Wednesday, September 16, 2009

ROMBAKAN FAKULTI SENI ....Catatan Luahan Rasa hati


Mengapa perlunya Fakulti Seni dan Muzik dipisahkan? Apa signifikan bidang Seni digabungkan dengan bidang Perkomputeran? Apakah seni visual dengan muzik tidak sesuai disamakan ? Mengapa perlunya perubahan untuk menandakan UPSI baru?

Perubahan UPSI baru memberi kesan secara langsung Fakulti Seni dan Muzik yang sekian lama bertapak kukuh di perkampungan UPSI Tg. Malim. Fakulti ini beberapa kali bertukar nama fakulti Sains Sosial dan Kesenian. Fakulti Sains Sosial dan sekarang Fakulti Seni dan Muzik. Kini sekali lagi akan diubah namanya... tetapi 'nyah'kan seni dari fakulti sedia ada dan digabungkan dengan fakulti teknologi maklumat dengan cadangan nama baru Fakulti Perkomputeran dan Industri kreatif?..... Perkataan Seni dihilangkan!!!!

Sejak awal penubuhan UPSI dinaiktaraf dari sebuah Maktab Perguruan tersohor dengan panggilan SITC, MPSI dan IPSI, Seni Visual mendapat tempat yang utama dalam barisan Fakulti-fakulti di UPSI dan bidang Pendidikan Seni Visual merupakan bidang yang memainkan peranan penting sejak dari penubuhan UPSI.

Mengapa saya rasa sensitif terhadap isu yang berlaku terkini?. Izinkan saya bercerita sedikit latar belakang rentetan sejarah diri saya dalam senario Ibu Kandung Suluh Budiman. Saya adalah bekas penuntut MPSI tahun 1980-81 dan sepuluh tahun kemudian 1991 saya berkhidmat sebagai pensyarah di IPSI hingga penubuhan UPSI 1997 dan hingga kini saya sebagai pensyarah di UPSI. Sebenarnya saya di MPSI, IPSI dan UPSI bukan sekadar menjadi pelajar dan pengajar malah penglibatan saya dengan Ibu kandung lebih dari itu. Masa pelajar saya aktif dalam persatuan pelajar sebagai Setiausaha Persatuan Guru Pelatih dan aktif dalam teater sebagai pengerusi... pernah menjulang Johan teater seluruh maktab Malaysia dan Johan teater Negeri Perak dan anugerah pengarah terbaik.. nama MPSI bergegar sebagai mengukuhkan tradisi Teater di Malaysia. sebelum tamat pengajian saya dianugerahkan sebagai anugerah pelajar berbakat MPSI 1981. Semasa menjawat jawatan pensyarah dimaktab saya sentiasa memainkan peranan dalam usaha meningkatkan status IPSI, saya telah menghidupkan semula terbitan majalah 'Cenderamata' merupakan majalah tradisi SITC. Diperingkat Jabatan menerbitkan Jurnal Sains Sosial. Berusaha memperkenalkan jubah konvokesyen IPSI (sebelumnya tiada memakai jubah)... Usaha saya mendapatkan jubah tanpa mengeluarkan modal oleh pehak pentadbiran IPSI. Dan paling penting saya terlibat sebagai jawatan kuasa penyediaan kertas konsep penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semasa di IPSI dua kali dianugerahkan perkhidmatan cemerlang!. Saya juga aktif dalam persatuan bekas pelajar iaitu Persatuan Suluh Budiman(PSB). Pada masa itu Presiden PSB ialah Tan Sri Awang Had Saleh. Dalam Persatuan juga kami sama-sama sibuk mendesak menaikkan taraf maktab IPSI kepada Universiti... beberapa kali membuat desakan kepada Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri.

Masih teringat pada masa mesyuarat pembinaan kertas konsep penubuhan UPSI. Mesyuarat itu berlaku di Merlin Hotel Frasel Hill. Kami bermesyuarat selama 5 hari dipengerusikan oleh Dr Rahim Selamat (bekas pengetua IPSI). Dalam mesyuarat itu pun ada panel mencadangkan Pendidikan seni tidak perlu dimasukkan dalam program UPSI atas alasan subjek itu bukan subjek teras... Saya telah membantah dengan alasan Tan Seri Awang Had Saleh mahukan mata pelajar Pendidikan Seni dan Muzik dimasukkan dalam rangka kursus kerana bidang tersebut adalah matapelajar semenjak SITC lagi. Alasan ini dipersetujui oleh pengerusi Dr. Rahim Selamat... akhirnya Pendidikan Seni terus tersenarai dalam kertas kerja tersebut. Mungkin pada masa itu Dr. Rahim Selamat tahu saya rapat dengan Tan Seri Awang Had Salleh dalam PSB.

Kertas kerja itu adalah dari arahan BPG dan peringkat Kementerian Pendidikan. Kemudian BPG dan Kementerian memurnikan kertas tersebut. Persatuan Suluh Budiman dibawah Tan Sri Awang Had Salleh beberapa kali dipanggil oleh menteri bagi membincangkan penubuhan UPSI. Beberapa mesyuarat, Tan Sri sentiasa mengatakan PSB perlu kuat dan bersiap sedia penubuhan UPSI. Sebenarnya PSB sebagai sebuah pertubuhan NGO berperanan kuat dalam penubuhan UPSI. Tan Sri Awang Had Saleh sentiasa mendesak agar IPSI dinaik taraf sebagi Universiti.

Pada tahun 1997 dalam konvokesyen IPSI di Dewan SITC menteri pendidikan Datuk Najib Tun Razak (Sekarang PM) mengistiharkan penubuhan UPSI. Berita gembira itu di sambut sorak gempita oleh seluruh warga IPSI di dalam dewan, Selepas pengumuman itu PSB bermesyuarat dan dalam mesyuarat tersebut Tan Sri menyatakan beliau dipanggil oleh menteri untuk memilih Naib Canselor pertama. Beliau menyatakan beberapa nama dipilih. PSB mencadangkan orang yang dipilih hendaklah orang yang pernah ada pengalaman dengan Ibu Kandung dan kalau boleh bekas peluntut. Tidak lama kemudian Dr. Ashari iaitu bekas pengetua IPSI tahun 1987 -1992 datang melaporkan diri sebagai NC di UPSI. Pada peringkat awal UPSI ditubuhkan (Pada masa itu IPSI masih berada di tempat yang sama), saya diamanahkan membantu beberapa pentdabiran UPSI, pada masa itu saya masih berkhidmat di IPSI. Beberapa kali saya dipanggil oleh Dr. Asyari membantu beliau dari segi reka bentuk logo UPSI dan Persiapan kemasukan pelajar pertama. Saya masih ingat, saya menyediakan buku atur cara majils angkat sumpah pelajar pertama dan saya juga menyusun majis tersebut. (saya menggunakan pengalaman saya semasa penuntut di USM dan masa itu saya sebagai pengerusi suaikenal di USM pada tahun 1990). Saya susun cara perarakan itu ala USM. Kami pensyarah di IPSI memakai jubah IPSI dalam perarakan tersebut. selepas minggu suai kenal saya memanggil semua pelajar pertama UPSI menubuhkan AJK Penajaan MPP. Saya juga membantu menghasilkan laman web pertama UPSI dan mereka bentuk 'design'; sijil Ijazah, Pingat, badan Bas UPSI dan pemilihan warna bangunan-bangunan di UPSI. Pada peringkat awal UPSI juga saya sebagai setiausaha penaja penubuhan ALUMNI UPSI dan akhirnya mengabungkan Persatuan Suluh Budiman dangan Alumni UPSI dengan nama Alumni Suluh Budiman.

Penubuhan Fakuti Sains Sosial dan Kesenian, pada peringkat awalnya, Dr. Ashari telah melantik Tn. Hj. Iberahim sebagai penggerak dan pengubal. (Pada masa itu saya tidak dapat diserapkan ke UPSI kerana tidak mempunyai Ijazah Sarjana). Tn. Hj. Iberahim (Sekarang PM) melantik En. Ahmad Suhaimi (sekarang Dr.) untuk membantu penubuhan fakulti. Dalam masa yang sama saya melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di USM. Namun Tn. Hj. Ibrahim sentiasa menghubungi saya untuk membantu dalam perancangan pembinaan kurikulum Seni. Saya membantu dalam kurikulum Grafik dan Komputer Grafik. semasa saya menuntut di USM saya juga membantu menjadi pengajar kepada kumpulan pelajar seni pertama dalam bidang Komputer Grafik. Pada masa itu PM Tn. Hj. Iberahim dan Dr. Ahmad Suhaimi bertungkus lumus menjadi pentadbir dan pengajar. Hinggalah perlantikan beberapa pengajar seperti Drs Izani, PM Zahidi dan Pm Zulkifli Yusuf. Tenaga pengajar lain adalah dari pensyarah dan guru luar yang dilantik secara sambilan. Azhar dari lembanga kraftangan dilantik sebagai pereka seni pertama. Satu lagi yang tidak boleh saya lupakan ialah cadangan saya melalui PSB mengekalkan lagu Ibu Kandung Suluh Budiman sebagai lagu rasmi UPSI... pada mulanya ada cadangan lagu baru untuk UPSI... Saya menggunakan pletform Dato Seri Hilmi (manta Presiden Alumni Suluh Budiman) untuk menyuarakan kepada VC Dr. Mat Noor hal tersebut, akhirnya VC setuju....

Dipendikkan cerita....suka saya menyatakan beberapa kejaya dalam aktiviti fakulti ini, antara lain:
1. Pameran Digital bersama USM dirasmikan oleh menteri Besar Perak pameran di Ipoh dan Yang dipertua pulau pinang pameran di USM.
2. Mou dengan kacakraf
3. Mou dengan Kraftangan
4. Malam Kesenian di Pekan Tg. Malim
5. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Seni
6. Penerbitan buku koleksi esei pendidikan seni dan muzik
7. Pameran karya pelajar di NN Galeri
8. Beberapa penyelidikan memenangi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
9. Dan banyak lagi.... (sekadar yang saya ingat....)

Segala apa yang saya coretkan adalah sebagai rasa kecewa terhadap apa yang berlaku pada bidang seni visual di UPSI. disinilah satu-satunya tempat rujukan bidang mata pelajar pendidikan seni visual dinegara ini. Terdapat pensyarah seni mempunyai nama besar di peringkat nasional dan antarabangsa sepeti Prof. Dr. Zakaria Ali (penulis & pengkritik seni), Prof Tejtej (Penulis & Budayawan), Dr. Suhaimi (Penulis) , PM Zulkifli Yusuf (Pelukis Terkenal), Dr. Johari (Penulis), Dr. Nasir (Penulis), Dr. Fauzi (Pelukis), En Razak (Pereka bentuk Kaca), En. Abu Bakar (pereka bentuk seni logam halus), Tn Syed. (Graphic designer), En. Zainuddin (Arcawan), Dr. Halim terlibat sebagai pengubal kurikulum sekolah seni. Saya juga terlibat sebagi panel pengubalan kurikulum pendidikan seni KBSM, Kurikulum Sekolah Seni dan Kurikulum Seni Visual STPM. Drs Izani banyak terlibat dengan Kementerian Kebudayaan. Dan beberapa pensyarah yang terlibat dalam konsaltan...

Saya juga mengangkkat topi dan merasa kagum atas keperihatinan sahabat saya Prof. Dr. Zakaria Ali, Dr. Halim Husin, Dr. Johari, Dr. Roskang, Dr. Fauzi dan beberapa sahabat yang tidak disebutkan nama. begitu juga teristimewa Dr. Suhaimi yang berada di Bali sentiasa menghubungi kami dan dapat berbincang dengan Datuk VC untuk meletakan nama 'SENI' dalam Fakulti yang baru (Fakulti Perkomputeran, Seni dan Industri Kreatif)..... Tahniah dan Syabas ...
Itulah... segalanya Seni Visual di UPSI....

Catatan ini adalah sekadar luahan perasaan saya terhadap situasi terkini, siapalah saya hanya dapat melontarkan sedikit cerita-cerita silam dalam ingatan yang sementara dan diri ini sentiasa merasakan pentingnya seni visual...

13 comments:

  1. assalamualaikum...saya turut merasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang masih memandang PSV sbg mata pelajaran yang remeh... sedangkan dalam setiap masa dan ketika kehidupan mereka diwarnai dengan seni, warna , perspektif dan lanskap.Saya juga amat tidak memahami apakah yang bersarang difikiran mereka mengenai PSV. Saya sebagai salah seorg pelajar PS merasakan seolah2 kami ini sperti patung yg terumbang ambing, dibuat seperti tidak wujud dan penting dalam pentadbiran,sedangkan di universiti lain seni amat dipentingkan malah menjadi pemandu wacana terhadap fakulti2 lain...
    terima kasih atas kprihatinan pensyarah2 FSM yg nyata amat mgmbil berat mngenai prkara ini..terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  2. Salam, Terima kasih seiryuuai88artstudio... sebenarnya orang luar sering menggap seubjek seni visual tidak penting dan kelas tiga... mereka tidak merasai bahawa segala penggunaan dan pemakaian barangan harian dari segi design adalah dari orang seni visual....

    ReplyDelete
  3. Salam.Tulisan Hassan Mohd Ghazali ini adalah sangat benar. Saya amat mengetahui sumbangannya yang besar kepada IPSI dan UPSI kerana saya berada di situ dan di situasi itu ketika itu.Pensyarah-pensyarah muda atau pensyarah lama (tapi tak kenal) yang berkhidmat di UPSI sama ada dari seni atau dari bidang-bidang lain selayaknyalah menghulurkan tangan sebagai tanda hormat kepada beliau kerana sumbangan besar kepada UPSI.Itulah antara yang sepatutnya kita lakukan sebagai insan yang sentiasa menghormati jasa-jasa orang yang terdahulu. Budaya kita juga menuntut hal yang sedemikian. Malah kepada pelajar-pelajar seni UPSI dan guru-guru seni di seluruh Malaysia saya mengingatkan kepada anda tokoh ini iaitu HASSAN MOHD GHAZALI telah berjasa besar kepada anda dalam bidang Pendidikan Seni Visual di Malaysia. Sumbangannya terlalu besar dan tidak terkira.Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, saya membuat catatan nastalgia ini kerana saat-saat Fakultii seni telah melonjak naik, terasa sangat apabila seni visual selalu dipermainkan dan rasa tidak penting. sejak dulu lagi saya terus berjuang untuk memertabatkan seni visual... saya pernah membuat laman web pendidikan seni visual dan kalau ada sahaja jemputan berkaiatan seni visual saya sering hadir dan kadang-kadang saya hadir secara percuma... kerna seni visual... Dr. banyak tahu tentang saya, semenjak saya mula datang menumpang di rumah Dr tahun 1992 dulu.... masa tu saya sibuk bertungkus lumus meniapkan sebuah buku rujukan untuk seni visual. Buku itulah menjadi pedoman dan ciplak oleh penulis lain jadikan rujukan PSV hingga sekarang. Saya juga kagum dengan Dr. atas keilmuan seni dan agama....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih turut saya tujukan buat perjuang-perjuang seni yang telah bertungkus lumus untuk mempertahankan Seni itu dari terus 'dikotori'..walaupun perasaan kecewa dan sedih itu tetap ada tapi 'mungkin' dengan terjalinnya persahabatan yang baru itu Seni dapat bangun semula menempuh cabaran yang kian memcabar. Pastinya suatu hari (entah bila masanya) 'mereka-mereka' itu akan tahu bertapa pentingnya nilai seni yang dahulunya mereka caci dan keji dalam kehidupan seharian mereka..ketika itu juga mereka akan sedar bahawa mereka telah ketinggalan sangat jauh ke belakang dalam menilai dan memartabatkan seni sebagai aset yang paling bernilai buat negara..

    ReplyDelete
  6. kepada pejakbutter teruskan berjuang mempertabatkan seni visual dalam pendidikan dan semua bidang

    ReplyDelete
  7. Kenapa seni visual digabungkan dengan bidang perkomputeran? walaupun seni grafik berkomputer mempunyai hubungan yang rapat dengan IT, tetapi itu pun dikira sebahagian saja dalam konteks pendidikan seni visual. Bagaimana dengan seni tradisi seperti Batik, Tembikar, Anyaman, Tenunan, Ukiran kayu, Tenunan dan Tekat serta seni halus seperti lukisan, catan, arca dan cetakan. Saya berasa kecewa dan tidak bersetuju dengan rombakan yang dibuat dan saya rasa patut pendidikan seni visual itu kekal di bawah Falkulti Seni Dan Muzik yang selama ini sudah mempunyai identitinya tersendiri dan menjadi kebanggaan UPSI. bukan mudah perjuangan dalam membentuk identiti dan budaya sesebuah fakulti. sudah pasti memerlukan masa, tenaga dan pengorbanan yang tidak terkira. Terima kasih kepada perjuang-perjuang seni yang telah banyak berusaha mempertahankan SENI. Teruskan perjuangan bagi semua peminat seni visual.

    ReplyDelete
  8. terima kasih dream840727... terus bersama kami...

    ReplyDelete
  9. Perjuangan akan sentiasa diteruskan. Perkara paling penting, kita sendiri kena bangun dan pastikan kita seiring ataupun lebih baik daripada orang lain dan sentiasa bekerjasama untuk kebaikan. Misalnya kalau belajar, belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik; bukan hanya sekadar belajar untuk lulus. Kalau menulis, menulis dengan teliti, cermat, dan menunjukkan kematangan berfikir. Kalau bekerja, bekerja bersungguh-sungguh.

    Rupa diri kita, keilmuan kita, penghormatan orang terhadap kita, datang daripada kita sendiri. Kita harus berusaha mencapai yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. Sedih pula dengar berita berkenaan dengan perubahan yang berlaku pada jabatan seni. lebih2 lagi apabila perkataan 'seni' tidak terdapat pada nama fakulti.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum En Hassan,

    Benar, rata-rata pelajar dan bekas pelajar turut terkilan dengan perpindahan fakulti. Bagaimanapun saya yakin semua guru-guru saya seperti Dr Suhaimi, Prof Madya Hj Iberahim, Dr Nasir, Dr Halim, Dr Izani, En Burn dan lain-lain telah melakukan yang terbaik untuk mengangkat martabat seni baik di dalam kampus maupun diluar kampus.
    Sekarang telah dikenali dengan Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif kalau tidak salah saya. Semoga seni terus dimertabatkan ditempat yang selayaknya. Kehadiran teknologi komputer atau digital hanya sebagai penambahbaikkan keindahan seni yang sedia ada.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Baso bengong .seni ni penting wei,akhir zaman seksok kalu takdop ore pandai tempa pedang lagumana nak lawan musuh

    ReplyDelete
  13. Baso bengong .seni ni penting wei,akhir zaman seksok kalu takdop ore pandai tempa pedang lagumana nak lawan musuh

    ReplyDelete