Seperti saya katakan pada siri Bali 1, Pulau Bali penuh dengan kesenian. Budaya hidup mesyarakat bali diterjemahkan dalam budaya kesenian, samada cara hidup, berpakaian, penginapan dan aktiviti harian. Sepanjang kembara yang dibawa oleh Dr. Suhaimi, saya tertarik dengan gaya dan identiti catan Bali. Sungguhpun gaya abstraks telah melanda golongan pelukis muda diBali, namun gaya pelukisan tradisionalnya masih kekal dan mempunyai identiti tersendiri. Pengunaan garisan yang halus dan teliti memberi kesan pada penonjolan imej. Konsep catan bali masih mengekalkan gaya pelukisan tradisional iaitu non-perspektif dan menonjolkan imej naratif. . Unsur ini sebenarnya adalah gaya pelukisan pelukis kono di tembok kuil, piramit dan gereja. Pada masa itu pelukis melukis untuk merakamkan peristiwa dan sebagai pengabdian kepada keagamaan.
Karya-karya tradisional Bali masih mengekalkan konsep makna dan konteks yang berhubung dengan budaya. Gaya pelukisan masih mengekalkan kepadatan ruang dan pewarna yang sederhana. Banyak karya-karya catan Bali mempunyai unsur naratif kepada keagamaan Hindu-Budha.
Kembara saya di Bali sempat melihat beberapa geleri terkenal di Ubud. Wilayah Ubud memang terkenal dengan geleri-geleri besar yang mempamerkan karya-karya pelukis ternama di Bali......
bagus komentar tu
ReplyDelete