Tuesday, May 25, 2010

Kereta terbang Pertama dicipta






Permalahan kesibukan jalanraya dan masalah masa menyebabkan beberapa pakar mencipta kereta terbang. Kereta terbang pertama telah dicipta oleh kumpulan yang dinamakan Terrafugias. Inc. “Terrafugias” adalah dari bahasa Latin bermaksud "melarikan diri dari tanah". Terrafugia (ter-ra-foo-gee-ah), yang berpusat di Woburn, MA, terdiri daripada sebuah pasukan jurutera yang telah pemenang beberapa anugerah dan bersetuju untuk memajukan keadaan pesawat peribadi sejak tahun 2006. Beberapa pernerbangkan telah diuji dan menyelesaikan penerbangan bersejarah pertama pada tarikh 5 Mac 2009 dengan 27 penerbangan tambahan selesai selama beberapa minggu berikutnya. Ujian dibuat oleh Pilot Kolonel (Purn) Phil Meteer punya ulasan positif menerbangkan POC: menurutnya “saya ingin terus terbang ini Bukti Konsep kenderaan, tapi masuk akal untuk pindah ke Prototaip Beta”. Setelah berhasil dan menyelesaikan penerbangan-ujian dengan ‘Bukti Konsep’ menyimpulkan tahap pertama dari proses tahap keempat untuk membawa ke dalam pengeluaran sebenar. Namun demikian proses seterusnya sedang dilakukan ke Tahap ke-2, Harapan kumpulan pencipta ini ialah penghasilan prototaip beta dan dijangka penghantaran pertama diharapkan pada tahun 2011.

Kereta terbang ini dikategorikan sebagai ‘Light Sport Aircraft’, sedang untuk mendapatkan sijil dari sukan penerbangan. Kereta terbang ini adalah pesawat dua-kerusi direka untuk lepas landas dan mendarat di lapangan terbang tempatan dan boleh dibawa untuk memandu di jalan raya atau lebuh raya sebagai kenderaan motokar biasa. Transformasi dari kapalterbang ke kereta memuat pilot kurang dari 30 saat. Peralihan ini akan jelajah hingga 450 batu lebih dari 115 mph, akan mendorong kelajuan dalam perjalanan biasa, dan boleh sesuai untuk disimpan pada ruang penimpanan kereta. Untuk melihat video sila klik: http://www.youtube.com/watch#!v=Xo0MEQSGW8w

Monday, May 24, 2010

Animasi Upin dan Ipin mendapat tempat di Indonesia - terdapat Blog Di Indonesia iri hati dengan kejayaan Animasi Malaysia




Kejayaan filem Animasi Upin dan Ipin keluaran produksi Les’ Copaque Sdn. Bhd. Merupakan satu kejayaan bagi rakyat Malaysia khususnya yang terlibat secara langsung dalam bidang Seni Visual. Sejak Animasi 3D Upin dan Ipin dijanakan melalui TV 9 sekitar tahun 2007 ramai peminat rancangan ini telah memberi respon positif.

Upin dan Ipin ceritanya diolah secara bersahaja yang mengisahkan kehidupan watak kanak-kanak ketika kecil dalam kelompok keluarga Islam. Paling penting penceritaan yang menarik dan mesej yang disampaikan meninggalkan kesan mendalam pada psikologi anak-anak.

Antara perkara yang menarik perhatian dalam kisah Upin dan Ipin ialah:

Keagamaan (Islam)– secara tak langsung dapat mendidik anak-anak tentang asas agama seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan lain-lain.

Moral – kanak-kanak dapat melihat secara positif tentang nilai nilai yang baik.

Sosial – pergaulan antara kaum yang diolah begitu berkesan kena dengan budaya 1Malaysia.

Watak upin dan ipin dibantu oleh watak-watak yang jelas akan kriteria masing-masing. Watak-watak lain adalah, Opah – nenek yang menjadi penjaga sepenuh masa kepada upin dan ipin setelah kematian ibu bapanya. Kak Ros – kakak kepada upin dan ipin yang menjaga upin dan ipin secara sambilan. Rakan-rakan – Ehsan, Mail, Me Mei, Fizi, Jarjit dan ramai lagi

Sebenarnya Animasi di Negara ini telah pun bermula sejak tahun 1940-an lagi Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba. Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996 Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Kemudian kartunis agung Malaysia Lat telah menerbitkan filem animasi ‘Kampong Boy’ filem ini dibangunkan di Amerika dan dianimasikan di Filipina dan ditayang melalui ASTRO.

Kembali semula pada kejayaan Ipin dan Upin, sauatu perkembangan yang sungguh menarik. Kerana kejayaannya mendapat tempat diluar Malaysia. Kita disini sering berbangga dengan animasi Jepun seperti Cing Chan dan Doremon, sebaliknya di Indonesia animasi Upin dan Upin sentiasa ditunggu oleh kanak-kanak di sana dan sekarang menjadi ajukan perkataan ‘BETUL BETUL BETUL’.

Namun demikian, kejayaan ini telah menibulkan rasa iri hati kalangan beberapa rakyat disana sebagai contoh sebuah blog (http://bloggerbekasi.com/2010/05/17/upin-dan-ipin-bisa-menghancurkan-bangsa-indonesia.html) telah mengutarakan pendapat dan kerisauan kejayaan animasi produk Malaysia dengan menyatakan:

…..‘upin dan ipin , slah satu serial kartun yang beredar di indonesia , yang berasal dari malaysia,, lambat laun kartun ini bisa menghancurkan bangsa kita INDONESIA ,,
pada salah satu episodenya , upin dan ipin menyanyikan lagu rasa sayange versi malaysia . Apabila episode tersebut sering di putar di TV nasional INDONESIA , bukan tidak mungkin anak indonesia lebih hafal lagu RASA SAYANGE versi malaysia ketimbang versi INDONESIA ,,

bukan tidak mungkin suatu saat upin dan ipin menyanyikan lagu kebangsaan kita namun dengan lirik yang di ubah menjadi cemoohan , WASPADA PRODUK MALAYSIA.

Apapun, kejayan Upin dan Ipin merupakan kejayaan Malaysia dan kejayaan bidang Seni Visual di Negara ini. Menurut Pengarah Urusannya, Burhanuddin Mohd. Radzi Animasi ini sekarang akan berkunjung ke seluruh India dan Amerika Latin. Tahniah.

Sunday, May 16, 2010

Selangor hargai karyawan seni kreatif, kritis

SHAH ALAM, 15 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang tinggi sumbangan karyawan seni yang mampu melahirkan kecintaan kepada percambahan fikiran yang kreatif dan kritis.

Beliau berkata, sumbangan besar dari hasil melalui kegiatan seni tidak harus disekat, bahkan ia sepatutnya disuburkan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat khususnya golongan belia yang pada usia mereka gigih mencari pelbagai inspirasi.

Abdul Khalid berucap merasmikan Pameran Pelukis Selangor 2010 di Galeri Shah Alam dekat sini petang semalam. Teks ucapannya dibacakan oleh setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Perkembangan atau kemajuan sesebuah negara atau negeri turut didorong oleh percambahan minda atau fikiran yang terhasil daripada kerancakan aktiviti seni yang mencetuskan kreativiti serta pemikiran kritis yang seterusnya menyumbang terhadap perubahan kebudayaan, ekonomi dan politik.

“Pemikiran kreatif yang diilhamkan melalui kreativiti penulisan terbukti berjaya melahirkan ramai tokoh pemikir di dunia Barat dan di rantau Asia Tenggara.

“Ia mampu mempengaruhi rakyat untuk bangun memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman serta membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan marhaen. Umpamanya, revolusi Peranchis dan kebangkitan rakyat Indonesia menentang kezaliman Belanda yang diilhamkan lewat sajak-sajak dan karya seni lainnya pada zaman itu,” tegasnya lagi.

Oleh itu, jelasnya, penglibatan karyawan seni visual sama ada amatur mahupun tersohor di seluruh pelosok Negeri Selangor diharap bakal berkampung pada pameran yang menyusul.

“Saya yakin masih ramai penggiat seni yang tidak mempunyai peluang dan ruang untuk menyertai pameran kali ini, berkemungkinan permintaan untuk mereka menghantar karya-karya terbaharu membatasi hajat mereka untuk mempamerkan hasil ciptaan masing-masing,” sarannya lagi.

Pameran kali kedua ini diadakan sejajar dengan penubuhan Yayasan Seni Selangor dan selari dengan usaha Galeri Shah Alam menggiatkan aktiviti seni visual khususnya di Negeri Selangor. Seramai 38 karyawan seni terlibat dengan lebih 60 hasil karya dipamerkan.

Antara mereka adalah pelukis Abdul Ghafar Ibrahim dengan lukisan bertajuk Lalat, Abu Bakar Sabran (Mantan), Ahmad Kamarul Bahri Shan (Untitled), Ainal Fuadi Md Said (White Noise), Chia Seng Chai (Momento), Haron Mokhtar (Di celah Pohon Getah), Hashim Hassan (Daun-daun Berguguran), Mohd Aris Atan (Az-Zukhruf: 32), Mohd said Abu (Mencari di Hutan Rimba) dan Shahril Awang (Segala Pujian Hanya Pada Allah).

Abdul Khalid menambah, dengan adanya kerjasama antara pihak yang berkepentingan dalam bidang seni ini, persatuan pelukis dan penggiat seni lainnya seharusnya menggiatkan aktiviti seni bukan sahaja berbentuk pameran tetapi menggerakkan program pendidikan seperti bengkel, seminar dan karnival seni yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pihak kerajaan negeri , ujarnya, berhasrat supaya Galeri Shah Alam dapat mengembangkan lagi aktiviti dan menambah bilangan penyertaan karyawan seni negeri Selangor khususnya.

“Saya yakin karyawan seni tempatan mampu menghasilkan karya seni bermutu dan bakal menjadi bahan apresiasi serta sebutan sepanjang zaman. Sebagai insan kreatif, rutin menghasilkan karya bisa mempertingkat kemahiran psikomoto dan pemikiran sejajar dengan pembangunan teknologi, ekonomi dan sosio budaya masyarakat tempatan mahupun antarabangsa,” tegasnya.

Oleh: Ismail Hashim (dalam:harakahdaily)

Saturday, May 15, 2010

MESYUARAT AGUNG GABUNGAN PELUKIS MALAYSIA





Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia atau nama ringkas GAP's telahpun mengadakan mesyuarat Agung kali ke-3 pada 15 Mei 2010 di Auditorium Balai Seni Lukis Negara. Mesyuarat Agung ini dirasmikan ooleh Y. Bhg. Dato' Hj. Mohd Rozali b. Ishak, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara. Mesyuarat ini berlangsung jam 2.00 petang dan tamat jam 5.30 petang. Kira-kira hampir 100 pelukis yang mewakili persatuan pelukis-pelukis seluruh Malayasia hadir.
Penubuhan GAP's pada mulanya adalah atas inisiatif Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA) yang dipengerusi oleh Mohd Shaimy Hashim dengan kerjasama beberapa Persatuan pelukis negeri. Hingga kini GAP's dapat bertahan selama tiga tahun dan berjaya mengadakan beberapa siri pameran bersama antaranya Pameran Endau Rompin di Danga City Mall Johor Bahru pada 25 Mac - 11 April 2010.

Wednesday, May 5, 2010

Video reka bentuk logo bermula dari lakaran kenik

Video ini menunjuk proses penghasilan sebuah logo bermula dari lakaran kenik hingga reka bentuk berasaskan komputer menggunakan perisian ilustrator.

Galeri seni UiTM di Melaka

Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2010/05/05

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) merancang menubuhkan galeri seni di Melaka bagi memberi ruang kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu menjalankan kegiatan mereka dengan lebih selesa, sekali gus dapat menjual karya masing-masing kepada orang ramai terutama pelancong luar negara.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata menerusi langkah itu juga, pihaknya berharap ia mampu memartabatkan karya pelukis muda Melayu termasuk pada peringkat antarabangsa, di samping mendekatkan masyarakat dengan hasil seni anak tempatan dan sekali gus membantu industri pelancongan di Melaka.
“Pada sesi perbincangan, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sudah menyatakan persetujuan dan berharap galeri itu ditubuhkan secepat mungkin. Setakat ini kami merancang untuk membinanya di Bandar Hilir. Melaka sememangnya berpotensi dalam membangunkan kegiatan seni lukis berdasarkan faktor sejarah dan budayanya.

“Selain Melaka, universiti juga berkemungkinan besar akan menubuhkan galeri yang sama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak lama lagi," katanya selepas majlis perasmian Pameran Diploma Seni Lukis dan Seni Reka - Ilham 5, 2010 di Galeri Seni Rakyat, Bandar Hilir, Melaka semalam.

Pameran selama seminggu yang disertai 126 pelajar semester akhir Diploma Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM itu dirasmikan Mohd Khalil dan hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Hamdin Abdullah dan Pengarah UiTM negeri, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam.

Prof Sahol berkata, usaha pelajar menganjurkan pameran itu perlu dipandang tinggi kerana ia secara tidak langsung dapat melahirkan ramai penggiat seni lukis dan pereka muda baru dan aktiviti itu juga membuktikan galeri seni lukis berbentuk komersil turut perlu diberi kepentingan dan tidak membeza-bezakan golongan muda seperti mereka.

“Selain membantu pelajar menjual karya, pameran ini menjadi pentas yang baik untuk mendekati dan mendalami pelbagai karya seni seperti catan, arca, seni cetak, fotografi dan reka bentuk grafik. Sokongan Yang di-Pertua Negeri Melaka akan menaikkan lagi semangat kami untuk terus berkarya selain boleh dimanfaatkan pengunjung dalam dan luar negara,” katanya.

Sunday, May 2, 2010

Gambar-gambar penutupan rasmi pameran Seni Visual STPM 30 April 2010






30 April 2010. Penutupan rasmi pameran Hasil Seni Visual STPM telah diadakan di Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dilakukan oleh Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob. Dalam ucapannya beliau menyentuh kedudukan Seni Visual dan matemetik seharusnya bersama dalam pembentukan diri manusia. Beliau juga menyentuh kepentingan otak kanan dan otak kiri perlu dijanakan dalam sistem pendidikan negara. Sementara itu Ketua Eksekutif Majis Peperiksaan Malaysia dalam ucapannya menyatakan bahawa satu-satunya subjek dalam STPM yang berjaya memberi penekanan kepada kerja kepada pelajarnya selepas tamat STPM ialah Seni Visual. Pelajaran ini lebih praktikal dan perubahan pelajaran ini sejak dimulakan pada tahun 2002 hingga sekarang meningkat 30% berbanding mata pelajaran lain.

Pameran ini bermula pada 1 April dan tamat pada 30 April 2010. Kira-kita lebih 5,000 pengunjung dari seluruh Malaysia datang menyaksikan pameran ini. Disamping pameran pengajur juga mengadakan beberapa siri Bicara Seni dan Bengkel Kraftangan.