Sukatan Pelajaran Baru STPM telah mula dibena sejak setahun yang lepas, beberapa siri mesyuarat telah diadakan untuk merangka satu format baru bagi kehendak perubahan baru persekolahan tingkatan enam. Mulai tahun 2012 Tingkatan 6 akan mengendalikan sesi persekolahan mengikut semester (seperti Universiti), oleh yang demikian sukatan berdasarkan modular dikehendaki oleh MPM bagi menyesuaikan sistem baru tingkatan 6.
Beberapa perkara yang menarik untuk disentuh tentang tingkatan 6. Kini tingkatan 6 dianggap pilihan ketiga bagi calon lepasan SPM, mereka akan membuat pilihan pertama ke Metrikulasi, Diploma dan Politeknik, tinggallah pelajar yang tidak dapat ke mana-mana yang akan menduduki tingkatan 6. Justru Kementerian Pelajaran dengan MPM merancang agar tingkatan 6 dapat dikekalkan seperti era zaman tujuh puluhan dan lapan puluhan, yang mana mempunyai kekuatan melahirkan calon yang berkualiti masuk ke Universiti. Antara perancangan tersebut ialah mengada sistem semester, Guru-guru tingkatan 6 dinaikkan taraf kepada nama pensyarah tingkatan 6 dengan dinaikkan pangkat kepada DG 44, DG48 dan DG52 dan pengasingan dari persekolahan biasa.
Menyentuh sukatan Seni Visual, saya masih teringat perjuangan saya dan rakan-rakan seperti En. Mat Desa dan beberapa kawan memperjuangkan melalui persatuan Pendidikan Seni Visual agar pelajaran seni visual diajar dalam kelas tingkatan 6 (sebelumnya hanya peperiksaan sahaja). Hasilnya tahun 2000 satu mesyuarat khas di MPM mengkaji dan membuat satu format untuk sukatan pelajaran seni visual (pada masa itu disebut seni lukis). Antara ahli mesyuarat yang dijemput ialah Dr. Mustafa Mohd Ghazali (UiTM), Dr. Abu Talib (UM), Dr. Najib Dewa (USM), En.Hassan Mohd Ghazali (UPSI), Tn. Syed (UiTM), En. Hassan Samin (LPM), En. Saleh Baba (PPK) dan En. Baba(MPIK). Berapa siri mesyuarat berlaku hinggalah mencetuskan nama sukatan kepada nama SENI VISUAL. Akhirnya ahli panel mesyuarat yang tinggal hanya empat orang sahaja iaitu Dr. Mustaffa Ghazali, Dr. Abu Talib, En.Hassan Ghazali dan En. Baba . Empat orang panel meneruskan mesyuarat hingga siap sukatan dan digunakan untuk STPM tahun 2002. Masih ingat lagi pada masa itu calon STPM yang mengambil Seni visual sekitar 400 orang. Kini menjangkau 8000 orang, dan mata pelajaran seni visual adalah mata pelajaran paling popular dikalangan pelajar STPM. Ketua Eksekutif MPM sendiri sentiasa menyatakan bahawa 'kalau nak tengok contoh sukatan pelajaran lihat bagaimana seni visual buat'. Format baru sukatan STPM pelajaran lain juga banyak mengambil contoh seni visual.
Saya mengucapkan tahniah kepada panel pengubal yang baru antaranya pengerusi Prof. Dr. Mustaffa Mohd Ghazali, Prof. Dr. Muliady, Prof Madya Dr. Abu Talib, Prof. Madya Dr. Roslan, En. Mat Desa, Hassan Mohd Ghazali, En. Isa (JPN Johor), Cikgu Harun Mokhtar, Ciku Putit dan Cikgu Normah. penyelaras MPM En. Edy yang tak jemu-jemu dan sentiasa setia dengan karenah panel saya juga ucapkan tahniah. Semoga dengan format baru sukatan seni visual ini akan meningkatkan prestasi seni visual dan menambah minat pelajar STPM yang akan mengambil Seni Visual.
Tahniah atas usaha murni yang dijalankan! Semoga Pendidikan Seni Visual tidak akan terpinggir selama-lamanya kerana kalau kita yang tidak memartabatkan bidang Seni Visual ini, siapa lagi?
ReplyDeleteDr. Md. Nasir Ibrahim
Thanks Dr. Nasir, Kita sama-sama usaha untuk memertabatkan bidang kita seni visual, kalau tak kita siapa lagi....
ReplyDeleteCikgu Daniel Chong said...
ReplyDeleteSemoga seni visual menjadi subjek pilihan utama untuk pelajar tingkatan 4,5 dan 6. Sehubungan daripada itu, untuk P&P minggu pertama PSV, saya mengambil kesempatan dan pendekatan untuk menceritakan kepada pelajar tentang kecerdasan hemisfera otak kiri dan otak kanan. Apa yang kita tahu bahawa otak kiri melibatkan pemikiran logik, senarai, rasional, objektif dan analitik . Penekanan saya adalah kepada otak kanan yang melibatkan pemikiran imajinasi, 'daydreaming', rentak, warna, sintesis, holistik, 'intuitive'.... Tujuan saya adalah supaya pelajar oleh membezakannya, menyedari kepentingan kecerdasan otak kanan dalam kehidupan agar tidak dipinggirkan lagi dalam kurikulum sekolah kebangsaan dan secara langsung pelajar akan menyedari kepentingan seni visual. Pelajar menunjukkan tindak balas positif yang dapat dinilai daripada air muka dan maklum balas daripada pelajar.semua ini adalah untuk mencapai keseimbangan minda pelajar. Akhir kata kita sama-sama usaha memartabatkan bidang kita seni visual.
tahniah en hasan..
ReplyDeletesy bekas pelajar en hasan tahun lepas pendidikan seni..di sekolah saya tiada pelajar ambil PSV tingkatan 6..cukup menarik dan memberikan kesan daripada Pembinaan Sukatan Baru Seni Visual STPM..
dahulu sy mengambil subjek PSV tingkatan 6..melalui pendedahan dari guru sy sendiri belajar di UPSI sangat2 membantu sy...bagi saya pendidikan seni peringkat paling atas di sekolah,sangat2 perlu diberikan perhatian dari segi kurikulum yang mantap dan pengambilan guru yang berpengalaman bukan hanya untuk mengisi jawatan semata-mata.keadaan ini sangat2 memberikan kesan kepada pelajar..melihat permasalahan ini, ia berlaku kepada saya yang mengajar tingkatan 5 seramai 122 orang..kebanyakan pelajar hanya memandang seni sebagai terpaksa dan wajib ambil sebagai cukup syarat.dahulu semasa saya di tingakatan 6 bawah,guru yang mengajar adalah lepasan maktab yang sangat hebat dari segi pratical berkaitan lukisan dan sebagainya. dari segi teori beliau tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan..munculnya guru dari UPSI telah mengantikan ckg tersebut mengajar saya semasa tingkatan 6 atas.terlalu banyak jasa dan pengorbanan beliau...
saya mula mengerti bahawa sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual perlu diberikan perhatian dan rancangan mengajar selama setahun perlu dipantau..
Bimbingan dari guru yang dapat membimbing pelajar adalah sangat bermakna...walaupun pelajar itu sangat lemah..guru bukannya mengharap keputusan sepenuhnya A tetapi guru Pendidikan Seni dapat membentuk dan membantu pelajar menjadi manusia berguna serta sedar akan kepentingannya untuk masa depan.
En Hassan, saya mohon izin ambil maklumat di sini untuk Kajian Tindakan saya " POTENSI MATA PELAJARAN SENI VISUAL BAGI KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN ENAM KE IPTA".
ReplyDelete