Monday, January 4, 2010

Kepentingan Pendidikan Seni Visual


Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudyaan ialah cada berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh selompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah 'Cara hidup'.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure).

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan
Pacaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.

bersambung...

6 comments:

  1. Pada pandangan saya, seni tidak ada kuasa. Maksud saya orang seni belum lagi memegang pos penting dalam pentadbiran kerajaan, politik dan swasta. Lihat saja siapa yang mentadbir hari ini di Malaysia, mereka pemegang ijazah Pengajian Melayu, Kesusasteraan, Sejarah, Geografi dan ekonomi. Pemegang ijazah seni very junior dibandingkan dengan mereka. Mereka berkuasa membuat dasar. Orang seni tidak duduk di status itu. Dalam Perkhidmatan kerajaan pemegang ijazah seni hanya jadi guru sekolah atau pensyarah universiti Paling tinggi bertaraf profesor tetapi mereka bukan pembuat dasar. Tidak pernah KPPM atau KPPT datangnya dari pemegang ijazah seni sebab mereka masih junior. Oleh itu suara mereka tidak didengar sebaliknya suara orang geografi, suara orang Sejarah,suara orang Pengajian Melayu atau ekonomi lebih dulu didengar. Itulah malangnya seni. Institut seni hanya lahir lewat iaitu pada tahun 1965 dikenali dengan ITM, Seni Di USM tahun 1970 begitulah institusi seni yang lain. Pengajian Melayu di UM lebih awal, sejarah di UM lebih dahulu. Mereka lah yang menjawat jawatan penting kerajaan. Dalam bidang politik yang menjawat jawatan menteri atau timbalan menteri pun tidak ada seorang pun pemegang ijazah seni. Ini bermakna tiada siapa peduli dengan seni atau subjek PSV, melainkan orang seni juga tapi tempurung orang seni kecil, dunianya sempit. Pertanyaan saya bilakah orang seni atau pemegang ijazah Seni akan memegang jawatan KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA ATAU KETUA PENGARAH PENGAJIAN TINGGI atau jadi MENTERI WARISAN,KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN PERPADUAN?

    ReplyDelete
  2. betul apa yg telah d'perkatakan oleh dr suhaimi,sy juga brpendapat bahawa kebanyakan masyarakat kini pada umumnya masih menganggap bidang seni sbg salah satu bukan bidang profesional.Oleh itu,kebanyakan pelajar pd masa kini yg m'lanjutkan pelajaran di Universiti hanya lebih tertumpu kpd bidang pendidikan,dan ada sestengahnya mereka m'merlukan ilmu pengetahuan dlm bidang tersebut bg m'bolehkn mereka mengembangkan bakat dan potensi dlm bidang trsebut utk menjadi artis.

    ReplyDelete
  3. dunia nie kena la adil skit....kalo suma org bjiwa seni nie nk jd pembesar mcm tu, berat sebelah la pulak dunia nie...kn? takkan sejarahwan,ahli geografi, sasterawan tu nk jd penyanyi, designer or plakon plak kn? sebab tu dlm dunia pndidikan ada mcm2 bidang. tak suma org suka mjwat jawatan pembesar mcm tu...jiwa seni nie tak suka mentadbir negara. tp, lebih suka dgn dunia diorg sendiri. mcm sya..sya seorang bakal cikgu psv...sya x suka bidang poltik. cikgu seni main peranan penting dlm menyelesaikan msalah psikologi pelajar. salah satu cara untuk melahirkan modal insan yg bjaya jugak tu. jgn la pndang enteng dgn org seni..seni tu indah...semua benda yg awak pndang kat sekeliling nie adalah seni...mcm2 bntuk garisan,rupa,warna yg awk tgk. tu la seni. buat dunia jg lebih menarik. sekurangnya otak org seni tak la sarat sgt berfikir mcm bidang lain. yg penting...hidup nie mesti la adil.kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat cikgu.. walaupun saya seorang Jurutera yg telah bekerja di bidang industri selama 10 tahun... namun saya selalu menoleh kepada hasil seni, every angle of life and work... Seni menghasilkan keseimbangan / balance dan seni itu "menghidupkan" ciptaan, rekaan2 dan binaan2 yg di bina oleh jurutera. Seni memberi impak amat besar terhadap kehidupan manusia sejagat

      Delete
  4. pendapat saya..org berjiwa seni majoritinya adalah mereka yang agak pasif karektornya...maksudnya mereka jarang2 mahukan kedudukan/jawatan kerana halusnya jiwa dan tidak sukakan tekanan bekerja....mereka lebih indipendant... jauh dari 'hingar-bingar' dan kelompok 'bangsawan' yg memeningkan.... maka itulah jarang2 kita dengar mereka memegang jawatan besar2....jika tidak percaya..perhatikan mereka2 yg betul2 anak seni...sekian...

    ReplyDelete
  5. Perjuangan penggiat Pendidikan Seni Visual (PSV) belum diperakui sebagai penyumbang penting dalam pembangunan negara oleh pihak berwajib sehingga kini walaupun telah 30 tahun diperkenalkan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM dalam tahun 80an. Pusat Perkembangan Kurikulum perlu memainkan peranan yang lebih menyerlah bagi memberi pemahaman secara meluas, melebar dan mendalam kepada Meneri Pelajaran tentang kesepaduan ilmu, pendidikan, etika, rohani dan nilai yang boleh dipupuk ke arah pembangunan insan berkualiti pelajar yang tahu menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Yang Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Pemurah kepada manusia. Sekiranya segala 'content' PSV tidak diterjahkan secara berkesan, maka setiap individu yang memegang kuasa tidak akan menjadikan PSV afalah satu wahana yang boleh membentuk peribadi individu yang mempunyai jati diri yang mantap dan teguh. Walhal generasi Y inilah yang meneruskan kelangsungan ke arah kecemerlangan bangsa dan negara. Namun, harus diingat setiap individu yang terlibat dalam PSV perlu dibekalkan dengan nilai yang kukuh juga supaya dapt dijadikan teladan dan ikon kepada pelajar dan masyarakat. SENI AGAMA DAN NEGARA.

    ReplyDelete