Wednesday, January 13, 2010

Taklimat dan Bengkel Jurulatih Seni Visual Kertas 3 STPM 2010



Seramai 16 orang Jurulatih Seni Visual seluruh negara hadir taklimat dan bengkel kertas kerja kursus Seni Visual STPM. Majlis Peperiksaan Malaysia mengendalikan taklimat dan bengkel di Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur selama 3 hari 13 hingga 15 Januari 2010. Majlis bermula dengan perasmian yang dilakukan oleh Pn. Maziyah binti Hamzah Setiausaha Bahagian (Sains Sosial dan MUET). Beliau telah menyatakan bahawa perkembangan mata pelajaran seni visual STPM telah berkembang dan mendapat sambutan dikalangan calon STPM, sajak dilancarkan mata pelajaran seni visual tahun 2002 hanya seramai 1,532 orang calon mengambil seni visual. Statistik tahun 2009 seramai 7,308 orang yang mengambil mata pelajar ini. Secara kasarnya mata pelajaran ini menarik minat ramai calon-calon STPM dan mempunyai potensi besar untuk menyambung pelajaran ke Univesiti.

Sesi seterusnya En. Eddey @ Mohd Eddy bin Ahmad Esa, Penolong Setiuasa (KM) selaku penyelaras mata pelajaran Seni Visual telah memberi taklimat dari segi arahan pengendalian guru seni visual dan pengetua peperiksaan kertas kerja kursus 970/3. Antaranya paling penting MPM tidak mahu kes salah laku dari segi bantuan dari orang luar kerana kertas ini tarafnya sama dengan kertas lain iaitu kertas peperiksaan. Sekiranya salah lalu berlaku MPM akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan seksyen 10 dan 11 dalam kaedah-kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara dalam kes salah Laku) 1986, di bawah Undang-undang Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225]. Sekiranya calon terbabit mengakibatkan calon akan dibatalkan.

Seterusnya saya telah menyampaikan ceramah bertajuk 'PENGHASILAN KARYA: PENYELIDIKAN DAN KAJIAN DALAM MENCARI IDENTITI GAYA SEBUAH KARYA'. Dalam kertas ini saya telah menyentuh tentang betapa pentingnya Penyelidikan dan Kajian dalam penghasialan sesebuah karya (manusikrip kertas kerja boleh dimuat turun dalam SCRIBD melalui blog ini).

Antara Jurulatih yang hadir ialah:
Pn. Nor Akmar Shamli (Perak), En. Haron Mokhtar (Selangor), En. Ahmad Izuddin Mohamed ( Pahang), En. Azian Hashim (Kelantan), En. Aspurani Hj. Ismail (Sabah), En. Muhamad Nizam Othaman (Johor), En. Nazri Said (Kedah), Azizie Mohd Yusoph (Labuan), En. Zaini Aman (Melaka), Pn Noraida Ahmad (Negeri Sembilan), Nor Azman Taib (Pulau Pinang), En Zulkafli Md Hashim (Perlis), Pn. Fazliyatun Fadzli (Sarawak), Pn. Rohana Hussein (Terengganu), Pn. Fairuz A.Hamid (W.P Kuala Lumpur) dan Pn. Siti Zaharah Bahran ( Putrajaya).

2 comments: