Tuesday, February 23, 2010

Taklimat Seni Visual Kertas 3 STPM Peringkat Negeri Perak 2010






23 Februari 2010, Jabatan Pendidikan Negeri Perak berjaya mengadakan taklimat kertas 3 Seni Visual STPM kepada 23 orang guru-guru Seni Visual seluruh negeri Perak. Taklimat tersebut berlangsung dibilik mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Perkara penting dalam sesi taklimat dan ceramah saya ialah guru-guru banyak bertanya permasalahan soalan nombor 2 dan 3. Perjumpaan saya dengan guru-guru seni visual banyak memberi pengalaman yang menarik, terutama saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengendalikan projek dengan pelajar mereka. Perkongsian maklumat dengan guru-guru secara tidak formal memberi suatu kesedaran terhadap permasalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil kertas 3.

Dalam senario kekurang budget kini, JPN perak dapat juga mengadakan taklimat yang sangat penting untuk guru-guru seni visual tingkatan 6. Tahniah buat En. Shamsul (Pegawai JPN) kerana berjaya mengadakan program taklimat ini.

2 comments:

  1. kenapa saya tak dipanggil...sekolah saya ada calun yang mengambil subjek ni...Ini dah kali kedua terjadi..
    Roslaini mohd saad, smk raja chulan, ipoh

    ReplyDelete
  2. Cikgu kena rujuk kepada JPN negeri En. Shamsul Kamal. Saya hanya dijemput sahaja.

    ReplyDelete