Sunday, September 5, 2010

Berkarya jangan bercanggah hukum Islam

Lama sudah saya tidak menulis dalam blog ini. Kesibukan tugas harian memberi kekangan masa untuk saya berkongsi dalam penulisan blog ini. Beberapa pengunjung telah menghubungi saya bertanyakan tentang penulisan saya dalam blog ini. Terima kasih kepada pengunjung setia itu.

Dalam bulan Ramadhan ini saya ingin memberi sedikit pendapat mengenai tugas 'designer' muslim. iaitu tugas dan peranannya dalam membuat reka bentuk seni visual. Saya pernah menulis mengenai Hukum dalam Seni Islam dalam blog ini.

Melihat situasi terkini, nampaknya ramai 'designer' muslim kurang memberi manfaat terhadap tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kutipan dari pesan Al-Faruqi tentang konsep kesenian adalah mentauhid ddan pengabdian kepada Allah. Menurutnya seni harus bermatlamat kepada perkara-perkara kebaikan dan berakhlak . Tauhid adalah menjadi paksi kepada segala-galanya. sementara Al-Ghazali juga menyatakan aktiviti seni harus lah bersifat mengabdikan diri kepada Allah. Sementara itu Ibu Khaldum pula menegasakan seni yang dihasilkan perlulah berasakan kebenaran, keindahan dan kebaikan.


Berdasarkan paparan video di atas kita merasakan sangat malang sekali sebuah karya yang baik tidak menepati kehendak nilai Islam. Persoalan kandungan video itu adalah untuk mempamerkan situasi aktiviti Bulan Syawal yang meriah, namun terdapat unsur khurafat dan bercanggah dari segi agama. Karya ini lebih bersifat menyamakan perayaan suci Islam (Syawal) dengan perayaan kristian, Hindu dan Budha. unsur-unsur dan simbol yang dibawa tidak mendekati kepada Islam.

Ini satu contoh bahawa peranan seniman sangat besar dalam menentukan tanggungjawap sosial dan tangungjawab sebagai seorang muslim.
Wallahualam.