Pelukis Lam Yong terkenal dengan panggilan 'Kampung Boy' kerana tema dan persoalan yang dikemukan adalah imej-imej kampung dan persoalan kehidupan diluar Bandar yang sederhana. Itulah kelebihan Yong yang berumur 47 tahun anak kelahiran Klang Selangor yang sungguh minat melukis cat air bertemakan kehidupan kampung. Beliau berjaya menghasilkan pameran di Galeri Seni Mutiara. Sebanyak 35 karya cat air yang bertamakan keindahan dan keindahan kehidupan masyarakat Malaysia.
Bagi Yong, beliau masih berpengang kepada kehidupan sederhana dan sangat berminat melukis dalam aliran naturalis realis. Sesungguhnya dalam melukis menggunakan media cat air beliau mendapat kenikmatan kelembutan. Seperti kata beliau dalam pameran solo di Pulau Pinang; "Bagi saya, lukisan perahu seperti lukisan orang. Masing-masing mempunyai watak dan perasaan. Setelah seharian bekerja, mereka boleh dilihat 'berehat' di dermaga - gambar yang saya temukan yang boleh santai dan tenang”.
Kali ini karya beliau memperlihatkan suasana lorong George Town's yang bersejarah Carnarvon Street dan Ipoh's Selir Lane (sekarang dikenali sebagai Lorong Panglima) dan gambaran penjual akhbar cara tradisional dan kedai-kedai majalah Jalan Petaling di Kuala Kumpur dan adegan-adegan aktif daripada masyarakat pinggir laut. Yong berjaya menangkap secara detil imej dengan hati-hati dalam calitan cat air.
Bagi Yong beliau melihat keindahan suasana itu dalam bentul ‘lama’ katanya.
"Saya ingin menangkap keindahan alam hal-hal lama ini sebelum mereka meninggalkan kita selamanya di belakang kemajuan.
"Melalui lukisan, saya berharap untuk 'mendokumentasikan' imej ini untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Salah satu cara merakam dan mendokumentasikan pengalaman dan kehidupan lampau selalunya melalui rakaman foto. Tetapi bagi artis seperti Yong cat air adalah paling mengesankan, apatah lagi minat dan kecenderungannya ke arah realis- jawapan paling sahih untuk mendapatkan kesan-kesan lampau
ReplyDeleteassalamualaikum sahabat
ReplyDeletelama tak bertemu dan syukurlah setidak-tidaknya di blog ini kita masih mampu berbicara,
tahniah di atas blog seni visual yang banyak membicarakan pengucapan seni tanahair. ia bermakna sekali bagi sesiapa yang mendalami bidang seni terutama pelajar di sekolah.
teruskan kerja mulia ini.
apapun salam saya terhadap ibu kandung
nostalgia silam sukar dinipiskan.
jika berwaktu datanglah ke padang datar
Walaikummussalam... sahabat lama arazmi,
ReplyDeleteYa, lama kita tak berjumpa. Bila saudara masuk komen blog ini terus sahaja saya teringat kenangan di ibu kandung semasa zaman maktab dulu, kita aktif berteater. Terima kasih suadara Arzami mengunjungi blog ini.... dan kita terus berhubung dari masa ke samasa...
assalamualaikum
ReplyDeletesaya sedang mengumpul pandangan berkaitan
guru sebagai aktor
pohon reaksi di padang datar
terima kasih