Friday, October 23, 2009
Pengajaran Berdasarkan Permasalahan- 'Problem Based Instruction' Dalam P&P Pendidikan Seni Visual
Pada kali ini saya mahu berkongsi suatu pendekatan dalam proses pengajaran Pendidikan Seni Visual iaitu Pengajaran Perdasarkan Permasalahan (Problem Based Instruction @ Learning - PBL). Mengapa saya tertarik dengan pendekatan PBL ini?. Situasi pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah kini adalah paling sesuai menggunakan pendekatan ini kerana pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan projek seni visual secara kreatif dan eksplorasi media dan teknik disamping membuat penerokaan.
Berdasarkan cadangan Pusat Perkembangan Kurikulum dalam buku huraian sukatan pelajaran (2000), tidak tercatat cadangan menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran pendidikan seni visual KBSM. Namun, apabila saya membaca beberapa buku dan dalam internet di dapati pendekatan ini adalah paling sesuai didedahkan kepada guru untuk aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam studio seni visual.
Mengapa PBL?
Pembelajaran berdasarkan masalah telah diperkenalkan sejak zaman John Dewey lagi, kini pembelajaran berdasarkan masalah adalah satu pendekatan dalam P & P yang memberi suatu situasi masalah secara autentik dan bermakna yang dapat memberikan kemudahan kepada pelajar untuk melakukan penyelidikan dan inkuiri.
Menurut Arends (1997), pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu pendekatan pembelajaran di mana murid mengerjakan permasalahan yang autentik dengan maksud untuk menyusun pengetahuan mereka sendiri, mengembangkan inkuiri dan daya berfikiran tingkat tinggi, mengembangkan kemahiran diri dan percaya diri sendiri. Model pembelajaran ini juga mengabungkan beberapa model pembelajaran yang lain, seperti “pembelajaran berdarkan projek (project-based instruction)”, ” pembelajaran berdasarkan pengalaman (experience-based instruction)”, “belajar autentik (authentic learning)” dan ”pembelajaran bermakna (anchored instruction)”.
Ciri-ciri PBL
a. Membuat pertanyaan atau permasalahan.
Ini merupakan peringkat awal untuk mengorganisasikan PBL. Sebelum memulakan sesi P & P guru dan pelajar akan berbincang bagi mengemukakan persoalan atau permasalah tentang projek pendidikan seni visual yang akan dikendalikan. Perbicangan antara guru dan pelajar, pelajar dan rakan sebaya akan berbincang dan membuat keputusan terhadap permaslahan yang dikemukakan. kaedah sumbasaran sangat sesuai pada situasi ini.
b. memberi fokus dan mengaitkan displin bidang lain.
Setelah skop bidang kajian dan projek dikenalpasti, maka fokus kajian dan projek akan diberi tumpuan khusus. Namun demikian perlu juga mengaitkan bidang mata pelajaran dalam pelaksanaan projek dan kajian, misalnya keperluan pengiraaan dalam bidang matematik, dan bidang-bidang lain berkaitan. sebagai contoh projek membuat pembungkusan kelapa muda memerlukan kemahiran sains pertanian untuk mengenali kepala muda, ukuran dan berat memerlukan bidang matematik.
c. Penyelidikan autentik.
Pembelajaran berdasarkan masalah mengharuskan pelajar melakukan penyelidikan secara autentik untuk mencari penyelesaian nyata terhadap masalah nyata. Mereka harus menganalisis dan mendefinisikan masalah, mengembangkan hipotesis, dan membuat ramalan, mengumpul dan menganalisa informasi, melakukan eksperimen (jika diperlukan), membuat inferensi, dan merumuskan kesimpulan. Sudah barang tentu, metod penyelidikan yang digunakan, bergantung kepada masalah yang sedang dipelajari.
d. Menghasilkan produk dan mempamerkan.
Pembelajaran berdasarkan masalah menuntut pelajar untuk menghasilkan produk tertentu dalam bentuk karya nyata atau artefak dan diperagakan bagi menjelaskan bentuk penyelesaian masalah yang mereka hasilkan. Proses ini bagi memperlihat kepada guru-guru dan rakan pelajar lain sebagai penentu kepada menambahbaiki produk dan kajian yang ditemui.
e. Kolaborasi.
Pembelajaran berdasarkan masalah dicirikan oleh pelajar yang bekerja sama satu dengan yang lain, paling sesuai ialah secara berpasangan atau dalam kelompok kecil. Bekerja sama akan memberikan motivasi agar tugas-tugas yang sangat kompleks tidak terasa beban kalau dibuat secara individu disamping memperbanyak peluang untuk berbagai inkuiri dan dialog dan untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kemahiran berfikir.
Langkah-langkah Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Pengajaran berdasarkan masalah terdiri dari 5 langkah utama yang dimulai dengan guru memperkenalkan kepada pelajar dengan suatu situasi masalah dan diakhiri dengan penyajian dan analisis hasil kerja-kerja pelajar. langkah-langkah tersebuat mengikut tahap-tahap berikut.
Tahap-1
Orientasi pelajar tentang permasalahan
Guru menjelaskan tujuan pembelajaran, menjelaskan logistik yang dikehendaki, mengajukan fenomena atau demonstrasi atau cerita untuk memunculkan masalah, memotivasikan pelajar untuk terlibat dalam pemecahan
masalah yang telah dipilih.
Tahap-2
Mengorganisasi pelajar untuk belajar
Guru membantu pelajar untuk mendefinisikan dan mengorganisasikan tugas belajar yang berhubungan dengan masalah tersebut.
Tahap-3
Membimbing penyelidikan individual ataupun berkelompok.
Guru harus membantu dan memberi motivasi kepada pelajar untuk mengumpulkan data dan maklumat yang sesuai, menjalankan eksperimen bagi mendapatkan penjelasan dan pemecahan permasalahan.
Tahap-4
Mengembangkan dan mendokumentasikan hasil karya.
Guru membantu pelajar dalam merencanakan dan menyiapkan karya yang sesuai seperti laporan, video, dan model serta membantu mereka untuk membahagikan tugas dengan rakan pelajar.
Tahap-5
Menganalisis dan proses pemecahan masalah.
Guru membantu pelajar untuk melakukan refleksi atau evaluasi terhadap penyelidikan mereka dan proses-proses yang telah mereka gunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus. Student seni kita perlu pendedahan PBL ini selain kaedah lain supaya mereka mempunyai pilihan kaedah yang pelbagai dalam P&P nanti.Kekayaan kaedah dalam P&P bermakna memberi peluang kepada bakal guru untuk mempraktikkannya dalam bilik darjah dan membuat pemilihan kaedah mana yang terbaik dalam situasi yang berbeda.
ReplyDeletebgus untuk bdk seni nie...hehe
ReplyDeleteBagus artikel ini..Deen
ReplyDelete