Tuesday, September 8, 2009

Akademik Seni Awal di Malaysia





Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa negara kita telah lama ada Akademi Seni iaitu sejak 1879. Akedemi seni yang dimaksudkan ialah Akademi Seni Tengku Temenggung di Kelantan. Pendedahan wujudnya akademik seni ini dibuat oleh Allahyarham Abdullah Mohamed  atau terkenal dengan panggilan NAKULA. Beliau telah membuat kajian dan temuramah dengan tokoh-tokoh kesenian Kelantan. Kajian beliau sangat menarik, kerana data dan maklumat melalui individu-individu tertentu cukup dengan tahun dan orang yang ditemuramah.

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kesenian tradisi dan masih kekal dan mempunyai identiti tersendiri. Antaranya ialah Makyong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Pencak silat, Rebana Besar dan Tarian Asyik, Batik, Ukiran kayu dan tenunan.

Tidak mustahil Kelantan mempunyai akademik seni sejak sekian lama, kerana kesenian masih utuh hingga sekarang. Ini membuktikan bahawa kebudayaannya masih dijaga dan mempunayi warisan. Paling penting ialah segala warisan ini dikawal oleh Istana. 

Abdullah mengambarkan kedudukan akademik seni dan menyatakan, Kawasan Kota Bharu, Kelantan pada masa dahulu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tengah, Hilir dan Hulu. Kawasan Hilir Kota Bahru terletaknya kawasan tempat menjalankan aktiviti kebudayaan, antaranya di Kampung Kubang Pasu, Atas Bonggol dan Tok semian. Sementara itu Kubang Pasu terletak satu kawasan perumahan seluas 2 ekar dikelilingi dalam bentuk empat segi oleh pagar dari zink setinggi 6 kaki yang diperkuatkan tiang-tiang kayu. Di dalamnya terletak sebuah istana putera raja di sebelah utaranya terdapat bangsal pentas makyong, satu bangsal wayang kulit, bangsal rebana besar dan satu gelanggang pencak silat. Disebelah selatan istana pula terdapat deretan asrama tempat pelajar akademik seni. tempat ini dinamakan oleh Abdullah sebagai "Kawasan Akademik Seni Tengku Temenggong".

Kurikulum atau 'mata pelajaran' di akademik seni itu ialah:
1. Pelajaran agama
2. Pelajaran Seni Budaya.

Antara pelajaran agama ialah:
1. Ilmu Tauhid menggunakan kitab "Faridatul-Faraid fi Ilmil-Aqaid" Teks wajib
2. Ilmu Hakikkat menggunakan kitab "Kitab Soghir"
3. Fikah tiada teks wajib
4. Ilmu Al-Quran bersama tajwid.
5 Ilmu bacaan Berzanji bersama Qasidah menggunakan kitab "Al-Barzanji" teks wajib.

Pelajaran Seni Budaya ialah:
1. Wayang Kulit
2. Makyong
3. Pencak silat
4. Rebana Besar
5. Tarian Asyik

Akdemik Seni adalah dibawah pengurusan Tengku Temenggung (sebagai rektor), dilantik dikalang orang yang kuat beribadat. Menurut Abdullah, " Pada tiap-tiap kali selepas sembahyang magrib Tengku Temenggung berzikir dan berwirit sampai waktu Isyak. Bila tamat sembanhyang Isyak dan bacaan zikir dan wirit, baginda berkahak tiga kali signal bagi para pelajar bahawa bunyi-bunyian gamelan dapat dimulakan. Kalau menurut ujuran jam, kahak-kahaknya terjadi antara jam 8.30 dan 8.45 malam". 

Pada malam Jumaat diharamkan sama sekali membunyikan apa-apa bunyian. Cuti akdemik belaku pada bulan Ramadhan iaitu mulai malam Nisfu atau 15 Syaaban dan berlanjutan hingga malam 8 Syawal, lebih kurang 2 bulan.

2 comments:

  1. Satu penyelidikan yang sangat terpuji. Saya kira ramai yang tidak mengetahui kewujudan akademi ini. Simpan sebahagiannya untuk penulisan disertasi, nanti amat merbahaya. Bila-bila masa orang akan mengambilnya tanpa izin penulisnya kerana penulisan blog tidak ada hak cipta.

    ReplyDelete
  2. Ya, dalam blog ini adalah sebagaian. sekadar maklumat tetang kewujudan akademi seni awal di negara ini yang tidak diketahui ramai. sebab itu Kelantan masih terpelihara warisan budayanya kerana pada zaman dahulu mereka telah wujud sistem pendidikan ala pondok untuk melatih warganya dalam bidang seni.

    ReplyDelete