
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya

Sunday, September 13, 2009
Kad Raya Elektronik sumbangan besar oleh Pereka Grafik
Kartunis menerima anugerah Doktor Kehormat Universiti





Sering kali orang menganggap dunia kartunis tidak sebagai akdemik. Kartun dianggap sebagai media lucu dan mewakili kumpulan kanak-kanak. Tanggapan ini banyak berubah kerana peranan kartun sudah menjangkau lebih dari itu. dunia kartun kini lebih dari sebuah cerita pendik untuk kumpulan kanak-kanak. Di negara Barat, Jepun dan Cina sudah sekian lama masyarakat dewasa menghayati komik untuk menjadi bacaan mereka. Sebenarnya banyak bahan dari komik dan kartun menjadi filem-filem besar.Thursday, September 10, 2009
Pentingnya Warna......





Entah mengapa saya merasakan satu elemen penting dalam penghasilan seni visual adalah elemen warna. Ramai pengkarya amatur tidak dapat menghayati penggunaan warna dengan baik. Malah, setelah mempelajari warna sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mengapa saya katakan begitu?. Pada saya pembelajaran warna disekolah hanya sekitar pada pengenalan warna sahaja. Guru mengajar asas warna melalui aktiviti roda warna, kemudian warna sekunder, tertiar, ton, sewarna dan seterusnya. Guru jarang sekali mengaplikasikan warna secara psikologi, emosi dan persepsi.
Sebelum saya menghuraikan lebih panjang tentang penggunaan warna telebih dahulu saya ambil pengertian warna: Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.
Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550 SM di Mesir, dimana penggunaan warna adalah bagi tujuan terapi. Bertolak dari situ penggunaan warna buka sahaja digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan reka bentuk, malah digunakan sebagai perubatan dan terapi.
Pada masa ini warna mempunyai potensi dalam kehidupan harian, kita perlukan berpakaian dengan pemilihan warna yang sesuai, dirumah memilih perabot dan hiasan berkehendakkan warna yang senang dipandang, membeli kereta memilih reka bentuk dan warna yang menarik. Pendik kata segalanya kita akan menumpukan pada warna.
Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:
1. Warna sebagai warna
2. Warna sebagai representasi alam
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.
1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.
2. Warna sebagai represtasi alam bermaskud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya:
warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara
warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim
warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri
warna Biru: keceahan, perpaduan, keagungan, keriangan
warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk
warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain
Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna.
Tuesday, September 8, 2009
Akademik Seni Awal di Malaysia




Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa negara kita telah lama ada Akademi Seni iaitu sejak 1879. Akedemi seni yang dimaksudkan ialah Akademi Seni Tengku Temenggung di Kelantan. Pendedahan wujudnya akademik seni ini dibuat oleh Allahyarham Abdullah Mohamed atau terkenal dengan panggilan NAKULA. Beliau telah membuat kajian dan temuramah dengan tokoh-tokoh kesenian Kelantan. Kajian beliau sangat menarik, kerana data dan maklumat melalui individu-individu tertentu cukup dengan tahun dan orang yang ditemuramah.
Friday, September 4, 2009
Seni Visual pada pandangan Islam

Dalam perbincangan yang lepas saya telah melontarkan hukum melukis dalam Islam menurut pandangan Syekh Yusuf Qardhawi. Saya terus membaca beberapa buku yang berkaitan dengan seni atau kesenian dalam Islam (Seni Visual dalam Islam), Antara buku yang saya baca bertajuk 'Islamic art' Karya David Talbot, ' Aspek-aspek Kesenian Islam' oleh sahabat saya Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Nor & Manja Mohd Ludin, 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' oleh Dr. Sidi Ghazalba dan 'Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus' Oleh Syed Hussein Nasr. Sebenarnya buku-buku ini pernah saya baca dulu, kali ini saya hanya merujuk beberapa fakta berkaitan seni visual dalam Islam.
Wednesday, September 2, 2009
Lama tidak berpameran....


Terusik hati apabila teringat beberapa pelukis- pelukis yang sama berjuang dalam Angkatan Pelukis SeMalaysia pada sekitar tahun-tahun 1980an dan awal 90an, Mereka ialah Rafie, Sani, Samsuddin, Aris Aziz (Central Market), Ghani (Central Market), Shafie, Mustaffa, Aminuddin Ariffin dan beberapa kawan lain yang tidak dapat disebutkan nama. Mereka masih aktif dalam melukis dengan media cat air dan cat minyak, tetapi masih mengekalkan 'isme' realis atau naturalis. Kesungguhan mereka melukis bukan atas dorongan materialis, malah bukanya mahu popular, tetapi atas dorongan minat dan kebolehan melukis disamping ingin menyampaikan mesej, mereka terus melukis.
Setiap pelukis ada falsafah mereka tersendiri. Pada saya biarlah mereka nak lukis apa pun asalkan boleh menanggung hidup. Saya melukis dan menjual lukisan untuk terus hidup," kata Sani Sudin ketika kali pertama bertemu.
Bagi yang kurang mengenali insan seni ini pasti akan terkejut dengan kenyataannya. Tetapi pada yang sudah mengerti, ini adalah sesuatu perkara yang biasa.
Katanya lagi, setiap orang mempunyai tafsiran dan tujuan untuk menghasilkan karya seni. Jadi terpulanglah setiap pelukis untuk meluahkan apa sahaja yang tersurat dan tersirat seterusnya menjadi lukisan yang unik dan menarik.
"Kebanyakan lukisan yang saya hasilkan diangkat daripada pelbagai sumber seperti puisi mahupun teks-teks sastera yang lain. Semua ini digarap mengikut tafsiran saya sendiri.
"Saya tidak kisah apa juga tafsiran yang akan orang lain buat apabila melihat lukisan saya. Cara orang lain melihat sesebuah lukisan bukannya sama.
"Lagi dalam orang berfikir lagi luas maksud yang dia dapat. Pada yang malas mentafsir hanya akan dapat lapisan pertamanya sahaja," kata Sani ketika ditemui pada perasmian Pameran Lukisan Karyawan Tempatan baru-baru ini.
Pameran yang diadakan sempena perasmian Bazaar Seni Rakan Niaga Melayu Warisan Borong di Wisma Warisan, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur itu turut disertai sembilan pelukis dari Istana Budaya dan enam pelukis jemputan.
Sebanyak 70 buah lukisan dipamerkan selama sebulan merangkumi pelbagai medium seperti catan, akrilik, cat air dan sebagainya.
Biarpun sudah banyak pameran yang disertai oleh Sani selama ini, baginya khalayak yang meminati lukisan masih lagi kurang memberangsangkan biarpun negara semakin maju.
"Perkara ini bukan perkara yang baru dan asing. Orang kita hanya datang ke pameran lukisan sebab segan dengan kawan-kawan. Kalau tak datang apa kata mereka nanti.
"Jadi kalau nak kata kegiatan lukisan berkembang dengan pesat, tidak juga. Tapi perubahan itu masih lagi tetap ada setiap tahun dan biarlah ia terus berkembang dengan maju pada masa akan datang," kata Sani lagi.
Menariknya mengenai pameran kali ini, ia menghimpunkan pelukis-pelukis daripada Istana Budaya yang selama ini kurang diketahui umum. Kesemua pelukis yang mempamer lukisan terdiri daripada mereka yang bergiat aktif bekerja di belakang tabir sahaja.
Kurator Pameran Lukisan Karyawan Tempatan, Rahimidin Zahari berkata, kebanyakan pelukis Istana Budaya kurang dikenali kerana mereka bukanlah pelukis sepenuh masa seperti seniman yang lain.
"Ini bukanlah satu perkara yang baru. Selama ini pun sudah banyak institusi yang mempunyai pelukis seperti mereka yang bekerja sebagai pereka set persembahan dan sebagainya," katanya.
Pelukis Datuk Hoesein Enas pernah mengetuai unit rekaan set di RTM. Selain itu terdapat juga beberapa nama besar yang lain seperti Nik Zainal Abidin Salleh dan Dzulkifli Buyung yang turut melalui fasa yang sama.
Antara yang terlibat termasuklah Ahmad Marzuki Abu Hassan, Termize Mokhtar, Razali Itam, Kamarudin Abd. Ghani, Siti Nasyreen Zaharin, Sarena Azizan, Azzazizul Shuib, Azmi Awang dan Muhammad Colmann Abdullah.
"Ini adalah titik permulaan kepada pelukis-pelukis Istana Budaya untuk mempamerkan bakat yang mereka miliki. Melihatkan sambutan yang diterima pada hari ini, kita yakin semuanya akan berjalan mengikut perancangan.
"Dari sini, kita akan cuba melakukan pameran pada masa akan datang agar bakat-bakat yang Istana Budaya miliki dapat diketengahkan kepada umum," katanya lagi.
Rahimidin juga mengucapkan terima kasih kepada para pelukis yang terdiri daripada Aris Aziz, Amirudin Ariffin, Sani Sudin, Azmi Mambo dan Hazin Misran yang sudi menggabungkan karya mereka untuk pameran kali ini.
Sunday, August 30, 2009
Hukum Melukis dan Menggambar dalam Islam



Sempena di bulan Ramadhan, bulan yang mulia bagi beragama Islam. Kesempatan bulan ini
saya sempat membaca beberapa buku dan kitab yang
berkaitan dengan agama. Sebuah buku
yang pernah saya baca dan saya ulangai
pembacaan adalah buku yang ditulis oleh ulamak tersohor Syekh Yusuf Qardhawi (Klik untuk mengetahui Yusuf_al-Qaradawi) bertajuk 'Halal Dan Haram Dalam Islam'. Dalam bab yang paling menarik saya berkongsi bersama ialah berkaitan hukum melukis dan mengukir. Bab ini ada kaitan dengan bidang orang yang terlibat dengan seni visual seperti saya.Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, "Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar".
Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita.... Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: "Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.
Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.
Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.
Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
"Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud' Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar". Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: " Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia",. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, "Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa" merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, "Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran".
Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: ... kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.
Wednesday, August 26, 2009
Perkembangan Guru Tingkatan 6 dalam Berita Harian
Oleh: Rosniza Mohd Taha
SEBANYAK 767 sekolah menengah kebangsaan dan swasta yang menawarkan Tingkatan Enam sepatutnya sudah melantik guru penolong kanan dan kokurikulum serta tenaga pengajar bagi memulakan proses transisi penjenamaan semula pengajian peringkat prauniversiti itu.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pelantikan itu antara perkara utama disenaraikan Kementerian Pelajaran dalam Garis Panduan dan Tanggungjawab Guru Akademik Tingkatan Enam dikeluarkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada Mei lalu.
Dengan pelantikan itu, katanya, perancangan serta pelaksanaan perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilaksanakan segera membabitkan pelajar Tingkatan Enam Bawah.
Beliau berkata, antara perubahan tugas guru Tingkatan Enam adalah waktu mengajar 22 hingga 30 waktu seminggu membabitkan aktiviti akademik, kokurikulum, penyelidikan/konsultasi dan kolokium.
Turut disenaraikan tugas luar bilik darjah/ tanpa interaksi dengan pelajar sebanyak 15 waktu seminggu membabitkan aktiviti persediaan, penyelidikan, penilaian dan pentaksiran serta penggubalan item.
“Walaupun pelaksanaan sistem modular/semester menggantikan sistem terminal dijangka bermula 2011, beberapa langkah dan perubahan awal perlu dilaksanakan sebagai usaha penjenamaan semula Tingkatan Enam secara berperingkat.
“Kementerian menjangkakan lebih 700 sekolah menawarkan pengajian prauniversiti ini, sekurang-kurangnya sudah melantik guru berkaitan supaya perubahan tugas disenaraikan dalam Garis Panduan dan Tanggungjawab Guru Akademik Tingkatan Enam dapat dilaksanakan segera,” katanya.
Beliau mengulas rungutan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati kerana ada segelintir sekolah masih belum memulakan proses transisi penjenamaan semula Tingkatan Enam antara lain membabitkan pertambahan waktu mengajar hingga ke petang bagi melaksanakan aktiviti tambahan seperti tutorial.
Zulkifly menjelaskan peningkatan waktu mengajar membabitkan waktu pengajaran dala kelas sebanyak 16 hingga 24 waktu seminggu, kokurikulum (dua waktu), penyelidikan/konsultasi (dua waktu) serta kolokium (dua waktu).
Bagi kokurikulum, katanya, guru bertanggungjawab menguruskan aktiviti persatuan/kelab, unit beruniform atau sukan/permainan, sementara penyelidikan/ konsultasi memerlukan guru membimbing pelajar membuat kajian dan penyelidikan serta mengakses maklumat secara elektronik dan bercetak. Menerusi kolokium pula, beliau berkata, guru berperanan memberi komen dan ulasan mengenai pembentangan hasil kajian dan penyelidikan pelajar. “Tidak dinafikan pertambahan aktiviti ini menuntut pengorbanan guru untuk bekerja lebih masa hingga ke petang.
Sunday, August 23, 2009
Pentafsiran Holistik Memberi Kesan Negatif bidang Seni Visual
1. Personal Qualities (Kualiti Individu) (25%)
2. Manipulative, Artistic and Analytical skills (Manipulasi artistik & Kemahiran analitikal) (25%)
3. Aesthetic Qualitities (Kualiti estetik) (25%)
4. Knowledge and Critical Understanding (pengetahuan & Kefahaman Kritis) (25%)
Thursday, August 20, 2009
Sukatan Baru Seni Visual STPM Lulus
Tuesday, August 18, 2009
Bali 2: Catan Bali









Thursday, August 13, 2009
Siri 1: Bali Bumi Kesenian







Monday, June 29, 2009
Visual Mistri



Saya dijemput untuk menghadiri bengkel cat air anjuran JPN negeri Perak di Pasir Salak. Terlibat adalah kalangan guru-guru yang terpilih dengan kebolehan menghasilan catan cat air.
Wednesday, June 17, 2009
PRAKTIKUM -LATIHAN MENGAJAR
Sunday, June 14, 2009
Portfolio Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 - 5
PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengenalan
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:
· Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
· Contoh hasil kerja pelajar
· Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual berlaku
· Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain
· Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:
I . Kajian
- Pemerhatian dan pengamatan
- Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
- Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
2. Lakaran
- Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan idea
- Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
3. Rangka Sebenar
- Merangka reka cadang atau model
- Menentukan alatan dan bahan
- Prototaip (jika berkaitan)
4. Persembahan Portfolio
- Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
· Mengikut urutan
· Bersih, kemas dan mudah digunakan
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
· Jurnal
· Diari
· Laporan
· Kompilasi catatan yang dijilid
· Beberapa helaian kertas yang di kokot
· Ataupun mungkin disket/cakera padat
Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:
· Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
· Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
· Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
· kemajuan pembelajaran pelajar
· Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
· Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti:
· Catatan pra penulisan
· Draf projek penulisan
· Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
· Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-visual seperti:
· Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
· Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi
Kecerdasan interpersonal seperti:
· Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
· Laporan rakan sebaya
Kecerdasan interpersonal seperti:
· Catatan jurnal
· Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
· Sampel latihan refleksi kendiri
· Soal selidik
· Carta kemajuan
