Sunday, August 30, 2009
Hukum Melukis dan Menggambar dalam Islam
Sempena di bulan Ramadhan, bulan yang mulia bagi beragama Islam. Kesempatan bulan ini saya sempat membaca beberapa buku dan kitab yang berkaitan dengan agama. Sebuah buku yang pernah saya baca dan saya ulangai pembacaan adalah buku yang ditulis oleh ulamak tersohor Syekh Yusuf Qardhawi (Klik untuk mengetahui Yusuf_al-Qaradawi) bertajuk 'Halal Dan Haram Dalam Islam'. Dalam bab yang paling menarik saya berkongsi bersama ialah berkaitan hukum melukis dan mengukir. Bab ini ada kaitan dengan bidang orang yang terlibat dengan seni visual seperti saya.
Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, "Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar".
Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita.... Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: "Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.
Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.
Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.
Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
"Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud' Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar". Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: " Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia",. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, "Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa" merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, "Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran".
Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: ... kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.Terima kasih kerana menyediakan artikel ini.Sangat bagus untuk tatapan peminat dan pelajar seni. Saya juga sudah membaca buku ini berulangkali. Cuma saya ingin menambah tentang satu peristiwa sejarah yang berlaku ketika Rasulullah menakluk Kaabah dahulu. Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabatnya memusnahkan patung-patung dan gambar-gambar di sekeliling dan dalam Kaabah kecuali gambar(lukisan madonna and Child). Peristiwa ini dinyatakan oleh Sayyid Hussain Nasr dalam bukunya The Art and Spirituality juga dinyatakan oleh H.W.Janson dalam bukunya The History of Art. Isu ini saya ambil dan menjadi bahan penulisan dalam buku saya Aspek-Aspek Kesenian Islam (1995)terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sayyid Hussain Nasr mengulas mengapa rasullullah tidak memusnahkan lukisan itu kerana watak sakral dalam catan itu. Manakala H.W.Janson mengulas rasul tidak memusnahkannya kerana menghormati pengikut Kristian yang baru memeluk Islam.
ReplyDeleteSalam..emm..time ksih la ats artkel ni..mla2 baca mmg tkut gak tkut slah..last2 baru fham maksud artikel ni...sbb 2 la ada pendapt mngatakan bahawa sebuah gmbar mempunyai seribu satu maksud..
ReplyDeleteSalam, terima kasih memberi respon dan ulasan. Sesuangguhnya banyak perkara kita bolah bincangkan persoalan seni dalam Islam. Terima kasih Dr suhaimi yang memangnya banyak pengetahuan dalam bidang ini dengan bukunya bertajuk aspek-aspek kesnian Islam. Persoalan hukum dalam ketrampilan melukis adalah bergantung kepada NIAT atau Nawaitu... Kiranya pelukis itu melukis gambar yang negatif, gambar porno atau karya yang menunjukkan kesan negatif maka hukumnya adalah berdosa. Sebaliknya Karya pelukis yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada umat manusia maka tentu sekali ianya sebagai suatu ibadah... wallahhualam...
ReplyDeleteSalam. Kalau kita lihat perbedaan mazhab mengenai hukum bergambar ini pun sudah menjadi perbahasan yang menarik. Contohnya mazhab Maliki menghukumkan haram bagi foto ( dengan kamera) sedangkan mazhab yang lain tidak mengapa kerana alasan itu adalah salah satu teknik menggunakan cahaya. Malah kalau kita lihat Fatwa Pak Hamka, membuat patungpun tidak mengapa asalkan bukan bertujuan untuk mendewa-dewakannya. Saya lebih tertarik dengan pandangan Syeikh Yusuf AlQardawi ulama kontemporer yang berasal dari Qatar itu. Malah fatwanya yang terkini mengenai pengebom bunuh diri adalah Syahid sangat digeruni oleh Kerajaan Arab Saudi,Mesir,Amerika dan Britian sehingga beliau tidak dibenarkan masuk ke US dan Britian
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletethks for posting the article....
sy pelajar upm...
baru2 nie kolej kediaman yg sy ngah duduk skang nie wat program ramadhan al-mubarak...
so byk notices n posters yg ader tulisan ayat2 al-quran....
yg sy confuse....
ajk publisiti yg handle pasal posters nie....
diorang lps cabut all the posters tue....
diorang trus buang dlm tong sampah...
sy pernah dgr yg kalu kertas2 or anything yg ader ayat al-quran nie xleh buang camtue jerk...
kena bakar kalu dah xnak gune...
btl ker????
Kertas yang mengandungi ayat AL quran kena rendam dan hilang kan tulisan atas kertas(kertas ronyok/terurai) baru lepaskan pada air yang mengalir seperti sungai
DeleteAlhamdulillah... sebagai pelukis baru saya amat menghargai artikel di atas. Melukis adalah satu nikmat anugerah Allah kepada hamba-Nya. Bukan semua manusia mampu menzahirkan nikmat Allah dalam bentuk seni visual. Hanya orang-orang tertentu sahaja memiliki bakat ini. Dengan melukis kita mampu merakamkan keindahan alam ciptaan Allah sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah-Nya.Dengan melukis juga kita akan merasakan bahawa kemampuan yang ada pada kita sebagai manusia, amat kerdil berbanding kuasa Allah yang hanya berkata "Kun" maka jadilah apa yang Dia kehendaki.Sedangkan kita memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan satu-satu karya. Subhanallah !
ReplyDeletealhamdulillah...para pencinta seni...ilmu ini tidak akan diturunkan kecuali ada hikmah atau dugaan keatasnya...aku yakin melukis sbenarnya bukan bakat..tp mcm blakang parang bila diasah tajam juga..wallahualam..cuma nafsu kdg2 mahu mghalalkan segala cara...aku juga rasa terkonkong oleh hukum bila seni ingin dizahirkan sebagai lukisan..bnyk betul org berkata2 sampaikan yg jelas jd kabur..aku naif..
ReplyDeleteassalamualaikum..pertama sangat minat dan tertarik dengan artikel ini....terima kasih dr.hassan kerana berkongsi...perbincangan telah dibuat semasa ambil subjek seni islam perbandingan...kadang kala itu mememang ad sesetengah pihak yang yang masih x paham2 pasal ini...rasa nak beli buku2 nie mana ad jual..menarik...tq
ReplyDeleteassalamualaikum..bab hukum-hakam dalam bidang lukisan dan fotografi ini sememangnya sudah lama saya tercari-cari..terima kasih kepada penulis blog ini..cuma saya masih tidak faham..tentang hukumnya melukis gambar manusia..contohnya melukis potret wajah seseorang..tidak kisahlah org itu org2 kebanyakan, artis atau tokoh..
ReplyDeletesaya tidak faham pada perenggan2 ini:
"Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai."
"Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, "Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa" merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif."
Soalan2 saya:
1)Apakah hukumnya melukis potret manusia?
2)Apakah hukumnya melukis potret seorang wanita?
3)Apakah hukumnya melukis potret orang Islam / orang bukan Islam yang tidak memakai tudung?
4)Apakah hukumnya melukis potret manusia dalam dimensi 3D?
5)Apakah hukumnya berposing dalam fotografi baik lelaki mahupun wanita walaupun ianya sememamangnya menutup aurat?
Melukis manusia atau makhluk bernyawa kecuali pokok2 adalah haram. Ada pula yg mengatakan jika melukis kartun diperbolehkan
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeleteseseungguhnya arikel ini sangatlah bermakna buat saya.Melukis adalah salah satu aktiviti yang sangat saya cintai.
Jika tidak keberatan,Saya mohon jasa baik tuan agar dapat membenarkan saya share artikel ini untuk di kongsi.
Terima kasih...Semoga usaha kita sentiasa di rahmati Allah...
Wassalam..
Assalamu'alaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteSaya senang saudaraku menulis artikel ini, setidaknya memberi pencerahan kepada pemahaman tentang pro - kontra tentang hukum menggambar atau melukis dalam Islam. Kalau boleh saya berpendapat, bersandar pada kaidah bahwa segala tindak tanduk kita akan selalu diukur dari niat kita. Bila niat dan tujuan kita sudah buruk ketika melakukan sesuatu, walaupun dikemas dengan kemasan sangat indah, maka buruk pula dampaknya, demikian pula bila niat kita mulya tentu hasilnya pun akan mulya, walaupun dikemas dengan kemasan sangat sederhana.
Jadi, bila kita berurusan dengan pekerjaan visual (melukis, photografi, dekorasi dll) maka pertanyaan pertama adalah tujuan dan niatnya, bila bertujuan mulia semisal : pendidikan, kesenangan (tentu kesenangan yg tak berlabihan, karena segala sesuatu yang berlebihan adalah mudarat), Informasi, berita, maka pandangan saya hal itu tak mengapa bahkan menjadi ibadah.
dari sini saya lantas kurang suka dengan pandangan "hitam-putih" saja mengenai hukum melukis atau mengambar. Saya lebih mendukung bila Seni itu mendukung dakwah, mengajak kepada ketauhidan, membawa kepada Kebesaran Ilahi, bukanlkah hal itu menjadi ibadah?
Nah, dalam memahami hadits Nabi dan riwayat terdahulu, tentu kita akan memahaminya secara kontekstual dan mendalami sebab-sebabnya, kecuali hukum yang sudah jelas garis halal-haramnya. Demikian pendapat saya, mohon dimaafkan dan bimbingan bila ada yg salah, dan hanya kepada Allahlah kita memohon ampunan, Wallahu A'lam bishawab.
Bila berkenan, kunjungi galeri lukisan digital saya : www.edoabdullah.blogspot.com
assalamualaikum... saye ade jmpe artikel ni di sini... mohon beri pendapat dr semua...
ReplyDeletehttp://www.scribd.com/doc/13393675/Hukum-Melukis-Gambar-Menurut-Pandangan-Islam
Terimakasih... silah join kumpulan pelukis Malaysia untuk terus memberikan sumbangan yang berguna... http://www.facebook.com/#!/groups/artistmalaysiaonline/
ReplyDeletegimana klo misalnya saya membuat orang 3D kayak di game PES 2014 sekarang... apakah itu haram walaupun saya membuatnya menggunakan computer../?? :D
ReplyDeleteAdakah lukisan al qalam yg di katakan lukisan spiritual yg menggambarkan perjalanan kehidupan seseorg dan kemudian di kenakan mahar pada kadar tertentu untuk penyucian jiwa dan serta menguatkan semula keimanan bagi sesorg individu itu juga berunsur syirik?
ReplyDeleteKalau melukis potrait kartun orang yg dh meninggal utk digabung bersama org yg masih hidup mcam mna?
ReplyDelete