Monday, May 24, 2010

Animasi Upin dan Ipin mendapat tempat di Indonesia - terdapat Blog Di Indonesia iri hati dengan kejayaan Animasi Malaysia




Kejayaan filem Animasi Upin dan Ipin keluaran produksi Les’ Copaque Sdn. Bhd. Merupakan satu kejayaan bagi rakyat Malaysia khususnya yang terlibat secara langsung dalam bidang Seni Visual. Sejak Animasi 3D Upin dan Ipin dijanakan melalui TV 9 sekitar tahun 2007 ramai peminat rancangan ini telah memberi respon positif.

Upin dan Ipin ceritanya diolah secara bersahaja yang mengisahkan kehidupan watak kanak-kanak ketika kecil dalam kelompok keluarga Islam. Paling penting penceritaan yang menarik dan mesej yang disampaikan meninggalkan kesan mendalam pada psikologi anak-anak.

Antara perkara yang menarik perhatian dalam kisah Upin dan Ipin ialah:

Keagamaan (Islam)– secara tak langsung dapat mendidik anak-anak tentang asas agama seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan lain-lain.

Moral – kanak-kanak dapat melihat secara positif tentang nilai nilai yang baik.

Sosial – pergaulan antara kaum yang diolah begitu berkesan kena dengan budaya 1Malaysia.

Watak upin dan ipin dibantu oleh watak-watak yang jelas akan kriteria masing-masing. Watak-watak lain adalah, Opah – nenek yang menjadi penjaga sepenuh masa kepada upin dan ipin setelah kematian ibu bapanya. Kak Ros – kakak kepada upin dan ipin yang menjaga upin dan ipin secara sambilan. Rakan-rakan – Ehsan, Mail, Me Mei, Fizi, Jarjit dan ramai lagi

Sebenarnya Animasi di Negara ini telah pun bermula sejak tahun 1940-an lagi Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba. Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996 Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Kemudian kartunis agung Malaysia Lat telah menerbitkan filem animasi ‘Kampong Boy’ filem ini dibangunkan di Amerika dan dianimasikan di Filipina dan ditayang melalui ASTRO.

Kembali semula pada kejayaan Ipin dan Upin, sauatu perkembangan yang sungguh menarik. Kerana kejayaannya mendapat tempat diluar Malaysia. Kita disini sering berbangga dengan animasi Jepun seperti Cing Chan dan Doremon, sebaliknya di Indonesia animasi Upin dan Upin sentiasa ditunggu oleh kanak-kanak di sana dan sekarang menjadi ajukan perkataan ‘BETUL BETUL BETUL’.

Namun demikian, kejayaan ini telah menibulkan rasa iri hati kalangan beberapa rakyat disana sebagai contoh sebuah blog (http://bloggerbekasi.com/2010/05/17/upin-dan-ipin-bisa-menghancurkan-bangsa-indonesia.html) telah mengutarakan pendapat dan kerisauan kejayaan animasi produk Malaysia dengan menyatakan:

…..‘upin dan ipin , slah satu serial kartun yang beredar di indonesia , yang berasal dari malaysia,, lambat laun kartun ini bisa menghancurkan bangsa kita INDONESIA ,,
pada salah satu episodenya , upin dan ipin menyanyikan lagu rasa sayange versi malaysia . Apabila episode tersebut sering di putar di TV nasional INDONESIA , bukan tidak mungkin anak indonesia lebih hafal lagu RASA SAYANGE versi malaysia ketimbang versi INDONESIA ,,

bukan tidak mungkin suatu saat upin dan ipin menyanyikan lagu kebangsaan kita namun dengan lirik yang di ubah menjadi cemoohan , WASPADA PRODUK MALAYSIA.

Apapun, kejayan Upin dan Ipin merupakan kejayaan Malaysia dan kejayaan bidang Seni Visual di Negara ini. Menurut Pengarah Urusannya, Burhanuddin Mohd. Radzi Animasi ini sekarang akan berkunjung ke seluruh India dan Amerika Latin. Tahniah.

2 comments:

  1. Info : Siri Upin dan Ipin juga telah dibeli oleh Disney Channel dan ditayangkan di Disney Channel Astro ke seluruh Asia Pasifik. Siri ini juga boleh diikuti dalam bahasa Inggeris. true,true,true

    ReplyDelete