Tuesday, April 12, 2011

BENGKEL - BILIK - STUDIO DAN GALERI SENI VISUAL

Saya tertarik dengan Nota FB Ahmad Fauzi Hassan bertajuk STUDIO-GALERI SENI VISUAL DI SEKOLAH (http://www.facebook.com/note.php?note_id=192514860786790). Sebenarnya saya telah lama terniat untuk berkongsi maklumat mengenai Bilik Seni Visual. Telah lama jua saya menyatakan bahawa kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Kebetulan sejak 1992 lagi saya telah memegang jawatan pensyarah, dan berkesempatan melawat banyak sekolah untuk menyelia praktikum. Dari situlah saya dapat melihat sendiri bilik-bilik seni sekolah-sekolah yang saya menyelia.

Masih saya ingat pad tahun 2001 saya bersama Balai Seni Lukis Negara menganjurkan pertandingan Studio Seni Visual di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tujuan pertandingan itu tidak lain sabagai pengalak dan memberi motivasi kepada pihak pentadbir sekolah agar mendapat perhatian sewajarnya blik seni di sekolah. Malangnya pertandingan tersebuat tdak dapat diteruskan lagi.

Daripada pengamatan saya, mana-mana guru PSV yang 'bagus' kebiasaannya bilik/studio Seni Visualnya juga menarik (Belum ada kajian). Titik tolak kepada pengajaran yang sempurna dalam bidang Pendidikan Seni Visual ialah lokasi tempat belajar, Nah... mana lagi kalau tidak dibilik Khas iaitu Bilik/Studio PSV.

Kepada Guru-guru PSV, terutama guru panatia/kanan perlu bersiap untuk mewujudkan bilik seni yang standard. Maksud saya standard ialah mempunyai fasiliti yang lengkap dan menarik. Ahmad Fauzi telahpun menyenaraikan aspek-aspek bilik/studio seni yang baik. Di sini biarlah saya memberi kategori yang perlu ada dalam Bilik/Studio PSV yang menarik untuk P&P PSV:

  1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
  2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Kalau boleh jangan guna kerusi plastik, yang baik guna kerusi katu yang tidak bersandar.
  3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,
  4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
  5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.
  6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.
  7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
  8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Pengurusan stor perlu dibincangkan stu topik khas)
  9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
  10. Papan Maklumat - iaiatu Notis Board dan maklum,at notis semasa
  11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat guru PSV. kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi Pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di sini. Apapun bergantung kepada guru PSV untuk mencorakkan suasana P&P PSV di sekolahnya. Bersama ini saya berkongsi gambar-gambar disebuah sekolah yang telah berjaya mewujudkan Bilik Seni dan Galeri seni Visual tersendiri. Tahniah kepad guru-guru berkenaan yang berjaya meyakinkan pihak pengurusan sekolah hingga PSV menjadi keutamaan di sekolah berkenaan. Sekolah tersebut ialah SMK Tinggi Perempuan Melaka.

2 comments: