Hakikat pengetahun Asas Seni Reka (ASR) atau Bahasa Seni Visual yang bertolak dari organisasi Bentuk (Form) merupa fenomena penting yang perlu diketahui oleh kita yang mendokong dalam bidang Seni Visual. Namun, sebelum mengaplikasikan ASR kita perlu mengetahui tiga komponen penting dalam sesuatu Kerja Seni Visual iaitu Hal Benda(Subject), Bentuk Seni (Form) dan Kandungan (Content). Sebuah karya seni visual tidak lengkap sekiranya tiga aspek itu tidak dihuraikan. Organisasi Asas Seni Reka hanya menjurus penghurai dalam Bentuk Seni (Form) semata-mata. Aspek Format ini merupakan benting dalam menghuraikan keseluruhan Karya Seni Visual yang merngkumi aspek teori dan praktik.
Penulisan saya dalam bahagian 4 menegaskan Unsur Nilai yang menggantikan Unsur Bentuk. Ramai yang memberi pendapat dan komentar dalam tiga FB yang saya muatkan turunkan pendapat saya ini. Saya tertarik dengan pendapat Chan dalam FB Seni Visual STPM yang menyatakan bahawa biarlah Bentuk terus menjadi Unsur Seni kerana Bentuk adalah lanjutan dari Rupa. Beliau menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa Garisan adalah lanjutan dari titik (Point). Pada saya pendapat itu sangat menarik. Sebenarnya saya telahpun menerangkan pada bahagian 2 dan 3 dalam penulisan saya alasan kenapa perlu ditukarkan Unsur Bentuk kepada Unsur Nilai. Namun, biarlah saya katakan bahawa banyak buku yang sama baca tidak menyatakan salah satu unsur Seni adalah Bentuk. Ada buku yang menyatakan 'Mass' sebagai unsur 3D tetapi tidak menyatakan sebagai 'Form' atau bentuk. Ya, kita sebenarnya sudah terbiasa dengan apa yang kita dapati sebelum ini, agak sukar untuk berubah kerana kita telah disuapkan selama lebih 20 tahun mengenai ASR yang sedia ada. Peringkat awal tahun 2003 saya mula memberi pendapat tentang 'Ruang' semasa itu pun ada yang tidak mahu menerima bahawa ruang bukannya dalam unsur seni. Tetapi sekarang ramai yang telah terima bahawa Ruang dikeluarkan dari Unsur Seni. Biarlah kita membicarakan dalam konsep yang betul dalam apa juga perbincangan ilmiah. Tujuan penulisan saya ini juga adalah untuk sama-sama kita berkongsi agar kita mendalami betul-betul ASR.
UNSUR GARISAN - JENIS-JENIS GARISAN
Garisan dikatakan sebagai asas dan terpenting dalam seni visual, kerana ianya melibatkan kerja-kerja peringkat awal dalam menghasilkan karya yang juga disebut sebagai lakaran. Pada pelukis, garisan merupakan unsur asas dalam gerak kerja melukis. Tanpa garisan ianya tidak menjadi kenyataan. Sejarah seni lukis mempamerkan bahawa tamadun manusia mula melukis sejak zaman batu di dalam gua lagi. Manusia mula melukis didinding gua sebagai manifestasi spritual. Lukisan grafik binatang merupakan elemen penting untuk memburu pada ketika itu. Kanak-kanak mula megenal alat dan bahan dengan melukis lakaran-lakaran kasar sebagai penjelmaan perasaan. Terdpat pelukis menghasilkan karyanya dengan menggunakan garisan sahaja. Ternyata garisan merupakan unsur seni yang amat penting dan praktikal.
Kekuatan garisan dalam unsur seni merupakan aktiviti multlak sebagai pengkarya. Mula melakar melalui idea visual, pemilihan visual idea, lukisan sebenar dan seterusnya menjadi karya. Semua bidang seni visual tidak terlepas dalam melukis dengan menggunakan garisan.
Banyak buku-buku yang saya baca menghuraikan garisan dengan begitu teliti sekali. Garisan dikaitkan dengan unsur Matematik, kerana dalam matematik garisan menjadi faktor kepada pengiraan, justru itu dalam matematik garisan disebut sebagai 'path' daripada pergerakan titik. Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'. Definisi ini boleh diperkemaskan, namun kefahaman tetang garisan sudah ada iaitu garisan bermula dari titik-titik yang bersambung yang menggunakan alat dan bahan digerakkan diatas suatu permukaan. Balam buku Art Fundamentals menyatakan:
'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'
Dalam Buku Sumber Guru PSV KBSM menyatakan Jenis-jenis garisan yang agak kabur danmenyeleweng menyebabkan banyak buku-buku yang ada dalam pasaran tersasar dalam menentukan jenis-jenis garisan. Menurut dalam buku sumber, Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan iaitu seperti kasar, halus, panjnag, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, terputus dan sebagainya (rujuk ms 1). Masalahnya ada penulis lain yang menulis dalam buku rujukan yang dijual dan digunakan disekolah menambahkan lagi menjadi garisan berbulu, garisan mengerutu dan lain-lain garisan sangat melucukan (sila rujuk Buku terbitan fajar bakti dan Terbitan Pelangi). Kesalahan ini menyebabkan semua guru yang menggunakan buku tersebut tersalah mengajar pelajar/murid. Dalam soalan yang dikemukakan pun terdapat penyataan tersebut. Sebenarnya Jenis garisan tidak sama dengan kerekter garisan. Terdapat kesalahan yang perlu dibaiki.
Sebenarnya dalam pembacaan saya dari beberapa buku,jenis garisan hanya ada tiga (3) jenis sahaja, iaitu:
- Garisan Tulin
- Garisan Tersirat
- Garisan Psikologi
Garisan Tulin: ialah gaisan sebenar yang menggunakan alat dan bahan dilakarkan di atas permukaan. Gisan ini adalah mengikut karekter alat dan bahan yang dilukis oleh pelukis.
Garisan Tersirat: ialah garisan yang menampakkan seolah-olah satu garisan misalnya beberapa siri titik-titik atau ulangan rupa, objek dan sebagainya.
Garisan psikologi: ialah garisan dari gerak mata, secara psikologinya seoralah-olah suatu garisan menuju kepada objek tersebut misalnya kita menunjuk ke atas sesuatu. Arah itu seoalh-olah garisan.
Lihat foto dibawah menghuraikan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis garisan.
Ketiga-tiga jenis garis yang hadir dalam karya 'Georges de La Tour Fortune Teller'.Garisan Tulin secara realisasi yang jelas dilukis melalui garisan pada figura-figura dan pakaian. Garisan tersirat yang dibuat antara lengan hingga ke tangan (lihat garisan penunjuk). Sebuah garis seperti kedua adalah dicipta oleh kelanjutan lengan figura pertama di sebelah kiri melalui bawah jaket figura kedua dan di sepanjang figura ke empat di sebelah kanan. Garisan Psikologi berlaku sebagai penglihatan mata kita mengikuti arah di mana setiap objek yang melihat.
Saya akan menyambung penulisan saya ini. Saya pasti kenyataan saya ini merupakan titik tolak kepada membetulkan beberapa kesilapan yang ada selama ini.
No comments:
Post a Comment