Wednesday, March 24, 2010

Bicara Seni 5 April 2010 - Pentaksiran Seni Visual STPM

Sempena Pameran Seni Visual STPM yang berlangsung di Galeri UPSI yang bermula pada 1 April 2010, saya ditugaskan untuk memberi ceramah untuk calon STPM dengan tajuk Pentaksiran Seni Visual STPM.
Sinopsi tajuk yang akan saya bentangkan:

1. Format pentaksiran kertas 1, 2 dan 3 dalam Seni Visual STPM.
2. Bagaimana untuk mendapat markah yang baik untuk menjawab kertas 1 - penghuraian bagaimana format yang baik untuk menjawab dan apakah faktor permarkahan setiap soalan.
3. Teknik-teknik untuk mendapat markah yang baik dalam kertas 2. Calon akan didedahkan apakah aspek pemarkahan dalam kertas 2.
4. Aspek penting untuk mendapat markah yang baik kertas kerja kursus. (mengikut soalan tahun ini)
5. Bagaimana untuk mendapatkan markah yang baik untuk portfolio kertas 3.

Diharapkan perbentangan ini membantu calon STPM.

1 comment:

  1. salam en hassan.....

    harap en. hassan boleh upload bahan ceramah dalam blog ini agar kami di sarawak dan sabah sama2 boleh menimba sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang pentaksiran seni visual ini STPM ini...

    ReplyDelete