Friday, June 4, 2010

Industri Kreatif, apa sebenarnya?


Pada 4 Jun 2010 saya hadir dalam suatu perjumpaan pertama kali dalam fakulti baru yang dinamakan FAKULTI SENI, PERKOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF. sebenarnya fakulti ini ditubuhkan pada 1 Jun 2010 setelah penstrukturan semula Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim. Perak.

Dalam perjumpaan tersebut Dato Prof Ahmad Haji Zainuddin selaku dekan pertama fakulti memberi taklimat dan hala tuju fakulti. Banyak perkara-perkara baru disentuh dan banyak maklumat terkini yang diberi imput. Rata-rata pensyarah mendengar dengan teliti dan menyambut baik beberapa harapan yang dilemparkan. Pada saya inilah sebenarnya Dekan Fakulti. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas terhadap Fakulti yang 'dijaga' dan seorang yang banyak terlibat dalam industri kreatif. Beberapa perkara yang sangat menarik diperkatakan ialah ' Centres of Excellance', 'Committe on future knowledge', 'Indigenous knowledge', ' Faculty and the Community', 'networking', 'global networking',' collaborating'. Paling penting dalam ucapannya ialah beliau mahukan fakulti sukses dengan nilai-nilai global dan mempunyai daya saing seperti dalam teksnya berbunyi..."To sustain faculty's excellence and to show evidence of success, we need to win awards and other form of recognition."

Dalam banyak hal tentang fakulti ini saya tertarik dengan nama 'Industri Kreatif'. Kalau ditinjau dalam isu semasa dinegara ini, timbulnya Industri kreatif adalah berasakan betapa pentingnya dunia kreatif dalam penguasan dunia perniagaan kini. Hinggakan Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bermula tahun 2009 adalah tahun Kreatif dan Inovatif. Serentak dengan itu pada 23 Okt 2009 Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Bajet negara dengan memperuntukkan RM 200 juta bagi menjana Industri Kreatif. Bertolak dari situ beberapa Universiti dan Kolej tempatan tiba-tiba saja telah menubuhkan Fakulti dan Jabatan Industri Kreatif.

Satu persoalan... Apa yang nak diajar dalam jabatan atau fakulti Industri kreatif ini?. Animasi?, Filem?, Multimedia?, Reka bentuk Grafik?........ sebenarnya semuanya telahpun sedia ada dalam program selama ini. Namun demikian, kebanyakannya ramai yang beraggapan itulah Industri Kreatif... teknologi digital, animasi, perfileman, multimedia dan new media. Pandangan ini suatu tangkapan yang silap!.

Sebenarnya dari segi sejarah Industri Kreatif telah mula diperkatkan sejak tahun 1997 oleh Parti Buruh British di England. Istilah ini pertama kali digunakan dalam analisis yang ditimbulkan oleh Jabatan Kebudayaan, Media dan Olahraga parti itui dalam membentangkan impak ekonomi British yang berjaya melalui Industri ini. Kejayaan industri ini menampakkan suatu perubahan dalam ekonomi dunia kini, justru Industri ini akan memberi kesan ekonomi terhadap sesebuah negara. Kesan ini telah dilihat oleh dunia bahawa zaman masa kini adalah zaman kreatif dan inovatif telah bermula.

Mengikut UK DCMS Task force dalam tahun 1998 mendefinisikan Industri Kreatif : “Creatives Industries as those industries which have their origin in individual creativity, skill & talent, and which have a potential for wealth and job creation through the generation and exploitation of intellectual property and content”.

Secara umumnya Indrustri Kreatif adalah berasaskan kepada ketrampilan, kemahiran, bakat dan potensi individu bagi melahirkan suatu ciptaan atau produk yang baru untuk keperluan manusia dan penghasilan itu boleh dijadikan sumber ekonomi atau perniagaan. Oleh yang demikian apapun bidang yang terlibat dalam penciptaan kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu produk untuk perniagaan akan terlibat sebagai INDUSTRI KREATIF. Di sini saya senaraikan bentuk Industri kreatif berdasarkan pinjaman yang diberi dari dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia melalui bank tempatan, antaranya ialah:

1. Audio Visual & New Media

a. Animasi

b. Interaktif

c. ‘Mobile’

d. Kandungan Internet

e. On-line Publishing/ Multimedia Exhibits

f. Penerbitan Filem

g. Penerbitan TV

h. Muzik

2. Rekaaan

a. Perkaan Produk

b. Fesyen

c. Aksesori

d. Seni Reka/Seni Bina

3. Seni & Kraf

a. Seni Persembahan

b. Galeri Seni/ Muzium

c. Kraftangan

d. Seni Arca

e. Arkib

f. Warisan/ Antikuiti

g. Seni Tradisional

4. Media cetak

a. Penerbitan

b. Penulisan

2 comments:

  1. salam
    Tuan saya ingin bertanya tentang seni fotografi adalah ia termasuk dalam salah satu cabang industri kreatif berdasarkan kriteria yang tuan sebutkan dalam artikel ai atas

    ReplyDelete
  2. jawapan saya mrenurut penulis di ats adalah ya...semua perkara dan kerja yg berbentuk visual sama ada bercetak atau berupa digital adalah trgolong dlm industri kreatif....

    ReplyDelete