Thursday, June 24, 2010

Ilustrasi Figuratif dan Lukisan Konsep Oleh Boris





Kali ini saya mengemukakan karya seni visual ilustrasi figuratif dan ilustrasi konsep yang muncul sebagai karya seni visual untuk hiasan kulit buku, majalah dan ilustrasi untuk watak filem. Perkembangan lukisan ilustrasi telah berkembang sekian lama apabila revolusi perusahaan dieropah memerlukan banyak produk sebagai bahan ilustrasi.

Saya mula mengenali ilustrasi figuratif ini apabila saya mula mengahsilkan komik sekitar tahun 1980-an. Pada ketika itu komik-komik Conan, Vimpire dan beberapa komik lain yang muncul dengan reka bentuk ilustrasi ‘cover’ yang sungguh hebat gaya pelukisan. Antara pelukis yang saya sungguh minati ialah Boris Vallejo.

Boris mula melukis pada usia tiga belas tahun dan menjadi pelukis ilustrasi sepenuh masa ketika berumur enam belas tahun. Beliau lahir di Peru dan berhijrah ke Amerika Syarikat sekitar tahun 1964.

Dilihat pada karya-karya ilustrasinya beliau amat gemar melukis suasana alam fantasi dan lukiusan erotik. Gaya lukisannya lebih kepada hiper realis. Beliau melukis menggunakan model kemudian diubah dalam suasana yang lebih dramatik dan diadun dengan perwarnaannya yang tersendiri. Kini beliau banyak menggunakan media digital sebagai gabungan dalam penghasilan karyanya.

Antara ciptaan ilustrasi nya yang terkenal ialah Tarzan , Conan The Barbar , Doc Savage dan fantasi pelbagai watak lain (sering dilakukan untuk karya novel fiksyen yang memaparkan watak). Karya beliau juga dijadikan kalendar tahunan dan ilustrasi buku.

Antara ciptaan poster poster wayang untuk fantasi dan pengeluaran tindakan, termasuk Barbarella (1968), Knightriders (1981), Q (1982), dan Ratu Barbar (1985) dan banyak lagi.

2 comments:

  1. semasa saya form 5 hingga lar ke Uni saya ada 3 koleksi buku fantasy art oleh boris vallejo dan satu koleksi exlusive oleh Simon Bisley pencipta 'ABC Warrior', Slaine Mc Roth, dan Comic ke Movie - Legendary Judge Dread, sayang nya semua koleksi tersebut di curi junior semasa saya bercuti semester, dan barang-2 saya di simpan di stor.

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman majalah Fantasi thn 80-an..

    ReplyDelete