Tuesday, June 8, 2010

Reka bentuk Automobil TEKSI masa depan






Pelbagai reka bentuk dihasilkan oleh pereka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Di New York sebuah syarikat UniCab telah membentangkan proposal reka bentuk untuk sebuah teksi yang ‘eco-friendly direka untuk bandar New York. Reka bentuk ini adalah memenuhi keperluan sebuah kereta penumpang masa depan dengan memenuhi keperluan semasa. Ciri-ciri reka bentuk seperti sebuah powertrain elektrik, kabin yang luas dengan kapasiti tempat duduk untuk empat orang dan sistem 'infotainment' yang menampilkan maklumat perjalanan dan pelancongan. Memenuhi keperluan digital dan ICT.

Reka bentukl ini disokong oleh sebuah sistem penggerak sepenuhnya dengan empat motor elektrik di roda, yang membolehkan penggunaan secara elektronik. Hal ini disokong oleh sebuah sistem penggerak penuh dengan empat motor elektrik di roda.

Bateri boleh dicas semula dengan mudah melalui infrastruktur yang disebuat sebagai "Boomerang Hub Recharging Stations", (Tempat cas bateri) terletak di kedudukan strategik di seluruh Bandar New York. Taksi itu boleh mengangkut empat penumpang dan pintu geser lebar serta jalan automatik untuk 'wheel-chairs' (Pelanggan OKU). Disamping itu ciri-ciri dalaman yang boleh berfugsi sebagai hiburan melalui 'onboard' yang memaparkan perjalanan sistem maklumat serta maklumat pelancongan.

Di antara ciri-ciri tehnikal adalah sistem penghawa disesuaikan & suspensi hidrolik, yang ditujukan untuk pengurangan bahagian yang bergerak untuk meningkatkan kehandalan dan mengurangkan penyelenggaraan.

No comments:

Post a Comment