Sunday, November 1, 2009

Mengingati Mansor Ghazalli- Pelukis Cat Air yang Istikhomah





Tiba-tiba sahaja saya teringat kepada Allahyarham Mansor Ghazalli sebaik saja saya berbincang dengan sahabat saya untuk menghadiri pameran Raja Shahriman. Semasa hayat beliau, saya sempat beberapa kali berbual dengan Allahyarham dan bertanyakan tentang cat air dan sering saya menyatakan bahawa nama ayah allahyarham sama dengan ayah saya dan tempat lahirnya juga sama di Kuala Kangsar. Dia suka bila saya menyatakan saya juga orang Kuala. Allahyarham seorang yang lembut dan peramah apabila kita berbual dengannya.

Dalam blog saya ini suka saya mengibas sedikit kehebatan beliau sebagai seorang pelukis cat air. Allahyarham bukan lah seorang pelukis terkenal seperti seangkatan pelukis Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussin dan lain-lain. Namun kehadiran beliau sebagai pelukis cat air yang istikomah cukup membuat saya kagum dengan beliau . Suka saya lakarkan sejarah awal beliau;

Allahyarham Mansor Ghazalli dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Allahyarham terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962. Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pemeran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau menetap di Johor hinggalah sebelum penghujung hayatnya beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama anaknya.

Allahyarham pernah mendapat berberapa anugerah sepanjang penglibat dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000.

Beberapa pendapat menyatakan Allahyarham adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.

Pada 11 Jun 2009 di bawah RA Fine Art Gallery beliau membuat pameran solo pertama. Namun sehari sebelum pameran bermula beliau dijemput Allah (meninggal dunia). Pada mulanya pihak pengurusan RA Fine Art Gallery mahu menangguhkan pameran tersebut, namun anaknya mahu meneruskan atas dasar cita-cita ayahnya semasa hidup.


4 comments:

  1. Wah blog bapak paling cantik dan mengesankan.Itulah hebatnya orang seni dan pakar komputer. Mengenai Almarhum Mansor Ghazali ini, saya teringat Prof Zakaria Ali yang telah diundang untuk merasmikan pameran ini. Beliau pernah memberitahu saya beberapa bulan sebelum kepulangan almarhum. Dan berita kepulangan almarhum diberitahu olehnya melalui SMS. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.AMIN

    ReplyDelete
  2. Thanks, semoga roh Allahwayham dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang yang solehin

    ReplyDelete
  3. Salam, saya berpeluang berjumpa Allahyarham sekali sahaja. Arwah seorang yg menyenangkan. Stail catan beliau adalah stail tersendiri..Saya jadikan beliau idola saya..AlFatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  4. Boleh saya dapatkan komen tentang mana mana karya beliau ? Sedikit ulasan tentangnya.

    ReplyDelete