Sunday, April 3, 2011

Bahagian 4: Penghayatan Asas Seni Reka - Unsur Nilai menggantikan Bentuk

Sesungguhnya Asas Seni Reka (ASR) merupakan Bahasa Seni Visual yang perlu dikhadamkan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual. Persoalan awal bahagian 1 hingga bahagian 3 saya telah mengemukakan beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam Unsur Seni dalam struktur organisasi ASR. Perkara ini amat penting, kerana ianya melibatkan persoalan mengorganisasikan karya dengan betul. Misalnya RUANG tidak boleh kita tafsirkan sebagi Unsur kerana setiap karya yang dihasilkan memerlukan kebolehan menyelsaikan masalah Ruang dalam satah gambar. Ruang tidak boleh sama dengan garisan, rupa, warna, jalinan dan nilai yang pelukis boleh menggunakan alat dan bahan untuk dilukis. Ruang begitu subjektif sifatnya. Ianya akan wujud apabila pelukis meletakkan hal benda melalui penyusunan yang kreatif.

Dalam Bahagian 3 saya menyatakan bahawa BENTUK perlu ditukar kepada NILAI. Ramai yang keliru dengan kenyataan ini. Ada yang telefon saya menyatakan kalau tidak ada bentuk macam mana Arca atau 3D nak dibincangkan, semuanya cerita mengenai 2D sahaja. Ada juga yang sangat keliru apa yang dimaksudkan dengan Nilai.... ada kata nilai seperti Nilai dalam pendidikan, nilai baik, nilai kerjasama, nilai kebersihan dan sebagainya. Kini saya cuba menerangkan satu persatu tentang kedudukan NILAI dalam Unsur Seni yang menggantikan BENTUK.

  1. Konsep Unsur Bentuk adalah objek yang boleh dipegang - maksudnya bentuk adalah objek 3D contohnya seperti Arca, Pembungkusan, Rekaan Industri dan sebagainya. Bentuk bukannya dalam bentuk gambar atau foto, maksudnya 2D. Dalam kurikulum KBSM menyatakan Bentuk Kongkrit dan Bentuk Ilusi. Sebenarnya semua bentuk adalah kongkrit. Ilusi bukannya bentuk!!! Dalam gambar/Karya 2D bukannya bentuk Ilusi ianya adalah Nilai cahaya hingga ianya dapat kelihatan seolah-olah berbentuk. Nilai cahaya itu termasuklah kecerahan, gelap, bayangan dan pantulan cahaya. Bagi pelukis yang melukis gambar pokok tentunya semasa melukis akan menentukan pencahayaan cerah dan gelap bagi menimbulkan kesan karya yang 'realis'. Kesimpulannya dalam sesebuah karya samada karya seni halus, grafik, kraf dan reka bentuk tentu sahaja akan menentukan nilai cahaya dalam karya yang dihasilkan.
  2. Bagi karya-karya yang abstrak atau semi abstrak bagaimana kita nak sebut sebagai bentuk kerana karya-karya-karya itu semuanya menggunakan aplikasi warna atau bahan. begitu juga dengan reka bentuk grafik. Susah kalau kita gunakan Unsur Bentuk untuk menilai dan menyusun sebagai satu unsur seni. Di sinilah gunakan unsur Nilai untuk mentaarifkan karya-karya yang begitu sifatnya. Sesungguhnya melalui warna sudah ada Nilai iaitu nilai tensiti dan ketepuan warna tersebut. LihatRajah A di bawah, saya menunjukkan rajah berwarna dan kelabu. Kesannya kita dapat lihat bahawa Nilai warna tersebut apabila saya kelabukan. Ini bermakna nilai warna merah itu lebih rendah berbanding warna biru. Ini lah pentingnya unsur Nilai.
    Rajah A
  3. Perkara yang paling penting dalam Unsur Nilai ialah nilai karya 2D dalam bentuk 3D. Maksudnya ialah karya-karya yang dilukis menggunakan nilai kecerahan dan kegelapan bagi menimbulkan kesan 3D (Dalam KBSM dipanggil Bentuk Ilusi). Dalam kajian Unsur Nilai Teknik yang dinyatakan dalam pelukisan ini disebut teknik CHIAROSCURO. Teknik Chiaroscuro ini banyak digunakan oleh pelukis-pelukis di zaman 'High Renaissance'. Antara pelukis yang menggunakan kaedah ini seperti Leornardo da Vinci, Michelangelo dan Titian. Contoh karya agung yang boleh kita lihat ialah Mona Liza. Sebenarnya ramai pelukis-pelukis realism menggunakan kaedah ini bagi menimbulkan kesan 3D dalam karya-karya mereka. Pelukis di Malaysia seperti Mohammed Hossein Enas dan Mazli Som juga menggunakan kedah ini.
    Gadis Iban, Karya Mohammad Hussein Enas
  4. Selepas mengetahui teknik Chiaroscuro, satu teknik yang perlu dikaji dalam Unsur Nilai ialah teknik TENEBRISM. Teknik ini adalah lanjutan dari teknik Chiaroscuro. Masih menggunakan kesan cahaya bagi menimbulkan kesan 3D, tetapi ianya lebih dramatik dengan penekanan yang kuat kepada cahaya cerah dan gelap. Karya-karya Rembrandt adalah sebagai contoh yang banyak menggunakan kaedah ini. kalau di Malaysia kita lihat karya pelukis Samjis.

Sebenarnya banyak dapat dibincangkan mengenai Unsur Nilai yang tidak pernah dibincangkan dalam unsur-unsur seni. Persoalannya perubahan ilmu dalam bidang seni ini perlu ditangani dengan segera agar persoalan-persoalan yang betul dan jelas wajar dipelajari. Banyak lagi yang perlu dikupas untuk kita memahami persoalan Unsur Nilai, misalnya permasalah 'Highlights' daan 'Cast Shadows' dalam karya-karya seni visual dan lain-lain lagi. kadang-kadang saya merasakan kesilapan ini bukan kerana guru-guru tidak tahu, tetapi malumat yang disampaikan kepada guru-guru adlah salah. Misalnya suatu masa dulu guru-guru suka mengajar Tone warna... apa pun semua sebut ton.... saya pernah menyatakan pada panel mengubal buku sumber guru semasa penggubalan buku sumber, jangan kita terlalu tekankan tone warna, kerana banyak buku yang saya baca tone warna itu sabahagian kecil saya diterangkan. Ianya ialah Nilai warna iaitu dari gelap ke cerah atau cerah ke gelap.

Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu kita bincangkan bersama. terima kasih sahabat-sahabat yang banyak memberi respon perkara ini. Penulisan saya ini adalah sekadar untuk berkongsi maklumat mengenai asas pengetahuan dalam seni visual. Pada masa akan datang saya akan mengupas tentang Unsur garisan.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment