarnya saya telahpun menerangkan pada bahagian 2 dan 3 dalam penulisan saya alasan kenapa perlu ditukarkan Unsur Bentuk kepada Unsur Nilai. Namun, biarlah saya katakan bahawa banyak buku yang sama baca tidak menyatakan salah satu unsur Seni adalah Bentuk. Ada buku yang menyatakan 'Mass' sebagai unsur 3D tetapi tidak menyatakan sebagai 'Form' atau bentuk. Ya, kita sebenarnya sudah terbiasa dengan apa yang kita dapati sebelum ini, agak sukar untuk berubah kerana kita telah disuapkan selama lebih 20 tahun mengenai ASR yang sedia ada. Peringkat awal tahun 2003 saya mula memberi pendapat tentang 'Ruang' semasa itu pun ada yang tidak mahu menerima bahawa ruang bukannya dalam unsur seni. Tetapi sekarang ramai yang telah terima bahawa Ruang dikeluarkan dari Unsur Seni. Biarlah kita membicarakan dalam konsep yang betul dalam apa juga perbincangan ilmiah. Tujuan penulisan saya ini juga adalah untuk sama-sama kita berkongsi agar kita mendalami betul-betul ASR.

UNSUR GARISAN - JENIS-JENIS GARISAN

Garisan dikatakan sebagai asas dan terpenting dalam seni visual, kerana ianya melibatkan kerja-kerja peringkat awal dalam menghasilkan karya yang juga disebut sebagai lakaran. Pada pelukis, garisan merupakan unsur asas dalam gerak kerja melukis. Tanpa garisan ianya tidak menjadi kenyataan. Sejarah seni lukis mempamerkan bahawa tamadun manusia mula melukis sejak zaman batu di dalam gua lagi. Manusia mula melukis didinding gua sebagai manifestasi spritual. Lukisan grafik binatang merupakan elemen penting untuk memburu pada ketika itu. Kanak-kanak mula megenal alat dan bahan dengan melukis lakaran-lakaran kasar sebagai penjelmaan perasaan. Terdpat pelukis menghasilkan karyanya dengan menggunakan garisan sahaja. Ternyata garisan merupakan unsur seni yang amat penting dan praktikal.

Kekuatan garisan dalam unsur seni merupakan aktiviti multlak sebagai pengkarya. Mula melakar melalui idea visual, pemilihan visual idea, lukisan sebenar dan seterusnya menjadi karya. Semua bidang seni visual tidak terlepas dalam melukis dengan menggunakan garisan.

Banyak buku-buku yang saya baca menghuraikan garisan dengan begitu teliti sekali. Garisan dikaitkan dengan unsur Matematik, kerana dalam matematik garisan menjadi faktor kepada pengiraan, justru itu dalam matematik garisan disebut sebagai 'path' daripada pergerakan titik. Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'. Definisi ini boleh diperkemaskan, namun kefahaman tetang garisan sudah ada iaitu garisan bermula dari titik-titik yang bersambung yang menggunakan alat dan bahan digerakkan diatas suatu permukaan. Balam buku Art Fundamentals menyatakan:

'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'

Dalam Buku Sumber Guru PSV KBSM menyatakan Jenis-jenis garisan yang agak kabur danmenyeleweng menyebabkan banyak buku-buku yang ada dalam pasaran tersasar dalam menentukan jenis-jenis garisan. Menurut dalam buku sumber, Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan iaitu seperti kasar, halus, panjnag, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, terputus dan sebagainya (rujuk ms 1). Masalahnya ada penulis lain yang menulis dalam buku rujukan yang dijual dan digunakan disekolah menambahkan lagi menjadi garisan berbulu, garisan mengerutu dan lain-lain garisan sangat melucukan (sila rujuk Buku terbitan fajar bakti dan Terbitan Pelangi). Kesalahan ini menyebabkan semua guru yang menggunakan buku tersebut tersalah mengajar pelajar/murid. Dalam soalan yang dikemukakan pun terdapat penyataan tersebut. Sebenarnya Jenis garisan tidak sama dengan kerekter garisan. Terdapat kesalahan yang perlu dibaiki.

Sebenarnya dalam pembacaan saya dari beberapa buku,jenis garisan hanya ada tiga (3) jenis sahaja, iaitu:

  1. Garisan Tulin
  2. Garisan Tersirat
  3. Garisan Psikologi

Rajah A: Jenis-jenis garisan

Garisan Tulin: ialah gaisan sebenar yang menggunakan alat dan bahan dilakarkan di atas permukaan. Gisan ini adalah mengikut karekter alat dan bahan yang dilukis oleh pelukis.

Garisan Tersirat: ialah garisan yang menampakkan seolah-olah satu garisan misalnya beberapa siri titik-titik atau ulangan rupa, objek dan sebagainya.

Garisan psikologi: ialah garisan dari gerak mata, secara psikologinya seoralah-olah suatu garisan menuju kepada objek tersebut misalnya kita menunjuk ke atas sesuatu. Arah itu seoalh-olah garisan.

Lihat foto dibawah menghuraikan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis garisan.

Karya Georges de La Tour bertajuk The Fortune Teller. Oil (1630)

Jenis-jenis garisan terdapat dalam karya catan

Ketiga-tiga jenis garis yang hadir dalam karya 'Georges de La Tour Fortune Teller'.Garisan Tulin secara realisasi yang jelas dilukis melalui garisan pada figura-figura dan pakaian. Garisan tersirat yang dibuat antara lengan hingga ke tangan (lihat garisan penunjuk). Sebuah garis seperti kedua adalah dicipta oleh kelanjutan lengan figura pertama di sebelah kiri melalui bawah jaket figura kedua dan di sepanjang figura ke empat di sebelah kanan. Garisan Psikologi berlaku sebagai penglihatan mata kita mengikuti arah di mana setiap objek yang melihat.

Saya akan menyambung penulisan saya ini. Saya pasti kenyataan saya ini merupakan titik tolak kepada membetulkan beberapa kesilapan yang ada selama ini.

Sunday, April 3, 2011

Bahagian 4: Penghayatan Asas Seni Reka - Unsur Nilai menggantikan Bentuk

Sesungguhnya Asas Seni Reka (ASR) merupakan Bahasa Seni Visual yang perlu dikhadamkan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual. Persoalan awal bahagian 1 hingga bahagian 3 saya telah mengemukakan beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam Unsur Seni dalam struktur organisasi ASR. Perkara ini amat penting, kerana ianya melibatkan persoalan mengorganisasikan karya dengan betul. Misalnya RUANG tidak boleh kita tafsirkan sebagi Unsur kerana setiap karya yang dihasilkan memerlukan kebolehan menyelsaikan masalah Ruang dalam satah gambar. Ruang tidak boleh sama dengan garisan, rupa, warna, jalinan dan nilai yang pelukis boleh menggunakan alat dan bahan untuk dilukis. Ruang begitu subjektif sifatnya. Ianya akan wujud apabila pelukis meletakkan hal benda melalui penyusunan yang kreatif.

Dalam Bahagian 3 saya menyatakan bahawa BENTUK perlu ditukar kepada NILAI. Ramai yang keliru dengan kenyataan ini. Ada yang telefon saya menyatakan kalau tidak ada bentuk macam mana Arca atau 3D nak dibincangkan, semuanya cerita mengenai 2D sahaja. Ada juga yang sangat keliru apa yang dimaksudkan dengan Nilai.... ada kata nilai seperti Nilai dalam pendidikan, nilai baik, nilai kerjasama, nilai kebersihan dan sebagainya. Kini saya cuba menerangkan satu persatu tentang kedudukan NILAI dalam Unsur Seni yang menggantikan BENTUK.

  1. Konsep Unsur Bentuk adalah objek yang boleh dipegang - maksudnya bentuk adalah objek 3D contohnya seperti Arca, Pembungkusan, Rekaan Industri dan sebagainya. Bentuk bukannya dalam bentuk gambar atau foto, maksudnya 2D. Dalam kurikulum KBSM menyatakan Bentuk Kongkrit dan Bentuk Ilusi. Sebenarnya semua bentuk adalah kongkrit. Ilusi bukannya bentuk!!! Dalam gambar/Karya 2D bukannya bentuk Ilusi ianya adalah Nilai cahaya hingga ianya dapat kelihatan seolah-olah berbentuk. Nilai cahaya itu termasuklah kecerahan, gelap, bayangan dan pantulan cahaya. Bagi pelukis yang melukis gambar pokok tentunya semasa melukis akan menentukan pencahayaan cerah dan gelap bagi menimbulkan kesan karya yang 'realis'. Kesimpulannya dalam sesebuah karya samada karya seni halus, grafik, kraf dan reka bentuk tentu sahaja akan menentukan nilai cahaya dalam karya yang dihasilkan.
  2. Bagi karya-karya yang abstrak atau semi abstrak bagaimana kita nak sebut sebagai bentuk kerana karya-karya-karya itu semuanya menggunakan aplikasi warna atau bahan. begitu juga dengan reka bentuk grafik. Susah kalau kita gunakan Unsur Bentuk untuk menilai dan menyusun sebagai satu unsur seni. Di sinilah gunakan unsur Nilai untuk mentaarifkan karya-karya yang begitu sifatnya. Sesungguhnya melalui warna sudah ada Nilai iaitu nilai tensiti dan ketepuan warna tersebut. LihatRajah A di bawah, saya menunjukkan rajah berwarna dan kelabu. Kesannya kita dapat lihat bahawa Nilai warna tersebut apabila saya kelabukan. Ini bermakna nilai warna merah itu lebih rendah berbanding warna biru. Ini lah pentingnya unsur Nilai.
    Rajah A
  3. Perkara yang paling penting dalam Unsur Nilai ialah nilai karya 2D dalam bentuk 3D. Maksudnya ialah karya-karya yang dilukis menggunakan nilai kecerahan dan kegelapan bagi menimbulkan kesan 3D (Dalam KBSM dipanggil Bentuk Ilusi). Dalam kajian Unsur Nilai Teknik yang dinyatakan dalam pelukisan ini disebut teknik CHIAROSCURO. Teknik Chiaroscuro ini banyak digunakan oleh pelukis-pelukis di zaman 'High Renaissance'. Antara pelukis yang menggunakan kaedah ini seperti Leornardo da Vinci, Michelangelo dan Titian. Contoh karya agung yang boleh kita lihat ialah Mona Liza. Sebenarnya ramai pelukis-pelukis realism menggunakan kaedah ini bagi menimbulkan kesan 3D dalam karya-karya mereka. Pelukis di Malaysia seperti Mohammed Hossein Enas dan Mazli Som juga menggunakan kedah ini.
    Gadis Iban, Karya Mohammad Hussein Enas
  4. Selepas mengetahui teknik Chiaroscuro, satu teknik yang perlu dikaji dalam Unsur Nilai ialah teknik TENEBRISM. Teknik ini adalah lanjutan dari teknik Chiaroscuro. Masih menggunakan kesan cahaya bagi menimbulkan kesan 3D, tetapi ianya lebih dramatik dengan penekanan yang kuat kepada cahaya cerah dan gelap. Karya-karya Rembrandt adalah sebagai contoh yang banyak menggunakan kaedah ini. kalau di Malaysia kita lihat karya pelukis Samjis.

Sebenarnya banyak dapat dibincangkan mengenai Unsur Nilai yang tidak pernah dibincangkan dalam unsur-unsur seni. Persoalannya perubahan ilmu dalam bidang seni ini perlu ditangani dengan segera agar persoalan-persoalan yang betul dan jelas wajar dipelajari. Banyak lagi yang perlu dikupas untuk kita memahami persoalan Unsur Nilai, misalnya permasalah 'Highlights' daan 'Cast Shadows' dalam karya-karya seni visual dan lain-lain lagi. kadang-kadang saya merasakan kesilapan ini bukan kerana guru-guru tidak tahu, tetapi malumat yang disampaikan kepada guru-guru adlah salah. Misalnya suatu masa dulu guru-guru suka mengajar Tone warna... apa pun semua sebut ton.... saya pernah menyatakan pada panel mengubal buku sumber guru semasa penggubalan buku sumber, jangan kita terlalu tekankan tone warna, kerana banyak buku yang saya baca tone warna itu sabahagian kecil saya diterangkan. Ianya ialah Nilai warna iaitu dari gelap ke cerah atau cerah ke gelap.

Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu kita bincangkan bersama. terima kasih sahabat-sahabat yang banyak memberi respon perkara ini. Penulisan saya ini adalah sekadar untuk berkongsi maklumat mengenai asas pengetahuan dalam seni visual. Pada masa akan datang saya akan mengupas tentang Unsur garisan.


Friday, April 1, 2011

Penghayatan Asas Seni Reka - Unsur Bentuk perlu ditukar....- Bahagian 3

Pada bahagian 2 penulisan saya telah menunjukkan dua organisasi Asas Seni Reka (ASR), iaitu yang dikemukakan dalam KBSM dan SV STPM. Saya masih ingat semasa saya terlibat mengubal kurikulum PSV untuk sekolah seni. Saya mengemukakan persoalan Organisasi ASR yang terbaharu seperti mana dalam Rajah B. Malangnya ada panel tidak mahu terima dan menyatakan banyak buku-buku lain yang menyatakan pelbagai pendapat. Pada masa itu saya tidak mahu bertengkar hal akademik begitu kerana saya tahu beliau pun tak pernah baca dengan teliti buku-buku yang berkaitan 'Art Fundamentals'. Saya serahkan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK sekarang BPK). Namun, beberapa siri pengubalan yang lain saya tidak dipanggil lagi... hinggalah pemurnian kurikulum tersebut. Pada masa pemurnian banyak perkara saya bangkitkan tapi kata mereka pula ini hanya nak murnikan sahaja, pengubalan dah selesai... malang sekali. Namun, Alhamdulliah saya lihat Unsur Ruang telah terkeluar dari Unsur Seni, maknanya mereka dah setuju apa yang saya katakan sebelum itu.

UNSUR BENTUK?

Bahagian 3 ini saya ingin mengupas satu lagi elemen dalam unsur seni yang perlu kita fikirkan bersama. Unsur tersebut ialah BENTUK. Perkara ini saya telah bahaskan dalam panel STPM kurikulum Modular yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Alhamdullilah panel setuju apa yang saya bangkitkan mengenai masalah unsur seni Bentuk. Ya, apakah masalahnya? Ya ramai di antara kita akan mempertikaikan kalau saya katakan Bentuk tidak sesuai dalam unsur seni. Bentuk dalam bahasa Inggeris adalah 'Form'. Namun pemakaian Bentuk dalam hubungannya dengan seni menjadi keliru, sangat-sangat keliru. Ada orang kata apa yang kita katakan Rupa Geometeri adalah 'Bentuk'... tanya orang bidang Matematik atau Sains mereka kata Bentuk Geometeri bukannya Rupa Geometri.

Berdasarkan pembacaan saya beberapa buku mengenai ASR, Istilah Bentuk atau 'Form'adalah merujuk pada jenis karya seni iaitu samada karya itu bentuk 2D, 3D, 4D atau Motion. Nanti saya akan huraikan lebih lanjut mengenai hal ini. Sekarang saya berbalik kepada Bentuk dalam Unsur Seni. Sebenarnya kesemua buku yang saya baca menyatakan ialah 'VALUE' Bahasa Malaysia ialah NILAI. ( Sila rujuk Gambar rajah Organisasi ASR yang dikemukakan oleh Ocvirk dan Rakan-rakan - 2008)

Organisasi ASR mengikut Ocvirk dan rakan-rakan

Dibawah ini adalah senarai nama buku-buku rujukan saya untuk membuktikan apa yang saya katakan di atas, antaranya:

  1. Art Fundamentals Theory and Practice, Edisi ke-10 'Tenth Edition' (2006), muka surat 110.
  2. Design Basics (2008) muka surat 238.
  3. Foundations or Art Design (2008) muka surat 66.
  4. Drawing A Contemporary Approach 'Sixth Edition' (2008), muka surat 92.
  5. Experiencing Art Around Us -Second Edition (2006), muka surat 83
  6. Understanding Art-Seventh Edition (2004), muka surat 35
  7. Launching the Imagination a Comprehansive Guide to Basic Design (2006), muka surat 43
  8. Basic Visual Consepts and Principle for Artis, Architects and Designers (1992) muka surat 86
  9. Design Funamentals New Media (2005) muka surat 102

Kepada saudara yang membaca nota saya ini sila buat rujukan mana-mana buku yang tersenarai.

Mengapa kita perlu menukar unsur Bentuk kepada Nilai?. Pada umumnya saya sudah menyatakan bahawa pandangan penulis-penulis buku-buku yang hebat itu mengenai apa yang termaktub. Penulis-penulis tersebut bukannya calang-calang, kebanyakkan mereka adalah Profesor dan penyelidik seni visual yang hebat. Faktor lain ialah sebenarnya dalam karya-karya yang dihasilkan, cahaya cerah dan gelap memainkan peranan penting sebagai elemen karya tersebut. Nilai cahaya gelap dan cerah perlu dibincangkan dengan teliti sebagi satu elemen atau unsur seni. Dalam karya-karya Agung dibincangkan teknik-teknik seperti 'Chiaroscuro' dan 'Tenebrism', di sinilah tempat perbincangan tersebut. Persoalan pencahayaan (high light), 'Shadow edge', 'Shadow core', 'Cast Shadow, 'Reflect light' dan nilai gradiasi cahaya gelap ke cerah melalui 'High Key' dan 'Low key'. kesemua itu adalah nilai dalam sesebuah karya seni visual.

Saya akan sambung perbincangan ini, kepada sabahat-sahabat sila beri pendapat mengenai isu ini.

Nilai cahaya

Nilai kecerahan cahaya gelap dan cahaya cerah

Penghayatan Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual dan Seni Visual- Bahagian 2

Organisasi Asas Seni Reka

Dalam bahagian 1, penulisan saya telah mengupas serba sedikit mengenai aspek Ruang yang tidak lagi termasuk dalam Unsur Seni. Sebenarnya banyak perkara kita harus tahu mengenai Asas Seni Reka (ASR) atau kita sebut sebagai BAHASA SENI yang kita sering gunakan sebagai eleman fomalistik dalam kritikan.

Seseorang guru seni visual harus mahir menggunakan Asas Seni Reka, kerana ini merupakan intipati penting sebagai kekuatan dalam penyampaian Seni Visual secara menyeluruh. Kemahiran ASR sangat perlu dalam aplikasi menghasilkan Produk/Karya , Apresiasi dan Kritikan. Nampaknya sebagai guru Seni Visual tidak boleh lari dalam memahirkan dirinya dari aspek pengetahuan Bahasa Seni iaitu Asas Seni Reka.

Kali ini saya ingin menunjukkan perbandingan organisasi Asas Seni Reka antara KBSM dan yang dicadangkan Oleh Ocvirk dan Rakan-rakan dalam Buku 'Art Fundamentals'.

Rajah Organisasi Asas Seni Reka KBSM dan Aspek Formal Seni Visual STPM

Berdasarkan rajah ( A dan B) di atas kita dapat mengenal pasti banyak perbezaan berlaku dalam menentukan pengucapan bahasa seni visual. Paling penting guru-guru perlu mengatahui bahawa perubahan yang dibuat oleh Ocvirk dan Rakan-rakannya menggambil kira perkembangan semasa dalam dunia seni visual.

Di sini biar saya memetik teks yang diperkatakan oleh Ocvirk dan Rakan-rakannya, ' A completed work of art has three components: subject, form, and content. There components change only in the degree of emphisis put on them. Their interdependence is so great that none should be neglected or given exclusive attention. The whole work of art should be more important than any one of its the component 'form' in order to investigate the structural principles of visual order'.

Pada masa akan datang saya akan menghuraikan beberapa lagi perkara penting yang perlu kita sama=sama fikirkan dalam pengolahan sebuah karya berdasarkan elemen-elemen penting dalam Asas Seni Reka. Semoga sahabat-sahabat dapat manfaat perkongsian ilmu ini. Kepada yang memberi pandangan saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan pandangan mereka.

Penghayatan Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual dan Seni Visual- Bahagian 1

Seringkali guru-guru menjadi keliru dalam Pendidikan Seni Visual (KBSM dan KSSM) dengan Seni Visual (STPM) dari segi kandungan maklumat terutama Asas Seni Reka. Kekeliruan ini adalah disebabkan beberapa fakta yang telah lama guru-guru PSV mengajar disamping guru terlalu terikut dengan buku-buku rujukan Pendidikan Seni Visual yang 'tidak bertanggungjawab'. Harus diingat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bahawa mengambilan maklumat dari buku ataupun Internet perlu dilihat dari beberapa sudut. Pertama, siapa pengarang? dan Tahun bila?. Ini penting, kerana bahan yang digunakan adalah kandungan P&P dalam bilik kelas/Studio Seni. Berikut ini saya menyatakan beberapa permasalahan yang b erlaku dalam Asas Seni Reka.


1. Unsur Seni.

Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) terdapat 6 elemen unsur seni iaitu:

  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Warna dan
  • Ruang

Dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM) tiada Ruang (5 elemen sahaja).

Persoalan yang timbul mengapa SV STPM tiada dimasukkan ruang? Mengapa pula PSV (KBSM ada ruang? mana yang betul?

Sebenarnya soalan ini saya juga pernah disoal oleh guru-guru PSV dalam siri ceramah saya dibeberapa negeri. Saya faham, guru PSV yang perihatin akan merasai kegelisahan dan kerungsingan apa yang berlaku dalam dua situasi yang berbeza tetapi bercakap dalam satu skop yang sama iaitu menghasilkan 'Design' atau berkarya seni visual.

Sebenarnya, Kurikulum Seni Visual STPM dirangka berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu dalam perkembangan Seni Visual. Beberapa buku yang menjadi rujukan memberi alasan yang kukuh menyatakan bahawa RUANG mempunyai kedudukan tersendiri tanpa dimasukkan dalam mana-mana unsur atau prinsip. Ini adalah kerana Ruang merupakanpermasalah reka bentuk dalam sesebuah karya. Seseorang pengkarya menghasilkan sebuah karya memerlukan pengisian ruang dalam menyusun 'hal benda', imej, warna atau teks dalam penghasilannya. Oleh yang demikian ruang menjadi faktor penentu kepada susunan itu. Justru itu olahan Karya seni adalah berdasarkan Unsur dan Prinsip Rekaan bagi menwujudkan permasalahan RUANG......

Kenyatan saya diperkukuhkan dalam buku 'Art Fundamentals Theory and Practice', dengan jelas menyatakan; 'The artis is always concerned about space as it evolves in artworks. The autors have taken the position that space is not an element, (that is, not one of principles of organization)' but a by-product of the elements as they are put into action and altered by the various principle of organization.

Poster Avatar: Penyusunan ruang melalui susunan imej, teks dan warna penentu dalam estetik dalam poster

Pada masa lain saya akan berkongsi tentang perbezaan konsep organisasi Asas Seni Reka KBSM dan Terkini.