Sehingga penulis menulis persoalan ini Bahagian Kurikulum sedang berhempas pulas membuat persediaan merangka dan bermesyuarat dengan panel yang dipilih bagi mentejemahkan kerangka standard kurikulum semakan semula Pendidikan seni Visual sekolah menengah. sekarang ini kurikulum tingkat satu hampir selesai dilaksanakan.
Saya tertarik kenyataan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohad Dom (Utusan 12 Jun 2008) menyatakan, ''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar. Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' . Justru, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Kenyataan ini merupakan suatu keperluan dalam pembinaan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) harus menepati kehendak transformasi yang dikatakan itu. Bagi saya perkataan 'transformasi' itu biar benar-benar tertonjol dalam kurikulum yang akan dibina.
Dalam Pendidikan Seni Visual beberapa tokoh telah mengutarakan pandangan bahawa, pembelajaran pendidikan seni visual tidak akan terkeluar dalam lingkungan untuk mengasah bakat kreativiti melalui penajaman intuisi dan mengembangkan daya kemahiran dalam penciptaan yang ivovatif.
Ditinjau matlamat PSV ialah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, inovatif dan inventif. Oleh yang demikian fokus dalam kandungan kurikulum juga harus menju kearah itu. Dalam dunia yang penuh persaingan ini PSV juga harus merenung keperluan masa depan generasi yang terdidik dalam PSV iaitu peluang kerjaya mereka. Oleh yang demikian persoalannya adalah kurikulum itu dapat menepati kehadiran kandungan itu benar-benar memenuhi kehendak masa depan yang dikatakan 'trasformasi'?.
Ditinjau dalam keadaan semasa, keperluan Seni Visual lebih menjurus kepada 'mencipta' sesuatu keperlua manusia kini. Adalah baik penumpuan kurikulum yang berbentuk trasformasi ini mengwujudkan proses 'pencipta kreatif' misalnya mencipta model-model alat keperluan harian, kereta dan lain-lain. Disamping itu keperluan Komunikasi Visual juga merupakan sangat-sangat menjadi keperluan kini melalui media-media digital yang semakin 'deras' perkembangannya. Oleh itu penjurusan penciptaan melalui aktiviti-aktiviti dalam P&P PSV perlu ditekankan disamping mengekalkan persoalan estetik, artistik dalam seni tersebut.
Suatu yang amat penting ialah, pembelajaran harus berlaku melalui interaksi 3 penjuru (salaing melangkapi) dalam Seni Visual iaitu Asas seni reka (Bahasa Seni), penghasilan produk dan apresiasi & Kritikan. Sebenarnya dalam sesuatu pembelajaran PSV 3 perkara harus berlaku dalam P&P. Kerana itu Feldman telah menyatakan melalui modelnya dalam DBAE bahawa kurikulum Seni harus berlandaskan empat eleman utama iaitu: Produk seni, Estetik, Apresiasi dan Kritikan.
Namun, dalam sesuatu aktiviti pembelajaran PSV juga harus menepati kreteria dalam pentafsiran yang mana perlu berubah dari apa yang ada sekarang. Kebanyakan guru-guru membuat pentafsiran PSV melalui pendekatan soalan anika pilihan (objektif) sahaja. sepatutnya penilaian haruslah berlaku melalui pemerhatian, lisan dan bertulis melalui kerja kursus berasaskan sekolah. Harus diingat, pada masa kini P&P PSV tingkatan 1 hingga 4 telah meninggalkan perkara penting dalam proses penghasilan iaitu Portfolio. Saya secara peribadi sangat menyokong kenyataan bekas ketua pengarah pelajaran yang menyatakan, kurikulum trasformasi ini juga akan melibatkan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan, menurutnyalagi sistem penialaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada ddi tahun satu lagi.
masalah yg blom selesai. pelajar minat seni visual-akn trus meneroka, manakala plajar yg kurang minat, teru berputus asa. sedangkan seni itu harus disampaikan pada setiap plajar. bgaimana nak perlihatkan skop seni ini dan cara aplikasi utk plajr yg kurang minat dan kebolehan?
ReplyDelete