Pada kali ini saya muatkan kertas perbentangan saya kepada Jurulatih Utama (JU) Seni Visual STPM yang berlangsung pada 13 hingg 15 Januari di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Perbentangan ini adalah sebagai satu lontaran idea untuk JU mengadakan taklimat diperingkat negeri.
Tajuk:
PENGHASILAN KARYA: PENYELIDIKAN DAN KAJIAN
DALAM MENCARI IDENTITI GAYA SEBUAH KARYA
(Kertas Seni Visual STPM 970/3)
Pengenalan
Kertas tiga merupakan kertas kerja kursus untuk penghasilan karya bagi calon STPM yang mengambil mata pelajaraan seni visual. Kertas ini menguji kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Guru seni visual adalah menjadi pembimbing calon membuat proses karya yang telah dipilih selama sepanjang lapan bulan, Aspek penting yang diberi penekanan ialah:
1. Aspek penerokan idea,
2. Kajian dan penyelidikan,
3. Penghasilan karya @ produk dan
4. Dokumentasi (portfolio).
Paling penting ialah pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini perlu dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Berdasarkan mutu hasil karya yang lepas terdapat calon tidak dapat memenuhi keperluan mutu karya yang baik kerana tidak dapat bimbingan yang sempurna gari guru pembimbing. Berkemungkinan guru tidak pakar dalam bidang yang dipilih oleh calon maka calon membuat proses penghasilan karya tanpa bimbingan dari guru.
Pada perbentangan saya kali ini, penekanan akan diberi kepada proses penyelidikan dan kajian dalam penghasilan sesebuah hasil karya. Berdasarkan pengamatan saya sebagai ketua penilai kertas ini, didapati calon yang membuat penyelidikan dan kajian semasa proses hasil kerja berja telah menghasilkan karya dengan baik disamping kemahiran keterampilan dalam bidang khusus yang dipilih. Guru pembimbing juga harus meneliti beberapa perkara asas agar kerja calon benar-benar mengikut arahan MPM sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan karya antaranya:
1. Arahan Kertas Soalan
2. Tanggungjawab Guru Seni Visual
3. Tanggungjawab Pengetua
4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya
5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya.
Perancangan kerja calon
Soalan kertas 3 yang dikemukakan untuk calon STPM 2010 ini telah memasukan unsur penyelidikan dan kajian terutama dalam soalan pengkaryaan. Aspek ini sangat penting untuk kita sama-sama fikirkan bagi menjayakan penghasilan calon dengan baik dan bermutu. Sebelum calon memikirkan apakah soalan yang akan difikirkan saya cadangkan pembimbing (guru) perlu membuat beberapa perkara sebagai sumbangsaran dikalangan calon-calon. Antaranya:
- Membuat peta minda tentang tema dan soalan yang telah dikemukakan,
- Memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan tema dan permasalahan yang dikemukakan,
- Mencari sebanyak mungkin gambar-gambar dan contoh karya yang berkaitan dengan tema dan permasalahan soalan.
Saya mencadangkan beberapa FASA perlu dilalui sepanjang lapan bulan proses menghasilkan karya kertas tiga ini.
FASA 1
Sebaiknya pembimbing (guru) memberi imput awal secara umum setiap soalan yang dikemukan dan membuat beberapa kumpulan calon untuk penyelidikan dan kajian, hasilnya dibuat pembentangan dapatan. Calon-calon membuat penerokan ini secara kumpulan.
FASA 2
Pemilihan soalan mengikut kemahiran dan maklumat yang diperolehi. Fasa ini guru juga harus menguasai bidang soalan yang dipilih. Misalnya kalau sekiranya calon mengambil soalan nombor 4. Guru harus mengetahui aspek-aspek hiasan dalaman, terutamanya menghasilkan sebuah model yang standard. Oleh yang demikian pembimbing perlu menguasai ilmu bidang ini agar tidak berlaku calon tersilap menghasilkan karya yang tidak standard semasa penghantaran ke MPM nanti.
FASA 3
Membuat skala aturan kerja berdasarkan hari, minggu dan bulan. Displin ini penting agar calon dapat melaksanakan kerja daripada lakaran idea hingga ke penghasilan dapat dilakukan dengan baik. Jadual kerja telahpun diberi contoh oleh MPM, guru sebagai pembimbing harus mencadangkan suatu carta alir proses calon menghasilkan kerja kursus.
FASA 4
Membimbing dan menyelia calon semasa proses penghasilan dari lakaran awal hingga karya akhir. Adalah baik sekiranya pembimbing membuat semakan awal kepada calon-calon yang menghasilkan Portfolio – bermula dari pemcarian maklumat, lakaran awal, lakaran akhir dan proses penghasilan.
FASA 5
Proses akhir penghantaran karya adalah penting guru mengikut aturan MPM dengan menyemak segala aturan yang ditetapkan. Memastikan portfolio dan karya dihantar dengan butiran-butiran calon-calon. Tanggungjawab guru pembimbing untuk memastikan segala penghantaran dibuat dengan betul tidak tertinggal maklumat yang dikehendaki.
Penyelidikan dalam penghasilan karya
Penghasilan kerja kursus adalah dibuat secara amali di sekolah. Perkara-perkara umum telahpun saya nyatakan di atas bagaimana pembimbing (guru) dapat membantu calon-calon memperolehi hasil karja yang baik. Namun demikian, persoalan paling penting untuk saya kemukakan kepada guru-guru pembimbing ialah bagaimana sesebuah karya berjaya dihasilkan hasil melalui penyelidikan yang dibuat oleh calon semasa proses kerja berjalan.
Terdapat dua unsur penyelidikan semasa penghasilkan karya kerja kursus:
1. Penyelidikan perdasarkan maklumat dari media elektronik dan media konvensional.
2. Penyelidikan dan kajian berdasarkan visual yakni melalui lakaran dan perkembangan idea.
Dua unsur penyelidikan atau kajian ini dapat membantu calon dalam memperolehi sebuah karya yang bermutu kerana karya yang dihasilkan bukanlah berdasarkan dari segi pengaruh semata-mata sebaliknya mempunyai kajian yang mendalam dari segi aspek bentuk, konteks dan makna.
Sebagai contoh soalan nombor 1:
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
· Tema: “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”.
· Karya (bentuk): 2D atau 3D
· Bahan dan teknik: bebas (yang sesuai)
PERMASALAH (TEMA) | KONSEP PEMECAHAN | KARYA |
Pengetahuan aspek organisasi penghasilan
Kelaziman berlaku apabila calon menghasilkan karya seni visual akan memikirkan bagimana cara penghasilan?, apakah bahan yang hendak digunakan?, dan apakah cara teknik dibuat?. Antara lain yang menjadi persoalan awal ialah:
- Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan,
- Olahan idea dan pengolahan karya,
- Penentuan bahan dan teknik,
- Kemasan dan Persembahan.
Sebenarnya, penghasilan sebuah karya seni visual memerlukan banyak aspek lain yang memerlukan perbincangan antara calon dan guru pembimbing. Antara lain ialah mengetahui faktor tersirat karya dan faktor tersurat karya seni visual sebagai cantuman kekuatan berkarya. Antara perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam penghasilan sebuah karya ialah:
Faktor tersirat:
i. Nilai estetik (merangkumi nilai kreativiti)
ii. Nilai makna
iii. Nilai konteks
iv. Nilai emosi
v. Pengaruh
Faktor tersurat:
i. Media dan teknik
ii. Kemahiran penghasilan
iii. Fungsi
iv. Kemasan
v. Peragaan dan persembahan
Langkah-langkah penghasilan
- Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan. Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan pengkaryaan.
Soalan nombor 1 merupakan soalan pengkaryaan, kehendak soalan adalah menghasilkan sebuah karya 2D atau 3D dengan menggunakan bahan bebas bertemakan, “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Soalan ini membolehkan calon membumbuat keputusan sendiri dalam pengolahan penghasilan. Kreativiti sangat penting dalam pengolahan karya. Seperti saya nyatakan di atas aspek penyelidikan dan kajian sangat penting bagi menampilkan sebuah karya yang baik. Calon perlu memecahkan persoalan dunia digital dan nilai kemanusian sebagai persembahan dalam sebuah karya. Sekiranya calon memilih catan maka bahan apakah yang sesuai untuk membuat persembahan karya dengan tema itu. Proses penyelidikan dan kajian dapat membantu calon menjawab persoalan ini.
Soalan nombor 2 juga merupakan soalan pengkaryaan. Tema yang dikemukan agak ‘abstrak’ iaitu kesantunan. Berdasarkan difinisi dalam kamus DBP edisi 4, maksud kesantunan ialah:
‘perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;’
Penghasilan karya dalam soalan ini terkongkong dengan menggunakan teknik batik atau tenunan. Namun harus dingatkan kepada calon bahawa soalan ini adalah soalan pengkaryaan bukan kraf. Jangan ada calon menghasilkan soalan ini dalam bentuk kraf batik atau tenunan. Berdasarkan soalan calon perlu menghasilkan sebuah karya seni halus samada catan, cetakan atau arca dengan menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.
Soalan 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.
Soalan 2
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kesantunan”. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan. Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan
karya adalah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.
- Penghasilan Perekaan
Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya perekaan. Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza mengikut bidang. Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara penghasilan dengan bidang reka bentuk. Perbezaan penghasilan reka bentuk industri pula berbeza dengan reka bentuk persekitaran. Oleh yang demikian guru seni visual sebagai pembimbing perlu penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk mastikan cara bimbingan kepada colon akan menghasilkan karya dengan betul.
Soalan nombor 3 merupakan soalan reka bentuk grafik yang memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk identiti korporat. Beberapa kemahiran penting dalam penghasilan reka bentuk grafik:
1. kemahiran menggunakan alat grafik secara manual
2. kemahiran menggunakan komputer dengan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator atau Corel Draw.
3. Kemahiran membuat persembahan karya.
Kemahiran-kemahiran ini penting agar standard karya calon setanding dengan persembahan sebuah karya reka bentuk grafik. Paling penting dalam persembahan akhir dalam reka bentuk grafik ialah kemas, bersih dan tidak kotor.
Soalan nombor 4 merupakan soalan reka bentuk dalaman yang memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk sebuah restoran moden. Calon perlu memikirkan beberapa elemen-elemen moden dalam reka bentuk restoran tersebut, misalnya dari segi ruang, pemilihan perabot, pencahayaan, warna, reka bentuk bentuk restoran berdasarkan konsep. Namun demikian, raka bentuk hiasan dalaman sangat mementingkan konsep ruang. Kerana kesan ruang dapat memberi kesan kepada manusia yang berada dalam lingkungan itu. Untuk memenuhi kehendak pengguna maka ‘ketelitian’ calon memenuhi hiasan ruang adalah sangat penting. Antaranya:
1. Mengatur keserasian susunan perabot
2. Memilih material dan elemen ruang yang sesuai dengan fungsi
3. Dimensi perabot yang dengan saiz yang bersesusian dengan kebesaran ruang
4. Mencipta suasana ruang agar mempu menyatakan fungsi dan kehendak soalan.
Kemahiran yang sangat penting ialah dari segi membuat model. Bahan untuk membuat model mestilah tidak mudah pecah tetapi ringan. Gam yang digunakan perlu menggunakan gam yang kuat agar bahan-bahan yang dilekatkan tidak mudah jatuh semasa penghantaran di MPM.
Soalan 3
Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan, hasilkan juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat, sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
• lakaran komprehensif
• kajian reka letak, imej, dan tipografi
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan makna dan fungsi
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Nota: Reka bentuk identiti korporat yang dihasilkan boleh menggunakan perisian komputer grafik bagi menghasilkan karya akhir sahaja, dan anda hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan Clip Art adalah dilarang sama sekali.
Soalan 4
Hasilkan sebuah model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah restoran yang moden dengan memasukkan unsur-unsur budaya tempatan yang boleh membangkitkan selera pengunjung.
Ruang restoran tersebut hendaklah mengambil kira ruang makan, ruang pamer, ruang penyediaan makanan, dan beberapa buah gerai (stall) untuk makanan masak segera.
Model hasil karya hendaklah mematuhi aspek yang berikut:
• tapak model berukuran 40 cm × 40 cm
• menggunakan bahan-bahan yang sesuai
• binaan kukuh, ringan, dan stabil
• bahagian atas hasil karya tidak ditutup
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• tujuan
• kerangka kerja
• pengumpulan maklumat
• lakaran perkembangan idea
• lakaran dan visual akhir
• lukisan pelan mengikut dimensi
• rujukan dan sumber maklumat
• gambar model yang telah siap, diambil dari pelbagai sudut
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan fungsi dan estetik
• kesesuaian bahan dan teknik untuk model
• dimensi model
• aplikasi asas seni reka
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Penutup
Kertas 970/3 merupakan kertas amali untuk calon persekolahan yang diberi penekanan dalam proses penghasilan karya sepanjang lapan bulan. Guru pembimbing Seni Visual memainkan peranan penting sebagai pembimbing dan penilai utama. Aspek teori dan amali perlu diberi penekanan sepanjang proses dalam penghasilan. Portfolio adalah merupakan dokumentasi penghasilan karya dan sebagai bahan bukti proses teori dan amali berjalan dengan baik.
Bibliografi
Amy e. Arntson (2007). Graphic Design Basics, USA: Thomson.
Bob Cotton (1990). The New Guide To Graphic Design, New Jersey: Chartwell Book Inc.
Laura Slack (2006). What Is Product Design, Singgapore: Page One
Lois, Fichner (2008). Foundations of Art And Design, USA: Thomson
Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a Portfolio a Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.
No comments:
Post a Comment