Pada 22 Oktober 09 berlangsungnya perasmian Pameran Pertandingan Lukisan pelajar-pelajar Malaysia - Jepun 2009 di Galeri Seni UPSI. Pameran ini dirasmikan oleh YTM Raja Dato'Seri Azureen Sultan Azlan Shah.
Pertandingan lukisan ini adalah anjuran MAY Aska center, May Library dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri Perak. Tujuan pertandingan dan pameran ini adalah untuk menjalinkan persahabatan antara negeri Perak dan Jepun dibawah aktiviti perputakaan tersebut.
Dilihat dari hasilan lukisan-lukisan kanak-kanak Jepun dan Malaysia, peranan lukisan menjelmakan kebudayaan dan pengaruh persekitan amat penting. Tema-tema lukisan kanak-kanak di Malaysia masih terikat dengan tema pemandangan, buah-buahan tempatan dan isu negara Malaysia ( 1 Malaysia). Berbanding lukisan kanak-kanak Jepun, tema dan persoalan lebih jauh mencabar dan banyak mengambarkan isu-isu yang lebih mencabar. Dari segi pengolahan bahan dan teknik, lukisan kanak-kanak Jepun lebih banyak bermain dengan teknik, seperti kolaj, capan dan resis.
Sebenarnya Pendidikan Seni Visual di Malaysia banyak membuat penerokaan teknik-teknik dalam catan dan lukisan, tetapi aplikasi disekolah tidak menjadi. Apabila melihat pameran tersebut rasanya semacam kanak-kanak Malaysian tidak cukup pendedahan teknik-teknik dalam berkarta berbanding dengan kanak-kanak negara Jepun. Apabila adanya pameran sebegini baru kita tahu tahap pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah kita....wallahualam.
Saya agak dua karya dari atas adalah hasilkarya pelajar Jepun. Malah Karya kedua dari atas yang bertemakan jambatan itu adalah ditimba ilhamnya dari karya popular pelukis Jepun yang menggunakan teknik 'WOODCUT" yang kemudiannya diubahsuai dan dilukis kembali oleh Van Gogh pada abad ke 19.
ReplyDeleteYa, betul. Dua karya di atas adalah karya kanak-kanak Jepun. Tiga karya di bawah adalah dari kanak-kanak Malaysia. Sebagai perbandingan dua negara, sangat ketara pengolahan kreativiti dalam karya kanak-kanak Jepun. Mereka menampilkan persembahan dengan menggunakan pelbagai teknik sebagai persembahan. Susunan komposisi, penggunaan warna, ekplorasi bahan dan gubahan sangat baik. Karya-karya kanak-kanak Malaysia lebih kepada Imitasi, kurang ekplorasi bahan. Saya kira pendedahan berkarya dalam P &P pendidikan seni visual perlu diambil serious oleh guru-guru seni..
ReplyDelete