Wednesday, January 27, 2010

Pameran Pelukis Perintis Seni Visual Moden Malaysia




PAMERAN Perintis Pelukis Seni Visual Moden Malaysia berlangsung di Geleri Seni USM pada 1 Januari hingga 31 Januari 2010. sebanyak 37 karya pelukis printis dipamerkan. Pameran ini telah membongkarkan peta sejarah persada seni viaual tanah air. Karya awal pelukis-pelukis perintis tanah air banyak dimuali dengan karya figuratif dan realisme. Kebanyakan pengkaryanya berjaya mencipta kegemilangan nama dalam bidang ini pada masa itu.

Antara lukisan yang dipamerkan di Ruang Galeri Seni Halus, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), Minden adalah karya pelukis perintis seni rupa moden seperti Mohd Hoessien Enas, yang terkenal dengan gelaran, Bapa Catan Potret Malaysia dan Manusia Bertangan Emas.

Tokoh itu antara pelukis catan potret yang paling prolifik dan berhijrah dari Indonesia ke Malaysia sehingga namanya menjulang dipamerkan bersama-sama lukisan sentuhan Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Jamal, Chuah Thean Teng, Latiff Mohidin, Ibrahim Hussien, Dzulkifli Buyong dan Zulkifli Dahlan.

Tiga puluh karya dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta dan setiap satu lukisan berharga di antara RM6,347 hingga RM285,610, menggunakan bahantara seperti cetakan kayu, cat air, cat minyak, pastel dan batik, bagi memenuhi selera pengunjung yang beragam.

Kurator Pameran MGTF, Afzanizam Mohd Ali, berkata karya yang dipamerkan ada nilai, perspektif mahupun keunikan tersendiri untuk tatapan pencinta seni dan masyarakat umum, sekali gus pameran ini sebagai tanda penghormatan serta pengiktirafan kepada pelukis yang menyumbang kepada perkembangan seni moden di Malaysia,

“Orang ramai akan mendapati bahawa kemunculan golongan perintis seni moden Malaysia diwakili karya figura dan menjadi titik permulaan kepada perubahan konsep dan gaya berkarya serta disifatkan mempunyai kelainan daripada konvensyen artistik tradisional lain, seiring proses pemodenan negara,” katanya pada pertemuan dengan Galeri, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan perkembangan landskap seni moden di Malaysia berlaku secara drastik dengan setiap pelukis perintis membawa aliran dan kecenderungan berbeza dalam menghantar mesej menerusi lukisan masing-masing sehingga sesetengah daripada mereka berjaya mencipta kejayaan luar biasa dalam persada seni rupa tanah air.

"Hossein Enas dikenali menerusi catan potret dalam medium pastel dan cat minyak yang memberi gambaran betapa kaya dan pelbagainya hasil seni moden," katanya.

Kurator Bahagian Promosi Komunikasi, Korporat dan Pemasaran MGTF, Nurul Ashikin Shuib, berkata pameran terbabit membuka peluang dan ruang kepada masyarakat umum terutama pelajar seni untuk menyelongkar dan menghayati hasil karya pelukis terkenal bagi mendapatkan ilham berkarya.

“Pendedahan ini diharapkan dapat menggalakkan pelajar seni untuk mencungkil bakat mereka dengan menghasilkan seni bermutu dan bernilai tinggi setanding pelukis agung, manakala masyarakat umum jangan melepaskan peluang untuk berkunjung kerana bukan semua orang mampu memiliki karya seni yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit," katanya.

Antara karya-karya pelukis yang dipamerkaan ialah Pelukis: Seah Kim Joo, Chen Wen His, Patrick Ng Kah Onn, Chuah Thean Teng, Dzulkifli Buyong, Mohd Hoessein Enas, Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Zulkifli Mohd Dahlan dan Ibrahim Hussein.

2 comments:

  1. Salam. Saya masih ingat lagi ketika saya menjadi pelajar USM 1976- 1980 major Seni Halus dan minor sastera, saya kerap ke perpustakaan USM ( kini Muzium dan Galeri Tunku Fauziah) di situ telah mula dipamerkan karya-karya ini yang telah dikumpulkan oleh USM. Tindakan Futuristik USM telah membuahkan hasil apabila berjaya mengumpulkan karya-karya "master" sejak awal lagi. Muzium UPSI telah mula bertindak membeli karya-karya Ismail Embong dan karya-karya saya.. walaupun sedikit lewat tapi alhamdulillah satu permulaan yang baik.

    ReplyDelete
  2. Blog seni yang menarik buat menambah wawasan ilmu

    ReplyDelete