Sejak teknologi komputer kemudiannya era digital melanda dunia sejak tahun 1980-an, peranan pereka grafik menjadi semakin mencabar dan diperlukan. Dunia ICT yang diperkuatkan dengan teknologi digital dan network menjadi suatu aras kepada masyarakat kini, yang mana kalau tidak mengetahui dan tidak menggunakan maka dipanggil 'Buta ICT' pada masa dulu kalau tak tahu mambaca di sebut 'Buta Huruf'.
Dunia ICT tidak akan ceria tanpa visual dan visual akan wujud apabila 'desinger' yang manupulasikan reka bentuk. Justru Kewujudan ICT tidak lari dengan dunia Seni Visual. Peranan Visual dalam apa juga bentuk komunikasi seperti antara irama dan lagu (pinjaman kata P.Ramlee). Oleh yang demikian 'graphic desinger' perlu sentiasa membaca, memikir dan belajar teknik-teknik terkini dalam reka bentuk, samada reka bentuk pegun atau reka bentuk degital.
Suatu yang menarik yang perlu ada pada pereka bentuk grafik ialah 'Pemikiran Grafik'. Apa maksud pemikiran grafik?. Pemikiran grafik ialah cara seorang pereka grafik memikirkan olahan 'design' melalui imej, tipografi dan warna dengan gubahan yang senang diterima umum. Dalam olahan reka bentuk perlu ada nilai simplicity, penegasan, keterbacaan dan mempunyai makna yang sesuai. Paling penting pereka harus mengusai Bahasa Seni Visual dengan baik.
sempena menjelangkannya Hari Raya, saya mengambil beberapa laman web percuma untuk para pembaca dan tetamu menggunakan Kad Raya elektonik sebagai bahan komunikasi ucapan pada rakan dan taulan. Sila klik pada links berikut:
Salam..sememangnya seni rekaan grafik sudah menjadi satu industri yg telah berkembang maju terutama dalam industri Seni visual negara.Banyak peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan berkaitan Seni grafik dan smemestianya semakin meningkat dari hari ke hari.
ReplyDeleteYa, terima kasih memberi komen. Peluang kerjaya dalam bidang komunikasi visual adalah cerah kerana bidang ini seiring dengan perindustrian dan perniagaan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Saya doakan tuan dipermudahkan segala urusan. Aminn…
ReplyDelete