Thursday, September 10, 2009

Pentingnya Warna......







Entah mengapa saya merasakan satu elemen penting dalam penghasilan seni visual adalah elemen warna. Ramai pengkarya amatur tidak dapat menghayati penggunaan warna dengan baik. Malah, setelah mempelajari warna sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mengapa saya katakan begitu?. Pada saya pembelajaran warna disekolah hanya sekitar pada pengenalan warna sahaja. Guru mengajar asas warna melalui aktiviti roda warna, kemudian warna sekunder, tertiar, ton, sewarna dan seterusnya. Guru jarang sekali mengaplikasikan warna secara psikologi, emosi dan persepsi.

Sebelum saya menghuraikan lebih panjang tentang penggunaan warna telebih dahulu saya ambil pengertian warna: Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550 SM di Mesir, dimana penggunaan warna adalah bagi tujuan terapi. Bertolak dari situ penggunaan warna buka sahaja digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan reka bentuk, malah digunakan sebagai perubatan dan terapi.

Pada masa ini warna mempunyai potensi dalam kehidupan harian, kita perlukan berpakaian dengan pemilihan warna yang sesuai, dirumah memilih perabot dan hiasan berkehendakkan warna yang senang dipandang, membeli kereta memilih reka bentuk dan warna yang menarik. Pendik kata segalanya kita akan menumpukan pada warna.

Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:
1. Warna sebagai warna
2. Warna sebagai representasi alam
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2. Warna sebagai represtasi alam bermaskud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya:
warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara
warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim
warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri
warna Biru: keceahan, perpaduan, keagungan, keriangan
warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk
warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain

Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna.

6 comments:

  1. Tambahan: Teori warna roscther(?). Bagaimana pula dengan WARNA-WARNA CINTA? Cinta ada warna kah..pasti ada frust menungging terkuning,cinta tak berbalas kelabu asap,cinta berbalas biru menegun.

    ReplyDelete
  2. Daniel said...
    Wah!!! ini boleh dijadikan bahan P&P. Terima kasih atas perkongsian ilmu oleh kedua-dua pensyarah yang handal.
    Mengapakah warna ungu/purple itu lambang kepada "LOVE"? Mengikut pendapat saya, kerana warna ungu pada asasnya merupakan hasil campuran daripada warna biru dan warna merah. warna sejuk biru dan warna panas merah apabila ia bergabung akan mewujudkan keadaan yang netral (neutral), jika dilihat dari segi nilai murni keadaan netral itu dapat ditunjuk pada nilai bertolak ansur, memahami antara satu sama lain, bekerjasama, kasih sayang dan toleransi. nilai-nilai ini amat penting dalam mewujud dan mengekalkan hubungan percintaan sesama manusia.

    ReplyDelete
  3. Sdr. dream840727 Daniel, warna ungu dalam budaya Melayu adalah lambang kebangsawanan. Tapi awas ya, mengikut Teori Warna Roschter lelaki yang kerap sangat memakai pakaian berwarna ungu dia adalah berkecendorongan ke arah homoseksual. Maksudnya dia GAY.

    ReplyDelete
  4. oh! begitu rupanya, baru saya tahu. bagaimana dengan warna merah jambu dalam budaya Melayu. saya nak tahu sebab saya ada baju berwarna merah jambu ha ha ha... Adakah orang yang berlainan budaya di Malaysia akan memandang saya sebagai lelaki lembut? Untuk bangsa Cina saya rasa tidak ada masalah sebab bangsa Cina suka merah, warna panas yang sekeluarga dengan merah semua suka.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah membaca, warna merah jambu melambangkan kekuatan seks. saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Dalam sebuah majalah seni dalaman mencadangkan bilik pengantin menggunakan warna merah jambu.....????

    ReplyDelete
  6. Daniel said..
    lucu tetapi menarik!!!

    ReplyDelete