Wednesday, June 17, 2009

PRAKTIKUM -LATIHAN MENGAJAR

Bagi yang telah menjadi pelajar di Universiti atau di IPG dalam bidang pengajian pendidikan tidak boleh tidak akan terlibat secara langsung untuk menjalani latihan mengajar atau di UPSI dikenali sebagai 'Praktikum'. Saya sebagai penyelaras praktikum di Fakulti rasa bertanggungjawab memastikan pelatih yang menjalani praktikum berjalan dengan baik. Isu-isu yang teerlibat dalam praktikum ialah penempatan (sekolah) dan penyelia (pensyarah dan guru pembimbing). Namun, paling penting sekali ialah pelatih yang menjalani praktikum akan mengalami beberapa persoalan antaranya: 

1. Kesediaan guru pelatih dari segi fizikal dan mental untuk menjadi guru di sekolah
2. Kebolehan penyampaian ilmu yang dipelajari sepanjang belajar di Universiti atau IPG
3. Kesediaan menerima budaya sekolah yang akan ditempuhi
4. Boleh mempelajari perkara baru dalam kerjaya seorang guru
5. Keterampilan sebagai guru - disiplin dan budaya guru.

Saya sebagai pengajar akan menumpukan perhatian kepada kebolehan pelatih dari aspek persediaan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah (kalau guru seni dalam studio PSV).
Tiga perkara elemen asas perlu dibuat sebelum menjalani pengajaran:
1. Perancangan pengajaran
2. Perancangan penyampaian
3. Perancangan penilaian.

Perancangan Pengajaran melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa pengajaran, termasuklah Objektif, Langkah-langkah dan strategi. Melibatkan kurikulum PSV, Huraian Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN.

Perangan Penyampaian melibatkan kaedah penyampaian, penentuan strategi P & P, Penentuan Masa, Pemeringkatan Isi kandungan, Pemilihan Sumber dan Pengelolaan Bilik PSV.

Penilaian melibat pengelolaan penilaian semasa pengajaran seperi soal jawab guru murid, kuiz atau penilaian beertulis.

bersambung.... (anda yang baca sila membuat komen dan cadangan)

3 comments:

  1. Hello En. Hassan, sy andy merupakan bekas pelajar FSM upsi 2004/2008 dan posting di smk balai ringin, serian Sarawak..sya menghadapi masalah dengan pelajar yang malas membawa kertas lukisan terutamanya tingkatan 2. kadang sampai sy terpaksa memaksa pelajar untuk membeli dari sy. adakah tindakan sy ni keterlaluan atau sebaliknya?

    ReplyDelete
  2. Hello Sy Andy. Perkara begini biasa berlaku di sekolah harian. PSV di rasakan tidak penting. satu cara yang baik ialah gunakan wang peruntukan PSV dan beli kertas lukisan untuk stok bilik seni dan beri pada murid. Cara cikgu memaksa pelajar membeli juga satu cara yang baik namun takut ada yang membuat aduan... tetapi yang penting belajar dapat mengikuti pembelajaran cikgu... tahniah.. cikgu ikhlas menjalankan sebagi guru PSV.. Moga cikgu terus bersemangat mengajar....

    ReplyDelete
  3. Bagus penerangannya San, sangat berguna kepada pelajar yang menjalani praktikum

    ReplyDelete