Sering kali orang menganggap dunia kartunis tidak sebagai akdemik. Kartun dianggap sebagai media lucu dan mewakili kumpulan kanak-kanak. Tanggapan ini banyak berubah kerana peranan kartun sudah menjangkau lebih dari itu. dunia kartun kini lebih dari sebuah cerita pendik untuk kumpulan kanak-kanak. Di negara Barat, Jepun dan Cina sudah sekian lama masyarakat dewasa menghayati komik untuk menjadi bacaan mereka. Sebenarnya banyak bahan dari komik dan kartun menjadi filem-filem besar.
Yang paling menarik ialah pemikiran kartunis menghasilkan karya lebih futuristik dari zamannya. Saya ambil contoh model kereta (motokar). Pada satu masa dulu lukisan kartun untuk kereta bulat-bulat dan macam tidak lojik. Tapi kini model kereta sekarang banyak mendapat inspirasi dari lukisan komik dan kartun zaman 60-an dulu.
Kartun juga memberi imej yang tegas kepada isu-isu. Saya teringat kejatuhan Presiden Amerika (Kalau tak silap presiden Nickson). Kerana terlalu kerap kartun-kartun di Amerika menggambarkan karikator negatif terhadap presiden itu maka beliau jatuh. Imej Kartun melambangkan kekuatan visual dalam erti kata ' visual mempunyi 1000 pengertian'.
Pada 16 Mac yang lepas saya merasa berbangga kerana seorang kartunis agung iaitu Lat telah menerima penganugerahan Kehormat Doktor Seni dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama sebenar lat ialah Dato' Mohamad Nor Khalid. Penganugerahan ini menandakan bahawa Kartun dapat diterima sebagai sumbangan yang besar terhadap masyarakat.
Ya kartun dan karikatur tu sudah lama berperanan sebagai alat kritik sosial, pembangkit nasionalime dan patriotisme. Karya-karya kartun NORA yang disiarkan dalam WARTA JENAKA pada tahun-tahun 1950an jelas menunjukkan kritik sosial terhadap kejelikan sosial masyarakat Melayu. Manakala ABDULLAH ARIFF menggunakan karikatur untuk membidas kolonial INGGERIS sebagaimana yang tersiar dalam akhbar THE STRAITS ECHO di Penang dalam tahun-tahun 50 an.
ReplyDeleteYa kartun adalah wadah paling sinis untuk membuat kritikan sosial. Kesannya amat mendalam dan cepat tersebarkan maklumat itu, kerana media ini sangat mudah dan digemari ramai.
ReplyDeleteSalam Silaturrahim.
ReplyDeleteKartun, komik dan karikatur dalam dimensi baharu memerlukan gabungan pemikir dan pembuat yang mahir animasi, disigner yang hebat ICT. Dalam berdakwah dan menyebarkan cerita bermoral,motivasi,kisah perjuangan nabi dsb untuk kanak-kanak rajin bersolat, mengetahui sirah nabi adalah antara bahan yang sesuai. Sedikit sebanyak ibu bapa yang sibuk itu dapat memantau dan membimbing anak-anak di depan komputer. Memandangkan minat murid untuk membaca semakin kurang kerana lebih cenderung bermain komputer maka kisah-kisah komik seperti Upin yang telah diCDRomkan mendapat tempat di hati mereka.