Friday, September 18, 2009

Ramadhan akan pergi... Syawal mendatang,,



Ramadhan berakhir...

Ramadhan akan pergi
meninggalkan aku yang sepi
belum sempat mendakap-Mu sepenuh hati
sekadar senyuman dan rasa sedeguk air suci

Ramadhan akan pergi
benarkah aku mendapat khabar Mu
awal Mu,, pertengahan Mu... Akhir Mu,,,
adakah diampuni segala dosa...

Ramadhan terus pergi
Adakah dapat aku berjumpa lagi
Untuk aku sepenuhnya mendakap
dengan penuh Istikhomah......

Hassan Mohd Ghazali
28 Ramadhan 1430 H

1 comment:

  1. Ya Ramadhan akan meninggalkan kita sebentar lagi. Para sahabat Nabi ketika itu menangis kerana ditinggalkan Ramadhan. Para sahabat-sahabat kita bergumbira menanti Syawal.Alangkah kontradiksinya?

    ReplyDelete