Tuesday, November 17, 2009

Imej Malaysia dalam karya cat air Yong


Pelukis Lam Yong terkenal dengan panggilan 'Kampung Boy' kerana tema dan persoalan yang dikemukan adalah imej-imej kampung dan persoalan kehidupan diluar Bandar yang sederhana. Itulah kelebihan Yong yang berumur 47 tahun anak kelahiran Klang Selangor yang sungguh minat melukis cat air bertemakan kehidupan kampung. Beliau berjaya menghasilkan pameran di Galeri Seni Mutiara. Sebanyak 35 karya cat air yang bertamakan keindahan dan keindahan kehidupan masyarakat Malaysia.

Bagi Yong, beliau masih berpengang kepada kehidupan sederhana dan sangat berminat melukis dalam aliran naturalis realis. Sesungguhnya dalam melukis menggunakan media cat air beliau mendapat kenikmatan kelembutan. Seperti kata beliau dalam pameran solo di Pulau Pinang; "Bagi saya, lukisan perahu seperti lukisan orang. Masing-masing mempunyai watak dan perasaan. Setelah seharian bekerja, mereka boleh dilihat 'berehat' di dermaga - gambar yang saya temukan yang boleh santai dan tenang”.

Kali ini karya beliau memperlihatkan suasana lorong George Town's yang bersejarah Carnarvon Street dan Ipoh's Selir Lane (sekarang dikenali sebagai Lorong Panglima) dan gambaran penjual akhbar cara tradisional dan kedai-kedai majalah Jalan Petaling di Kuala Kumpur dan adegan-adegan aktif daripada masyarakat pinggir laut. Yong berjaya menangkap secara detil imej dengan hati-hati dalam calitan cat air.

Bagi Yong beliau melihat keindahan suasana itu dalam bentul ‘lama’ katanya.

"Saya ingin menangkap keindahan alam hal-hal lama ini sebelum mereka meninggalkan kita selamanya di belakang kemajuan.

"Melalui lukisan, saya berharap untuk 'mendokumentasikan' imej ini untuk tatapan generasi akan datang," katanya.

Wednesday, November 11, 2009

KARYA CETAKAN MEMPUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI




Pada tanggal 29 Okt 2009 yang lepas saya sempat menghadiri perasmian pameran 'Print show' di Geleri Thereesixty di The Waterfront @ Park City di Desa Pak City Kuala Lumpur. Pemeran cetakan ini berlangsung hingga 11 November 2009.

Pemeran ini adalah dari kumpulan pelukis muda dari lepasan UiTM yang mempunyai inisiatif sendiri mengadakan pameran cetakan. Apa yang menarik ialah semangat dan kesungguhan mereka mengadakan sebuah pameran cetakan yang jarang sekali diadakan di negara ini.

Cetakan merupakan medium seni halus yang memerlukan pengetahuan khusus dari segi alat dan bahan disamping kemahiran. Keunikan cetakan adalah hasil dari inovasi pengkarya yang menampilkan kesan berbeza di atas dipermukaan karya. Tidak ramai pengkarya seni halus menghasilkan media cetakan sebagai penampilan dalam bentuk karya. Oleh itu saya terpanggil kepameran ini kerana mahu melihat kesan inovasi cetakan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda.

Karya-karya yang dipamerkan menggunakan teknik cetakan relif, 'integelio', cetakan skrin dan 'mono print'. pelukis Nadya Ahmad Kamal menampakan kemahiran dalam proses cetakan 'etching', di mana menampilkan tiga buah karya. Karyanya bertajuk Telinga Karipap mempunyai mana tersirat dengan menampilkan wajah seorang wanita remaja dengan memek muka terkejut dan telinganya adalah karipap. Nadya lebih cenderung mengaitkan situasi dalam dunia wanita. Kemahiran penggunaan etching yang tradisional memberi kesan menarik pada cetakannya.

Pelukis Nur Adibah Nadiah merupakan pelukis muda yang terus menggunakan cetakan relif kayu dan mengadunkan dengan bahan-bahan lain hingga teknik karyanya menjadi cetakan mono. Karya bertajuk ' Almost There..' menampakan kesan perasaan keremajaan gadis muda dalam dunia gubahan berkarya. Dengan menggunakan warna merah dan imej alam yang ceria memberi kesan kepada emosi khusus dari pengkarya.

Beberapa karya yang sangat berjaya, antaranya ialah pelukis Nasir Che Din yang jelas menggunakan cetakan kayu dengan inovasi montaj memberi kesan yang sungguh menarik. antara karya beliau ialah Simponi Alam, Taman Senja dan keindahan Alam.

Sebenarnya dunia cetakan mempunyai suatu identiti tersendiri dalam gubahan. Keunikan dari segi penampilan dan teknik menentukan suatu kelainan dalam pengkaryaan.

Wednesday, November 4, 2009

RHYTHM OF THE 21st CENTURY - MONOLOGUES OF RAJA SAHRIMAN






RENTAK ABAD KE-21 - MONOLOG-MONOLOG RAJA SHAHRIMAN itulah dalam Bahasa Melayu daripada Pameran seorang arcawan yang sekeras besi dalam dunia Seni Visual. Pada 3 November 2009 perasmian sebuah pameran solo ke-enam oleh Raja Shahriman. Beliau adalah seorang pengarca yang prolifik yang sentiasa komited dengan penggunaan bahan besi dengan idea-idea baru yang menyumbang kepada dunia seni visual kontemprori. Pameran sola kali ini dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia di Geleri Petronas.

Meneliti karya-karya beliau yang terbaharu mempunyai inovasi tersendiri. Bahan besi yang keras terlihat seumpama plastik yang lembut. Itu lah keistimewaan Raja Shahriam yang bijak menempa besi yang panas dengan membentuk alunan-alunan sebagai imej figuratif kepahlawan. Seperti disebut dalam pemplet dalam petikan kuritor tamu Tengku Elina menyatakan; 'Rhythm of 21st Century didasari konsep peperangan. Raja Shahriman mengungkap idea menggunakan kepingan frangmen peperangan seperti serpihan bom dan peluru untuk mereka arcanya. serpihan bom adalah simbol kemusnahan sementara peluru mewakili senjata pemusnah. Struktur elemen acra berdasarkan bentuk serpihan bom yang bersifat keras, tajam dan ganas. Namum karya dalam Rhythm of 21st Century sebenarnya bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya ia adalah tentang sebahagian daripada sifat kemanusiaan'.

Pada umumnya bentuk-bentuk arca yang dihasilkan oleh Raja Shariman memberi satu mesej kekuasaan, kewajaan, keangkuhan, kepahlawan dan kuasa. Apa yang saya perhatikan mesej Raja Shahriman adalah suatu kritikan sosial yang berani di mana situasi dunia dalam abad ke-21 memperlihatkan kuasa peperangan menjadi faktor penyelesaian masalah politik dunia. Bentuk bentuk figuratis yang digambarkan oleh Raja Shahriman memperlihatkan simbol keangkuhan, kegagahan dan kewiraan. Lambang peluru yang belit dibadan melambangkan kuasa senjata untuk menyelesaikan masalah antara manusia. Ini jelas digambarkan melalui arca instalasi dua figura berhadapan dengan serpihan bom.

Sungguh hebat bakat pada Raja Shahriman yang mempunyai identiti tersendiri sebagai seorang arcawan negara. Saya pernah berkunjung ke rumahnya di Bukit Candan Kuala Kangsar dan melihat sendiri beliau menempa besi untuk menjadi sebuah arca. Beliau sudah sebati dengan sifat-sifat besi dan dapat menguasai dan melembutkan besi seperti yang terlihat pada arca-arcanya. itulah seorang seniman yang tulin. Bukan sekadar mencurahkan idea malah beliau menguasai bahan yang digunakan.

Pameran tersebut berlangsung dari 3 November 2009 hingga 24 Januari 2010. Tahniah buat Raja Shahriman.

Sunday, November 1, 2009

Mengingati Mansor Ghazalli- Pelukis Cat Air yang Istikhomah





Tiba-tiba sahaja saya teringat kepada Allahyarham Mansor Ghazalli sebaik saja saya berbincang dengan sahabat saya untuk menghadiri pameran Raja Shahriman. Semasa hayat beliau, saya sempat beberapa kali berbual dengan Allahyarham dan bertanyakan tentang cat air dan sering saya menyatakan bahawa nama ayah allahyarham sama dengan ayah saya dan tempat lahirnya juga sama di Kuala Kangsar. Dia suka bila saya menyatakan saya juga orang Kuala. Allahyarham seorang yang lembut dan peramah apabila kita berbual dengannya.

Dalam blog saya ini suka saya mengibas sedikit kehebatan beliau sebagai seorang pelukis cat air. Allahyarham bukan lah seorang pelukis terkenal seperti seangkatan pelukis Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussin dan lain-lain. Namun kehadiran beliau sebagai pelukis cat air yang istikomah cukup membuat saya kagum dengan beliau . Suka saya lakarkan sejarah awal beliau;

Allahyarham Mansor Ghazalli dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Allahyarham terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962. Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pemeran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau menetap di Johor hinggalah sebelum penghujung hayatnya beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama anaknya.

Allahyarham pernah mendapat berberapa anugerah sepanjang penglibat dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000.

Beberapa pendapat menyatakan Allahyarham adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.

Pada 11 Jun 2009 di bawah RA Fine Art Gallery beliau membuat pameran solo pertama. Namun sehari sebelum pameran bermula beliau dijemput Allah (meninggal dunia). Pada mulanya pihak pengurusan RA Fine Art Gallery mahu menangguhkan pameran tersebut, namun anaknya mahu meneruskan atas dasar cita-cita ayahnya semasa hidup.