Sebenarnya bukan persoalan itu yang saya nak sentuhkan di sini. Persoalan yang lebih penting dan paling penting bagi kita yang 'bergelumang' dengan Pendidikan Seni Visual ialah bahan-bahan rujukan Pendidikan Seni Visual terutama buku-buku yang diedarkan di sekolah-sekolah. Saya tersentuh apabila guru pelatih mengajar Mikro dan Makro tersilap fakta dalam pengajaran mereka kerana membuat rujukan buku-buku yang telah diterbitkan dan menjadi buku rujukan disekolah mereka.
Pada masa kini terdapat banyak penerbit-penerbit dan penulis yang membuat buku Pendidikan Seni Visual. Kebanyakan buku-buku ini tidak ada kawalan dari segi kandungan, mutu dan standard imej dan bahasa. Bagi guru-guru PSV, buku-buku adalah dapat membantu pengajaran mereka dalam bidang ini, tambahan pula bagi guru yang bukan opsyen PSV.
Buku-buku yang ada dalam pasaran kebanyak mengambil bahan dari buku-buku Pendidikan seni Visual yang ada dalam pasaran dan mereka hanya mengubah suai dari segi ayat dan gambar sahaja. Penulis buku-buku berkenaan tidakpun merujuk kurikulum dan Huraian Kurikulum yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurukulum (PPK). Ini yang malang sekali. Saya telah meneliti beberapa buku yang mempunyai kesalahan besar dalam menyempurnakan isi kandungan kurikulum dan P&P Pendidiakan Seni Visual:
1. Kandungan Buku tidak menepati kurikulum tingkatan 1 hingga 5.
2. Tidak mengikut Huraian sukatan (Diluar kulit meyatakan mengikut huraian sukatan)
3. Aras soalan tidak betul (misalnya soalan yang dikemukkan menyatakan aras aplikasi tapi soalan yang dinyatakan aras pengetahuan)
4. Kandungan (contents) yang tidak betul, paling banyak salah ialah bidang grafik.
5. Gambar dan imej tidak menepati kehendak seni visual.
6. Terdapat buku yang hanya mementingkan pepereksaan semata-mata.
Saya berharap dapat komen dari guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam hal ini.
sy bersetuju dgn en.hassan.namun yg demikian, sy mndpti amat susah untuk mendapatkan bahan rujukan yg menepati ciri-ciri yg telah dinyatakan oleh en.hassan.kebanyakan bhn rujukan hanyalah berpaksikan perniagaan semata-mata.hinggakan kami sbg guru baru yg memperjuangkan pendidikan seni di mrsm berpeluang mengetahui selanjutnya mengenai seni hanyalah dari en.hassan sendiri.sy amatlah berharap agar en.hassan dpt menerbitkan buku pendidikan seni visual yg lengkap dan sebetulnya utk sy & rakan-rakan yg lain.tidaklah hanya dgn menciplak idea,menerbit & mengaut untung utk mengelirukan kami spt yg dilakukan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. - irwan rashdy rashid, mrsm muadzam shah, pahang.
ReplyDeleteSemasa saya terlibat dalam menggubal soalan untuk Pendidikan Seni Visual SPM, buku-buku En. Hassan diterimapakai sebagai bahan rujukan. Apa salahnya jika buku tersebut dijadikan teks untuk sekolah? Kenapa PJK ada buku teks, tetapi PSV tidak? Buku teks dapat mengawal Sukatan Pelajaran yang diajar di sekolah. Lagipun, ada peperiksaan teori. En. Hassan, jadi senator dan perjuangkan PSV macam Jins Shamsudin.
ReplyDeleteSaya bersetuju juga dengan pendapat bahawa buku teks PSV yang berada di pasaran kebanyakkannya copy & paste dari sumber rujukan yang ada pada buku teks PSV yang lain tanpa merujuk sukatan kurikulum pelajaran PSV dari PPK. Sangat menyedihkan dan mereka hanya memikirkan keuntungan dari hasil penjualan ilmu mereka yang tidak ikhlas. Dah la maklumat kadang2 salah, malah ada illustrasi nya yang tidak berkualiti dan salah!!
ReplyDeleteSaya harap pihak kementerian pelajaran dan pihak UPSI sebagai universiti yang byk melahirkan cikgu PSV yang berkualiti dapat memperjuangkan kebenaran dan mengawal kegiatan-kegiatan pengeluaran buku teks PSV yang tidak menepati sukatan kurikulum PSV.
Saya sbg guru di MRSM berusaha menggalas tanggungjawab dan sentiasa memastikan anak2 murid saya mendapat ilmu PSV dengan betul disamping mengubah persepsi mereka terhadap matapelajaran ini. - azham, mrsm kuala terengganu.
Saya setuju...buku teks untuk mata pelajaran PSV bagi setiap tingkatan wajib ada. Pada pendapat saya, asas-asas seni reka wajib diketahui oleh semua pelajar tingkatan 1 hingga 3, hal ini kerana apabila mereka berada di tingkatan 4 dan mengambil pula mata pelajaran PSV sebagai mata pelajaran elektif secara tidak langsung mereka sudah ada basic yang penting ini. Kesimpulannya, buku teks PSV seharusnya ada, guru pula tidak perlu lagi berharap kepada buku rujukan di pasaran semata-mata, terutamanya guru yang bukan opsyen. Saya berharap pihak berkenaan mengambil tindakan selanjutnya. - cikgu Seni-
ReplyDeleteterima kasih saya ucapkan kepada en. hassan kerana mengajar saya dan guru-guru MRSM DPLI MARA-UPSI 2008-2009..Saya berpendapat buku teks PSV sangat perlu kepada guru dan para pelajar terutamanya pelajar yang mengambil peperiksaan SPM kerana mereka sering keliru dengan buku rujukan di pasaran. Di harap pihak kementerian pendidikan pelajaran mengambil berat tentang hal ini.
ReplyDeleteNor Azlin MRSM Pasir Salak