Ramai guru-guru dan pelajar Seni Visual STPM yang mengambil kertas 3 menghubungi saya dan bertanyakan tentang soalan-soalan yang dikemukakan. Rasanya apa yang dikemukakan dalam soalan adalah jelas. Namun kerana diperingkat STPM cara penyoalannya agak tinggi menyebabkan ramai yang ragu-ragu cara untuk menghasilkan karya.
Saya telahpun memasukan kertas kerja ceramah saya pada Jurulatih Utama dalam blog ini dan dalam SCRIBD untuk dijadikan panduan. Namun masih ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang soalan. Saya faham soalan tahun ini agak mencabar, itulah STPM. Pada kesimpulannya saya buat sedikit penerangan setiap soalan:
Soalan 1:
Tema: “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”.
Di sini saya tujukkan bagaimana penghuraian pemecahan permasalahan berlaku:
PERMASALAHAN TEMA | KONSEP PEMECAHAN | KARYA |
Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan | Teknologi Digital Telefon bimbit Televisyen ‘’home theater’’ Komputer Mp3 dll | Catan Gaya impressionis Warna panas Pemilihan imej elektronik Unsur garisan Harmoni-perulangan Pengaruh: Catan Marcel Duchamp – Nude Descending a Staircase |
Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan | Nilai Kemanusiaan Materialistik Individualistik Senang berkomunikasi Gaya hidup Komunikasi dll | Catan Gaya impressionis Warna panas Pemilihan imej elektronik Unsur garisan Harmoni-perulangan Pengaruh: Catan Marcel Duchamp – Nude Descending a Staircase |
Salam. Beruntung sungguh guru-guru PSV dan pelajar-palajar Tingkatan 6 yang mengambil kertas ini. Maklumat-maklumat yang menjadi panduan kepada penilaian telah diterangkan dengan jelas oleh tokoh yang terlibat sepenuhnya dalam Majlis Peperiksaan Malaysia.
ReplyDelete