Thursday, February 25, 2010

Kehebatan Seni Visual Dalam Filem Avatar





Masuk tahun 2010 merupakan suatu transaksi baru dalam dunia perfileman apabila filem AVATAR menjadi fokus utama dalam kritikan media-media seluruh dunia. Saya sempat menyaksikan preview filem tersebut malaui rangkain Astro. Apa yang menarik ialah apabila wartawan bertemuramah dengan pengarah dan penulis skrip filem tersebut James Cameron. Dalam temubual tersebut wartawan tersebut bertanyakan apakah aspek utama sebelum memulakan pembikinan filem tersebut?, beliau terus menyatakan mulanya apabila beliau ingin memulakan filem tersebut beliau akan mencari pelukis-pelukis yang handal untuk melukis watak dan latar.

Kenyataan Cameron jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya pereka dan pelukis dalam sesebuah filem, lebih-lebih lagi sebuah filem fiksyen seperti Avatar. Malah kejayaan filem ini juga banyak bergantung kepada kehebatan penciptaan watak Avatar dan suasana persekitaran alam sekitar yang diilhamkan oleh pelukis.

Perkahwinan antara teknologi dan seni visual membuahkan sebuah penciptaan filem yang sungguh mengkagumkan melalui penjanaan komputer CGI. Dipinjamkan komen Ku Seman ku Husein dalam Utusan Malaysia, Avatar memperlihatkan Cameron seorang yang imaginatif, tentu saja ini tidak mampu dizahirkan sekiranya tidak ada teknologi yang boleh mencipta visual tanpa melakukan penggambaran secara tradisional. Avatar tercipta apabila seorang karyawan yang imaginatif memiliki alat yakni teknologi untuk menzahirkan imaginasinya.

Menyaksikan filem Avatar saya merasakan betapa seni visual menjadikan kita berada dalam sebuah alam lain. Imaginasi Cameran bersama pelukis-pelukis membuahkan sebuah filem yang menjadikan dunia teknologi filem kini memerlukan komitmen para pengkarya pelukis dan pereka yang mempunyai ilmu dan teknologi yang tinggi.

Kepada pelajar-pelajar yang telibat dalam Seni Visual, saya merasakan filem ini merangsang kepada kita bahawa pasaran bidang seni visual didunia kini semakin diperlukan, tidak kiralah bidang seni halus, komunikasi visual dan lain-lain.

2 comments:

  1. Sememangnya filem sebagai alat teknologi digital tidak henti-henti memperjuangkan kemanusiaan. Pelajar tingkatan 6 boleh kaji filem-filem begini.

    ReplyDelete
  2. Peluang bagi pelajar yang mengambil jurusan Seni Visual amat luas, terutama dalam bidang media elektronik seperti perfileman. Paling penting kemahiran dalam 'design' dan teknologi disamping mempunyai daya kreativiti.

    ReplyDelete