‘Perang’ harga pelukis Malaysia
Oleh Hafizah Iszahanid
Berita Harian
2011/02/09
Belum ada nama, tapi karya dijual mahal hingga veteran rasa tercabarTHE Dream karya Allahyarham Ibrahim Hussein mencatat rekod sebagai karya seni termahal pernah dijual pada majlis lelongan awam tahun lalu apabila karya pelukis tersohor terbabit berjaya mencecah harga RM500,500.
Henry Butcher Art Auctioneers Sdn Bhd membuat bidaan tertinggi untuk karya menggunakan bahantara arkilik berukuran 121 sm x 121 sm dan terdahulu pada 2007, karya Ibrahim, Falcon, dijual di Sotheby Singapura pada harga RM236,736 (S$102,000).
Namun, perjalanan seni Ibrahim bukanlah singkat dan bermula secara rasminya pada 1956 apabila menuntut di Akademi Seni Nanyang di Singapura, lalu membayar ratusan ribu ringgit untuk sebuah karya pelukis terbabit sebenarnya amat berbaloi.Sebenarnya, harga lukisan yang mencecah puluhan ribu dan ke atas banyak bergantung kepada kredibiliti dan kerja seni itu sendiri, tetapi bagi pelukis muda atau baru, meletakkan harga hingga RM10,000 untuk sebuah karya dianggap melampau, apatah lagi jika karya mereka ‘biasa-biasa’ saja.
Bagi Pengurus Galeri Pelita Hati, Raja Annuar Raja Siffudin, selama 16 tahun menggauli dunia seni halus, kemeriahan dunia seni halus sebenarnya terhad dalam kelompok tersendiri, meskipun seni halus diminati ramai orang.
Dalam masa sama, menjadikan karya seni sebagai suatu pelaburan masa depan, masih lagi tidak difahami ramai, selain sesetengah pelukis muda meletakkan harga yang terlalu mahal untuk karya mereka.
“Karya seni di Malaysia mahal berbanding Indonesia atau Filipina. Selalunya pembeli akan fikir, mengapa dia perlu bayar sejumlah harga untuk karya artis Malaysia yang tidak dikenali sedangkan mereka boleh membeli lukisan dari luar negara pada harga setara dan oleh pelukis ternama,” katanya.
Raja Annuar yakin bahawa senario itu terjadi disebabkan segelintir artis muda ingin cepat popular dan memilih jalan pintas, seolah-olah lupa bahawa artis tersohor yang mendapat di hati peminat seni bermula dengan karya yang dijual pada harga berpatutan.
“Tiada jalan pintas untuk berjaya. Artis tersohor macam Yusuf Ghani pun memulakan perjalanan sebagai pelukis dengan karyanya dijual pada harga RM600. Namun, kita tidak boleh menyalahkan artis muda ini sepenuhnya, mungkin mereka tidak tahu,” katanya.
Baginya pelukis muda ibarat graduan yang baru tamat belajar dan tidak mungkin gaji yang diterima terus cecah RM10,000, lalu adalah wajar karya bermula pada harga lingkungan RM1,000 ke RM2,000, sebelum harga dinaikkan secara berperingkat.
“Pelukis mengambil masa lama untuk dikenali dan karya dihargai. Ada yang mengambil masa antara 20 ke 40 tahun. Kalau sudah ada nama, letak puluh ribu pun orang sanggup beli. Pelukis tersohor seperti Ahmad Zaki (Anwar) atau Latiff Mohidin, lukisannya sudah ditempah sebelum siap,” ujarnya.
Sastera diberitahu, kebanyakan yang membeli karya artis Malaysia adalah rakyat Malaysia dan ada yang menghimpun koleksi terbaik seseorang artis, selain selalunya mereka akan pilih karya artis tempatan kerana sanggup melabur.
Bagaimanapun, apabila ada segelintir artis muda meletakkan harga tinggi untuk lukisan mereka, artis lama rasa tercabar sehingga berlaku situasi perlumbaan ‘meletak harga’, sedangkan hasil kerja tidak sehebat mana.
“Cuba lihat karya Ibrahim dan tanya mengapa orang sanggup melabur ratusan ribu ringgit untuk karyanya? Selain reputasi dan nama, hasil kerjanya sangat teliti. Beliau bukan dapat semua itu pada usia 25 tahun. Macam saya kata tadi, tidak ada jalan pintas untuk berjaya,” jelasnya.
Dalam menentukan harga pada karya, selain pelukis, galeri juga bertanggungjawab untuk memutuskan harga akhir, namun ada banyak perkara yang dinilai sebelum sesebuah lukisan itu diambil mana juga galeri.
Umumnya, ada beberapa ciri yang diutamakan oleh galeri dan antaranya karya mestilah unik, asli dan sesuatu yang boleh menjadi jati diri pelukis terbabit, selain bahan yang digunakan boleh tahan lama lagi bermutu..
Bagi pelukis dan pensyarah seni halus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Yakup Mohd Rafee, isu harga tinggi subjektif kerana nilai RM1000 bagi sesebuah karya catan minyak berukuran 3’x2’ mungkin mahal bagi orang biasa, tetapi murah berbanding pasaran semasa, apalagi antarabangsa.
“Berdasarkan senario pasaran di Malaysia ketika ini, artis muda sepatutnya tidak terlalu ghairah untuk meletakkan harga tinggi kerana apa yang lebih penting ialah mencipta nama dan mencari identiti tersendiri bagi karya mereka terlebih dulu,” ujarnya.
Selain itu, artis muda juga perlu bijak mencuri peluang meletakkan karya di mata masyarakat dengan menyertai pameran dan tidak rugi bermula pada harga rendah, tetapi karya diterima baik kerana secara tidak langsung, nilai karya akan meningkat selari dengan masa dan penerimaan orang ramai.
Pelukis Mohd Hairi Yaakub pula berpendapat, apa yang terjadi hari ini ialah ramai pelukis muda tidak berada dalam bingkai masa yang betul, lalu meletakkan harga karya mereka mengikut pasaran antarabangsa atau negara jiran sedangkan masyarakat Malaysia belum bersedia.
“Kalau dibandingkan dengan Filipina, Indonesia atau Singapura, kita masih ketinggalan kerana masyarakat belum bersedia menerima karya post modernisme yang dibawa segolongan pelukis muda, selain masyarakat kita masih lagi terikat dengan gaya konvensional, abstrak atau minimal.
“Pelukis muda pula kebanyakannya lulusan universiti dan semacam ada kefahaman, jika keluar universiti mesti buat post modern dan menolak konvensional. Justeru, harganya diletakkan tinggi, tetapi saya tidak menyalahkan mereka kerana mungkin itu yang dipelajari di universiti,” katanya.
Justeru, tidak hairan ada pelukis yang belum tamat pengajian meletakkan harga karya mereka hingga RM35,000 dan mungkin akan ‘kaya’ kerana harga yang sebegitu tinggi, namun secara tidak langsung ia menjarakkan masyarakat dengan seni.
Hairi turut melihat sesetengah galeri bertindak seperti parasit, dengan kadar sewa mencecah RM1,000 sehari dan mengambil komisen keuntungan sehingga 45 peratus, sedangkan pelukis tidak punya pilihan bagi menampung kos, lalu meletakkan harga tinggi untuk lukisan mereka.
Pelukis Mohd Zulwawi Hashim pula kurang bersetuju dengan dakwaan itu dengan alasan bukan semua pelukis muda meletakkan harga tinggi dan ada kala nilai karya dipengaruhi galeri atau orang tengah bagi menampung kos pemasaran, penyediaan katalog serta sewa galeri.
“Bukan semua pelukis muda letak harga tinggi dan tidak salah mereka berbuat demikian jika karya bermutu. Kita jangan terperangkap dengan nama. Sebagai pembeli, kita perlu tahu karya seni dibeli untuk apa? Kita perlu pastikan nama dan karya seni berjalan seiring,” tegasnya.
Di mata Zulwawi, pelukis muda sangat berani meneroka gaya baharu selain teknik persembahan baru lagi segar, manakala masih ada pelukis berjenama berkarya dalam acuan corak stail lama kerana berada pada zon selesa, lalu mengulangi kaedah serupa tanpa usaha untuk berubah.
“Memang nama besar penting dalam menilai karya seni, namun jika pengumpul karya seni halus membeli karya pelukis muda, sebenarnya mereka menyokong kelahiran lebih ramai pelukis hebat. Jadi soal harga mahal tidak timbul kerana ada seribu jalan untuk mengumpul karya seni,” katanya.

No comments:
Post a Comment