Wednesday, November 11, 2009

KARYA CETAKAN MEMPUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI




Pada tanggal 29 Okt 2009 yang lepas saya sempat menghadiri perasmian pameran 'Print show' di Geleri Thereesixty di The Waterfront @ Park City di Desa Pak City Kuala Lumpur. Pemeran cetakan ini berlangsung hingga 11 November 2009.

Pemeran ini adalah dari kumpulan pelukis muda dari lepasan UiTM yang mempunyai inisiatif sendiri mengadakan pameran cetakan. Apa yang menarik ialah semangat dan kesungguhan mereka mengadakan sebuah pameran cetakan yang jarang sekali diadakan di negara ini.

Cetakan merupakan medium seni halus yang memerlukan pengetahuan khusus dari segi alat dan bahan disamping kemahiran. Keunikan cetakan adalah hasil dari inovasi pengkarya yang menampilkan kesan berbeza di atas dipermukaan karya. Tidak ramai pengkarya seni halus menghasilkan media cetakan sebagai penampilan dalam bentuk karya. Oleh itu saya terpanggil kepameran ini kerana mahu melihat kesan inovasi cetakan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda.

Karya-karya yang dipamerkan menggunakan teknik cetakan relif, 'integelio', cetakan skrin dan 'mono print'. pelukis Nadya Ahmad Kamal menampakan kemahiran dalam proses cetakan 'etching', di mana menampilkan tiga buah karya. Karyanya bertajuk Telinga Karipap mempunyai mana tersirat dengan menampilkan wajah seorang wanita remaja dengan memek muka terkejut dan telinganya adalah karipap. Nadya lebih cenderung mengaitkan situasi dalam dunia wanita. Kemahiran penggunaan etching yang tradisional memberi kesan menarik pada cetakannya.

Pelukis Nur Adibah Nadiah merupakan pelukis muda yang terus menggunakan cetakan relif kayu dan mengadunkan dengan bahan-bahan lain hingga teknik karyanya menjadi cetakan mono. Karya bertajuk ' Almost There..' menampakan kesan perasaan keremajaan gadis muda dalam dunia gubahan berkarya. Dengan menggunakan warna merah dan imej alam yang ceria memberi kesan kepada emosi khusus dari pengkarya.

Beberapa karya yang sangat berjaya, antaranya ialah pelukis Nasir Che Din yang jelas menggunakan cetakan kayu dengan inovasi montaj memberi kesan yang sungguh menarik. antara karya beliau ialah Simponi Alam, Taman Senja dan keindahan Alam.

Sebenarnya dunia cetakan mempunyai suatu identiti tersendiri dalam gubahan. Keunikan dari segi penampilan dan teknik menentukan suatu kelainan dalam pengkaryaan.

6 comments:

  1. karya seni cetak di Malaysia nampaknya kurang mendapat tempat berbanding karya cat minyak dan cat air. Ada sesuatu yang tidak kena dalam pemberatan kurikulum seni di institusi pengajian tinggi atau pun minat pelajar ke arah itu masih kurang atau pun penghargaan terhadap karya seni ini masih di takuk lama.

    ReplyDelete
  2. Ya, mungkin juga. tapi sebenarnya seni cetak memerlukan kemahiran khusus dan memerlukan set peralatan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum..
    Saya nak buat assignment tentang tokoh cetakan tempatan tapi tak jumpa pula. Boleh bantu saya...

    ReplyDelete
  4. Apakah keunikan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?

    ReplyDelete