Terusik hati apabila teringat beberapa pelukis- pelukis yang sama berjuang dalam Angkatan Pelukis SeMalaysia pada sekitar tahun-tahun 1980an dan awal 90an, Mereka ialah Rafie, Sani, Samsuddin, Aris Aziz (Central Market), Ghani (Central Market), Shafie, Mustaffa, Aminuddin Ariffin dan beberapa kawan lain yang tidak dapat disebutkan nama. Mereka masih aktif dalam melukis dengan media cat air dan cat minyak, tetapi masih mengekalkan 'isme' realis atau naturalis. Kesungguhan mereka melukis bukan atas dorongan materialis, malah bukanya mahu popular, tetapi atas dorongan minat dan kebolehan melukis disamping ingin menyampaikan mesej, mereka terus melukis.
Setiap pelukis ada falsafah mereka tersendiri. Pada saya biarlah mereka nak lukis apa pun asalkan boleh menanggung hidup. Saya melukis dan menjual lukisan untuk terus hidup," kata Sani Sudin ketika kali pertama bertemu.
Bagi yang kurang mengenali insan seni ini pasti akan terkejut dengan kenyataannya. Tetapi pada yang sudah mengerti, ini adalah sesuatu perkara yang biasa.
Katanya lagi, setiap orang mempunyai tafsiran dan tujuan untuk menghasilkan karya seni. Jadi terpulanglah setiap pelukis untuk meluahkan apa sahaja yang tersurat dan tersirat seterusnya menjadi lukisan yang unik dan menarik.
"Kebanyakan lukisan yang saya hasilkan diangkat daripada pelbagai sumber seperti puisi mahupun teks-teks sastera yang lain. Semua ini digarap mengikut tafsiran saya sendiri.
"Saya tidak kisah apa juga tafsiran yang akan orang lain buat apabila melihat lukisan saya. Cara orang lain melihat sesebuah lukisan bukannya sama.
"Lagi dalam orang berfikir lagi luas maksud yang dia dapat. Pada yang malas mentafsir hanya akan dapat lapisan pertamanya sahaja," kata Sani ketika ditemui pada perasmian Pameran Lukisan Karyawan Tempatan baru-baru ini.
Pameran yang diadakan sempena perasmian Bazaar Seni Rakan Niaga Melayu Warisan Borong di Wisma Warisan, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur itu turut disertai sembilan pelukis dari Istana Budaya dan enam pelukis jemputan.
Sebanyak 70 buah lukisan dipamerkan selama sebulan merangkumi pelbagai medium seperti catan, akrilik, cat air dan sebagainya.
Biarpun sudah banyak pameran yang disertai oleh Sani selama ini, baginya khalayak yang meminati lukisan masih lagi kurang memberangsangkan biarpun negara semakin maju.
"Perkara ini bukan perkara yang baru dan asing. Orang kita hanya datang ke pameran lukisan sebab segan dengan kawan-kawan. Kalau tak datang apa kata mereka nanti.
"Jadi kalau nak kata kegiatan lukisan berkembang dengan pesat, tidak juga. Tapi perubahan itu masih lagi tetap ada setiap tahun dan biarlah ia terus berkembang dengan maju pada masa akan datang," kata Sani lagi.
Menariknya mengenai pameran kali ini, ia menghimpunkan pelukis-pelukis daripada Istana Budaya yang selama ini kurang diketahui umum. Kesemua pelukis yang mempamer lukisan terdiri daripada mereka yang bergiat aktif bekerja di belakang tabir sahaja.
Kurator Pameran Lukisan Karyawan Tempatan, Rahimidin Zahari berkata, kebanyakan pelukis Istana Budaya kurang dikenali kerana mereka bukanlah pelukis sepenuh masa seperti seniman yang lain.
"Ini bukanlah satu perkara yang baru. Selama ini pun sudah banyak institusi yang mempunyai pelukis seperti mereka yang bekerja sebagai pereka set persembahan dan sebagainya," katanya.
Pelukis Datuk Hoesein Enas pernah mengetuai unit rekaan set di RTM. Selain itu terdapat juga beberapa nama besar yang lain seperti Nik Zainal Abidin Salleh dan Dzulkifli Buyung yang turut melalui fasa yang sama.
Antara yang terlibat termasuklah Ahmad Marzuki Abu Hassan, Termize Mokhtar, Razali Itam, Kamarudin Abd. Ghani, Siti Nasyreen Zaharin, Sarena Azizan, Azzazizul Shuib, Azmi Awang dan Muhammad Colmann Abdullah.
"Ini adalah titik permulaan kepada pelukis-pelukis Istana Budaya untuk mempamerkan bakat yang mereka miliki. Melihatkan sambutan yang diterima pada hari ini, kita yakin semuanya akan berjalan mengikut perancangan.
"Dari sini, kita akan cuba melakukan pameran pada masa akan datang agar bakat-bakat yang Istana Budaya miliki dapat diketengahkan kepada umum," katanya lagi.
Rahimidin juga mengucapkan terima kasih kepada para pelukis yang terdiri daripada Aris Aziz, Amirudin Ariffin, Sani Sudin, Azmi Mambo dan Hazin Misran yang sudi menggabungkan karya mereka untuk pameran kali ini.
ya kena buat pameran jugak. Kalau tidak ngak melukis. Lama-lama skill berkarat.
ReplyDeleteJabatan Seni akan menganjurkan pameran seni pada bulan April 2010 di NN Galeri, sila menyertainya..terbuka pada semua staf akademik kita...aku nak buat apresiasi dan kritikan semua karya seni rakan2..
ReplyDeleteThanks, saya akan hantar karya InsyaAllah...
ReplyDeletepersoalan berkaitan seni sering menjadi buah mulut kita sebagai perjuang seni tanahair..
ReplyDeleteperbagai pendapat yang mengisi ruang -ruang kekosongan dan bermain dengan minda..bagi sy seni itu terlalu dalam maknanya lebih daripada pandangan visual yang terlalu subjektif..setiap keindahan lukisan serta hasil karya seni tampak,setiap coretan garisan dan palitan warna yang pelbagai..garapan ilusi yang bemain di minda..tetapi seni itu hilang bila pentaksiran dan pandangan anak-anak muda yang menganggap seni itu rendah martabatnya...di harap perjuangan kita sebagai anak seni mampu menangkis segala cabaran..kerna seni itu indah dan penuh pengertian....
Terima kasih joe kerana menyediakan platform yang bagus untuk kakitangan akdemik jabatan Seni FSM. Setahu aku inilah pertama kali pameran berkumpulan staf akademik FSM dilakukan .Tahniah, insyaallah aku akan turut menyertainya selepas kemballi dari cuti Sabatikal bulan Februari 2010 nanti.
ReplyDelete