Sebenarnya untuk menilai sesebuah karya yang dihasilkan oleh calon atau pelajar. seorang pentafsir mestilah mempunyai kemahiran selok-belok dalam penghasilan karya, kalau seorang guru, guru itu perlu mempunyai pengalaman dan mahir dalam penghasilan karya itu. Selain dari itu adalah penting bagi pentafsir membuat kreteria pentafsiran dan mengemukakan kepada calon senarai kreteria yang perlu calon atau pelajar tahu untuk mendapat gred yang baik. Ambil contoh kreteria yang dibuat oleh sebuah badang pentafsiran antarabangsa 'Art and Design CGE A/AS Level' - Universiti of Cambridge International Examination ‘CIE’ 2008: Mereka membuat kreteria seperti berikut:
1. Personal Qualities (Kualiti Individu) (25%)
2. Manipulative, Artistic and Analytical skills (Manipulasi artistik & Kemahiran analitikal) (25%)
3. Aesthetic Qualitities (Kualiti estetik) (25%)
4. Knowledge and Critical Understanding (pengetahuan & Kefahaman Kritis) (25%)
Kalau dilihat dari segi kreteria yang ditentukan itu tidak tertumpu kepada persoalan skil dalam pelukisan seperti Warna, komposisi, keaslian dan penggunaan asas seni reka seperti yang lazim kita buat. Kreteria yang dibuat oleh Universiti Cambridge lebih menyeluruh hinggakan kualiti individu juga akan dinilai.
Perbezaan dengan pentafsiran kita selama ini banyak tertumpu kepada bentuk seni itu sendiri. Meskipun kita boleh membuat pentasfiran umpama itu, tetapi ianya terperangkap kepada hasil produk semata-mata. Dalam penghasilan sebuah karya seni, banyak aspek yang perlu diambil perhatian, kerana penghasilan karya seni adalah suatu proses. Dari proses penentuan tema/tajuk, lakaran, karya akhir hinggalah kemasan. Proses ini perlu diambil kira dalam pentafsiran karya seni visual.
Daniel said...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian pensyarah Encik Hassan. Kreteria yang ditetapkan oleh Universiti of Cambridge jelas menunjukkan mereka menetapkan kreteria dimana kualiti estetik, kualiti individu dan kemahiran berkarya dinilai serta ditetapkan
peratusan yang sama dagi setiap kreteria selain daripada penilaian pengetahuan dan pemahaman individu. Cuma kelemahannya ialah proses penghasilan tidak ditekankan dalam pentafsiran. Dari situ, saya memahami bahawa pentafsiran PSV Malaysia telah diubah suai supaya sesuai dengan budaya di sekolah kita yang mampu menghasilkan pelajar Seni Visual yang berdisiplin, mahir dan bernilai estetik yang tinggi kerana pelajar dipantau dari setiap peringkat penghasilan karya seni.
Sebenarnya Daniel, Proses penghasilan termasuk dalam perincian 'Knowledge and Critical Understanding' (pengetahuan & Kefahaman Kritis). Namun paling penting dalam menilai cara Holistik ialah seorang guru ini perlu berpengetahuan dalam bidang itu dan beerpengalaman...
ReplyDeletesalam.macam mane dgn analitik ?
ReplyDeleteboleh beri penjelasan jika x kberatan