Sunday, October 4, 2009

Konsep Nusantara? Antara Indonesia dan Malaysia


Pada 2 dan 3 Oktober saya menghadiri Seminar Internasional Khazanah Seni Rupa Nusantara sebagai pembentang di Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja, Bali Indonesia. Sebanyak 19 kertas kerja (Istilah di Indonesia ialah Makalah) dibincangkan. Seminar ini sungguh menarik, kerana banyak membincangkan persoalan seni visual (Seni rupa) dalam konteks dunia nusantara. Namun dalam masa yang sama saya terfikir dalam kotak fikiran saya mengenai Nusantara dalam konteks pengertian Malaysia dan Indonesia.

Saya tertarik dengan perbentangan Prof. Dr. Tjetjep Rohendi Ronidi pensyarah UPSI, menerangkan terdapat perbezaan konsep nusantara Malaysia dan Indonesia. Menurutnya konsep Nusantara di Malaysia ialah merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesian, Malaysia, Singapura, bahagian selatan Thailan, Filifina, Brunei dan mungkin Timor-Timor. Pada umumnya ialah Alam Melayu. Sebaliknya konsep nusantara bagi Indonesia ialah sebagai sebuahn konsep kewilayahan (budaaya, politik, sosial dan kesenian) yang sering dikaitkan dengan kejayaan dan pengaruh politik kerajaan besar di masa lalu seperti kerajaan Sriwijaya dan Majapahit. Oleh yang demikian ruang lingkup nusantara antara Indonesia dan Malaysia adalah dalam lingkungan yang sama. Sama satu rumpun yang mempunyai budaya yang sama pada umumnya. Masalahnya ialah pecahan politik yang menyebabkan terdapat perbezaan.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah masalah seni dan budaya antara Malaysia dan Indonesia sering dipertikaikan oleh Indonesia. seolah-olah Malaysia sering 'meniru' atau menciplak kesenian dan kebudayaan Indonesia. Media-media Indonesia sering menghangatkan keadaan dengan menyiarkan dan membuat komentar isu-isu yang berkaitan seni yang agak sama amalkan oleh negara Malaysia. Antara lain yang menjadi hangat ialah media Indonesia membesar-besarkan seolah-olah suatu kemenangan berikutan keputusan UNESCO mengistiharkan pembuatan batik sebagai warisan Indonesia. Media Indoesia mengaitkan bahawa Malaysia Meniru Indonesia dalam industri batik? persoalannya Malaysia pun tidak menyatakan batik itu adalah hak Malaysia... Malaysia lebih bersetuju bahawa batik adalah kesenian Nusantara atau seni rumpun orang Melayu.

Banyak lagi perkara-perkara berkaitan serumpun dipertikaikan oleh Indonesia terhadap Malaysia seperti lagu Terang bulan yang dikatakan adalah lagu asal Negaraku. Semenjak kesilapan yang tidak disegajakan Malaysia menggunakan tarian pendet, media-media Indonesia terus bermain sentimen membenci Malaysia.

Seperti kata Prof. Dr. Tjetjep, kebanyakan orang di Malaysia adalah warisan dari bangsa-bangsa yang terdapat di Indonesia juga ada jawa, banjar, minang dan lain-lain. Tentu sekali mereka akan membawa budaya yang ada itu dan digunakan.

2 comments:

  1. Saya melihat kejayaan Universitas Pendidikan Ganesha yang berupaya memanggil institusi lain yang turut serta dalam seminar itu antaranya UPSI,UiTM,UniKL,Uni.Semarang,Uni Malang,Uni Udayana.ISI dll. 19 kertas kerja yang dibentangkan dalam satu hari cukup bermakna dan mengesankan kepada pencinta seni nusantara.Tahniah. Fakulti yang baru, FAKULTI SENI,PENGKOMPUTERAN dan KREATIF INDUSTRI,UPSI boleh memulakan langkah yang lebih hebat lagi.Amin

    ReplyDelete
  2. Saya rasa seminar sebegini memang perlu diadakan supaya masyarakat Indonesia terutamanya terbuka minda mereka supaya faham konsep nusantara dan dapat menerima bahawa budaya yang diamalkan di ruang lingkup nusantara ini saling berkait dan pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

    ReplyDelete