Monday, February 8, 2010

STPM Seni Visual Kertas 3: Soalan No 2





Kali ini saya membincangkan kertas 3 soalan no 2. Soalan No 2 juga merupakan soalan pengkaryaan. Tema yang dikemukan agak ‘abstrak’ iaitu kesantunan. Berdasarkan difinisi dalam kamus DBP edisi 4, maksud kesantunan ialah:


‘perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;’


Penghasilan karya dalam soalan ini terkongkong dengan menggunakan teknik batik atau tenunan. Namun harus dingatkan kepada calon bahawa soalan ini adalah soalan pengkaryaan bukan kraf. Jangan ada calon menghasilkan soalan ini dalam bentuk kraf batik atau tenunan. Berdasarkan soalan calon perlu menghasilkan sebuah karya seni halus samada catan, cetakan atau arca dengan menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.


Kehendak soalan ialah:


1. Menghasilkan karya 2 D atau 3 D – Dalam bentuk karya seni halus (bukan kraf)


2. Bertemakan kesantunan


3. Menggunakan gabungan beberapa rekaan sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan



Suka saya nak ingatkan kepada guru pembimbing dan calon perkara yang perlu dihasilkan ialah samada:


· Catan


· Cetakan atau


· Arca


Namun demikian, teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya ialah menggunakan teknik batik atau tenunan (lihat contok karya diatas). Kalau menggunakan teknik batik, calon bolehlah gunakan teknik canting, terap, ikat dan celup dan lain-lain teknik.


Paling penting prosesnya seperti rajah dibawah:





1 comment:

  1. sy pelajar psv yg akan ambil kertas 3. sy ingin betanya, bagaimanakah membuat kesantunan ini? adakah buat separti catan?

    ReplyDelete