Friday, October 16, 2009

Novel Grafik Kartun: Kartunis Rejabhad




Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikal sahabat saya Prof Dr. Muliyadi Mahmood dalam majalah PEMIKIR keluaran Oktober-Disember 2009 bil 58. Artikal beliau bertajuk "Pemikiran Rejabhad dalam seni Kartun (Politik Semasa)". Menarik penulisan beliau. Izinkan saya petik penulisan beliau terhadap Novel Grafik bertajuk Peristiwa Mat Gila:...

"Kisah-kisah dalam Peristiwa Mat Gila diolah oleh Rejabhad secara kreatif dengan mengabungkan pelbagai sumber rujukan dalam kehidupan dan kesenian masyarakat tradisional dan kontemporari. Misalnya, kisah Mat Gila bertemu dengan orang tua di Pulau Hantu yang boleh mencipta pakaian bersayap daripada bulu burung yang membolehkan Mat gila terbang masuk ke istana larangan bertemu puteri raja. setelah menjadi menantu raja,Mat gila banyak menyelasaikan masalah yang timbul, termasukkan menentang serangan nyamuk dan raja dari negeri lain....."

Dalam rumusan Prof Dr Muliyadi menyatakan, menghayati karya-karya Rejabhad daripada pelbagai sudut pandangan bagaikan menonton teater, filem dan bangsawan. Di samping kekuatan teks yang kemelayuan, lukisan Rejabhad dihasilkan dengan teliti, terperinci dan penuh aksi......

Sebenarnya dunia kartun adalah dunia saya juga, saya juga pernah aktif melukis kartun sekitar 1970-an dan 80-an dengan nama samaran 'tuti' dan 'Tok Perak', pada masa itu dunia kartun Melayu melonjak naik dengan persaingan majalah 'GILA-GILA' dan 'gelihati'. Ketika itu saya adalah pelukis kartun bersiri dalam majalah gelihati.

Semasa saya aktif melukis kartun saya juga kerap berjumpa dengan Pak Jab (Rejabhad) dan pernah beliau panggil kerumahnya berbincang persoalan kartun. Pada masa itu saya juga pernah melobi beliau untuk menghantar karya ke GILA-GILA tetapi beliau berkata kepada saya, "Kalau seorang pelakon tu dah berlakon di Show Brother, tak bolehlah masuk ke 'Cathay Kris', saya faham maksudnya. Pengalaman saya bersama Pak Jab; Saya sangat tertarik perjuangan beliau membimbing anak muda yang berminat melukis kartun, di samping beliau juga suka membuat ceramah dan bengkel kartun. Pada tahun 1990, semasa saya menuntut di USM beliau mencadangkan saya membuat sebuah bengkel kartun untuk peminat dan pelukis kartun Utara ( Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak). Saya menyahut cadangannya dan membuat bengkel tersebut. Sambutan sungguh hangat lebih kurang 200 peserta yang menyertainya. Tidak mustahillah beliau dipanggil 'Penghulu Kartun', lihat dalam wikipedia:

" Rejabhad, or his real name Rejab bin Had is a Malaysian cartoonist known as a legend cartoonist through Malaysian comic industry. He is known as King of Malaysian Cartoons (Raja Kartun Malaysia) or Malaysian Comic Headman (Penghulu Komik Malaysia) because of his huge contribution towards Malaysian comic industry. Sometimes, many people may call him Pak Jab"

Beliau berhati-hati menggunakan prinsip asas dalam berkarya kerana menurutnya dikhuatiri akan risikonya jika tidak ditangani dengan baik. Rejabhad melakarkan ideanya dengan bijak dan dalam masa yang sama berpegang pada falsafahnya – jangan sekali-kali mengkritik isu-isu yang sensitif

Beberapa karya novel grafik kartun yang diterbilkan oleh beliau ialah:

Periwara Mat Gila (tiga jilid), Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogayah, GG Dengan Rejabhad, Prebet Dabus, Senyum sedikit (dua jilid), Pisang emas Jalak Lenteng, Masterpiece: Periwara Mat Gila dan Tan Tin Tun, Amal (anak Periwara Mat Gila)

Siri Novel Grafik Amal adalah karya terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 2002.

3 comments:

  1. Beliau sememangnya lagenda dan pelopor dalam industri kartun di Malaysia. Karya-karya beliau bukan sahaja banyak memberi mesej berkaitan kehidupan malahan mengambarkan corak kehidupan masyarakt melayu dahulu kala yang penuh dengan tradisi dan adat.

    ReplyDelete
  2. Ya, lukisan dan penceritaannya mempunyai identiti kartun Melayu

    ReplyDelete
  3. Rejabhad juga menjadi perintis golongan tentera menjdi kartunis. Selepas itu beberapa nama lagi muncul seperti Samudera Perwira dan kisah-kisah alam tentera menjadi tema karya-karya kartun mereka.

    ReplyDelete