Thursday, February 18, 2010

STPM Seni Visual kertas 3: Soalan No. 3





(Ilustrasi di atas adalah contoh-contoh reka bentuk identiti korporat)

Soalan nombor 3 merupakan soalan reka bentuk grafik yang memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk identiti korporat. Beberapa kemahiran penting dalam penghasilan reka bentuk grafik:

1. kemahiran menggunakan alat grafik secara manual

2. kemahiran menggunakan komputer dengan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator atau Corel Draw.

3. Kemahiran membuat persembahan karya.

Kemahiran-kemahiran ini penting agar standard karya calon setanding dengan persembahan sebuah karya reka bentuk grafik. Paling penting dalam persembahan akhir dalam reka bentuk grafik ialah kemas, bersih dan tidak kotor.

Soalan yang dikemukakan:
Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan, hasilkan juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat, sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.

Berdasarkan soalan keperluan calon membuat kajian dalam reka bentuk ialah:
1. Logo sebuah bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf tangan tempatan,
2. Set identiti korporat yang merangkum kepala surat, sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat.


Menurut dalam kamus WIKIPEDIA mengenai indentiti korporat ialah:

In marketing, a corporate identity is the "persona" of a corporation which is designed to accord with and facilitate the attainment of business objectives. It is usually visibly manifested by way of branding and the use of trademarks.[1]

Corporate identity comes into being when there is a common ownership of an organisational philosophy that is manifest in a distinct corporate culture — the corporate personality. At its most profound, the public feel that they have ownership of the philosophy.[2]

In general, this amounts to a corporate title, logo (logotype and/or logogram), and supporting devices commonly assembled within a set of guidelines. These guidelines govern how the identity is applied and confirm approved colour palettes, typefaces, page layouts and other such methods of maintaining visual continuity and brand recognition across all physical manifestations of the brand. These guidelines are usually formulated into a package of tools called corporate identity manuals.

Many companies, such as McDonald's and Electronic Arts, have their own identity that runs through all of their products and merchandise. The trademark "M" logo and the yellow and red appears consistently throughout the McDonald's packaging and advertisements. Many companies pay large amounts of money for an identity that is extremely distinguishable, so it can appeal more to its targeted audience.

Dalam penyataan Wikipedia itu jelas menunjukkan keperluan sesuatu reka bentuk korporat itu direka. Paling penting ialah keperluan sesebuah syarikat perniagaan dari segi perniagaan, mempunyai falsafah dan budaya tersendiri dalam syarikat itu. Segala reka bentuk dibuat adalah mempunyai makna dan falsafah tersendiri, misalnya dari segi warna, tipografi dan imej yang dikemukakan.

2 comments:

  1. ADA LAGI LUKISAN TENTANG LUKISAN PERSEMBAHAN LOGO DALAM SITUASI SEBENAR? BOLEH HANTAR KEPADA E-MAIL SAYA DENGAN SEGERA? ROLANDTEO92@HOTMAIL.COM
    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  2. cikgu saya maafkan saya tapi saya agak runsing.

    Saya mengambil STPM Seni Visual persendirian tahun ini dan dilemma yang dihadapi saya adalah bagaimana hendak membuat Kertas 4 SEni Visual STPM.

    Banyak cikgu terangkan mengenai Kertas 3 dan saya langsung tidak tahu kaedah menjawab kertas 3 dan cara untuk skor markah dalam kertas ini.

    1) siapakah pula pihak yang menanda kertas ini?

    2) Kertas ini lebih kepada penulisan portfolio atau lukisan.. jika kombinasi mustahil ia boleh disiapkan dalam 2 jam?

    justeru diharap cikgu boleh mennerangkan dilemma yang dialami saya ini..

    Azim

    sensei_mataisu@yahoo.com
    terima kasih

    ReplyDelete